[kl-bogel] Wikileaks dedah butiran dua rakyat M'sia di Gitmo
Maklumat asas dan siasatan risikan Amerika Syarikat berhubung dua tahanan rakyat Malysia di penjara Guantanamo Bay kini boleh didapati di laman sesawang WikiLeaks.
Pendedahan pertama disiarkan pada 24 April lalu manakala selebihnya dijangka akan dimuat-naikkan dalam tempoh sebulan untuk tatapan umum.
Menurut laporan itu, Mohamad Nazir (yang juga dikenali sebagai alias 'Bashir Lap' dan 'Lilie' antara lain) dan Mohd Farik (juga dikenali sebagai 'Yazid Zubair' bersama beberapa nama lain) mengaku adalah anggota kumpulan al-Qaeda, dan mempunyai rangkaian dengan kumpulan pertubuhan militan Asia Tenggara, Jemaah Islamiyyah (JI).
Unit risikan Amerika Syarikat mempercayai mereka adalah sebahagian daripada kumpulan pembunuh berani mati yang terbabit merancang untuk merampas pesawat komersial selepas gelombang kedua 11 September dan kali ini dirancang di Los Angeles.
Laporan itu juga menamakan beberapa yang lain dalam 'sel pengganas' yang sama terbabit dalam plot tersebut termasuk tiga tahanan Akta Keselamatan dalam Negara.
Mohamad Nazir dipetik berkata kedua-dua mereka berjumpa di sebuah firma arkitek, tempat beliau bekerja. Dia kemudiannya berjumpa Riduan di Bentong dan bersetuju menjalani latihan ketenteraan di Afghanistan. Kedua-dua mereka dianggap oleh perisik Amerika sebagai 'banduan nilai tinggi' yang boleh 'dieksploitasi lanjut' bagi maklumat berhubung plot kemungkinan keganasan yang lain.
--
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "kl-bogel" group.
To post to this group, send email to kl-bogel@googlegroups.com
To subscribe or unsubscribe at http://groups.google.com.my/group/kl-bogel/subscribe
For more options, visit this group at http://groups.google.com/group/kl-bogel?hl=en
Sebarang email pertanyaan, hantar kepada abangmod@gmail.com
Comments
Post a Comment