Wednesday, September 21, 2011

[kl-bogel] Teh Tarik Di Viantiane, Laos.

http://www.ibnuhasyim.com/2009/01/teh-tarik-di-viantiene-laos.html

Ibnu Hasyim:
Catatan Perjalanan Di Laos.

HARI ini 3 Januari 2009. Teringat dalam perjalanan ke sini, bas sampai di sempadan Laos beberapa jam sebelum masuk subuh, terpaksa menunggu berjam-jam dalam bas kerana pejabat kastam masih belum dibuka. Suasana terlalu sejuk, hujan bagaikan salji yang turun, di negeri yang tiada fikir langsung fasal orang Islam sembahyang... Bagaimana nak sembahyang? Pandai-pandailah.. kerana Islam sentiasa evergreen, tidak lapuk dek hujan, salji atau apa-apa rintangan kecil di dunia.. Sembahyang tetap bersama umatNya di mana-mana.

Dua perkara, bila sampai di Viantiane ibukota Laos ini yang saya cari. Tempat makan dan masjid. Di sana dapat diketahui keadaan orang Islam, sebagai penghubung selanjutnya. Masjid? Pemandu 'tut-tut' atau kereta tambang itu ternganga mulutnya, tak tahu. Muslim restoren! Ya, dia bawa terus ke sebuah kedai mamak. "Kamu dari Malaysia? Semua makanan Malaysia ada. Nasi, rati canai, sup, daging, ikan dan macam-macam. Oo teh tarik pun ada!"

Teh tarik adalah air teh bersusu yang dicurah (disebut juga ditarik) antara dua koleh bagi menyejuknya dan menjadikan ia berbuih. Ia merupakan minuman yang digemari di kawasan tropika. Teh tarik menjadi minuman pilihan sepanjang masa, tak kira siang dan malam bagi penggemarnya. Teh tarik dan teh ais merupakan minuman yang dikaitkan dengan warung dan kedai mamak. Lazat diminum bersama-sama hidangan nasi lemak, roti canai, roti telor, roti tempayan dan lain-lain.

Pernah semasa saya berada di bandar Phnom Penh, ibukota negara Kemboja suatu ketika dulu, saya lihat ramai mamak-mamak dari Malaysia membuka restoren di sana. Antaranya, restoren 'Mamak Corner' di pinggir Sungai Mekong. "Hebat kamu, di Malaysia jadi pekerja, di sini jadi tauke!" Sindir saya kepada pemiliknya, yang pernah berkerja di Restoren Jumma, Setiawangsa Kuala Lumpur.

"Restoren mamak sekarang sudah berjaya memasuki pasaran dunia... Di England pun ada!" Katanya dengan bangga.

Ya. Restoran di Viantiane pun ada kaitan dengan Malaysia dan taukenya pun cakap Melayu dengan saya. Ada banyak lagi restoren-restoran mamak di sini. Teringat saya kepada perbincangan dengan Saudara Shahabudeen Jalil, bos Anzac Consultancy se waktu di Guangzhou China hari itu.. katanya, "Memang saya bercita-cita untuk mewujudkan sebuah pekan Malaysia di Guangzhou. Kita wujudkan tempat pertemuan dan himpunan orang Malaysia di sini (Guangzhou)."
"Kalau macam tu, kena buka kedai teh tarik le!" Saya jawab. "Memang payah nak jumpa. Teh tarik menjadi kebanggaan restoran-restoran Malaysia. Semua bangsa suka. Baru-baru ni aku jumpa sorang Cina Malaysia yang buka restoren makanan macam KFC di China, tetapi berjenama sendiri, ada jual teh tarik, dengan kerjasama adiknya rakyat China."

"Di mana?"

"Kira-kira 7 kilometer dari sini (pusat bandar Guangzhou). Dia juga ingin melebarkan perniagaannya ke Malaysia, di mana teh tarik termasuk dalam menunya.. Jadi, teh tarik boleh tarik dan perkenalkan Malaysia di luar negara." Kata saya.

Melalui mamak teh tarik di Viantiane ini, saya dapat serba sikit maklumat mengenai orang Islam Laos.

Ibnu Hasyim
Jan3, 2008.
Viantiane, Laos.
Posted by Ibnu Hasyim at 11:15 AM

4 comments:

h@IkaL said...

menarik cite pakcik nie , saya pun berminat nak mengembara , bleh ajar ?? ,
bila naik flight ke malaysia ,
naik kat bangkok ke ??
selamat mengembara ..

January 4, 2009 12:36 AM
Shahabudeen Jalil said...

Salam, Pak Hasyim memang hebat orangnya. Pada umur macam ini mana ada orang tua kita nak travel dari China ke Malaysia ikut jalan darat. Kebanyakkan orang tua kita lebih suka duduk rumah dan pergi surau dengar kuliah.

Bukan tak bagus dengar kuliah, tapi kalau travel macam ini dan kongsi pengalaman dalam blog macam ini adalah lebih menarik. Dapat jumpa orang Islam dari seluruh dunia.

Lepas nie Pak Hasyim plan pergi mana pula ? Eropah ke ? Jom kita disini kumpul duit ramai-ramai kita hantar Pak Hasyim pergi Eropah ke, Afrika ke.. orait tak Pak Hasyim ? Kalau orait, kitorang tubuhkan satu tabung khas untuk ini.... sama2 dapat berkongsi pengalaman. ye tidak?

January 4, 2009 4:48 AM

--
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "kl-bogel" group.
To post to this group, send email to kl-bogel@googlegroups.com
To subscribe or unsubscribe at http://groups.google.com.my/group/kl-bogel/subscribe
For more options, visit this group at http://groups.google.com/group/kl-bogel?hl=en
Sebarang email pertanyaan, hantar kepada abangmod@gmail.com

No comments:

Post a Comment