Wednesday, September 21, 2011

[kl-bogel] SUNGAI PAHANG DAN CABANG-CABANGNYA

http://ilovepahang.blogspot.com/2011/09/sungai-pahang-dan-cabang-cabangnya.html



Sungai Pahang yang mengalir lesu ditengah-tengah negeri Pahang merupakan sungai yang terpanjang di Semenanjung Malaysia. Sungai sepanjang 475 kilometer ini adalah nadi kehidupan kepada sebahagian daripada penduduk di negeri Pahang. Suatu masa dahulu, sungai ini serta cabang-cabangnya juga merupakan jalan perhubungan yang terpenting di Pahang.

Dikedua-dua tebing Sungai Pahang terdapat beberapa banyak perkampungan yang penduduk bergantung hidup pada sungai dan tanah disekitarnya. Jenis-jenis ikan yang terdapat disungai ini termasuk Patin, Talapia, Jelawat, Kerai, Baung dan Tamalian serta berbagai-bagai lagi jenis ikan.

Perhubungan diantara Pahang dan negeri-negeri lain juga menggunakan sungai. Orang yang hendak pergi ke Kelantan menggunakan Sungai Tanum atau Sungai Sat dan kemudian Sungai Sepia. Sungai Sepia juga sebahagian daripada laluan ke Terengganu. Untuk sampai ke Perak, Sungai Bertam dan Sungai Lipis pula digunakan. Dan, perhubungan dengan negeri Selangor pula ialah melalui Sungai Semantan dan cabang-cabangnya.


Satu laluan yang penting dan masyhur dalam sejarah ialah laluan yang disebut Penarikan. Laluan ini menghubungkan Sungai Pahang dengan Melaka dan Muar. Penarikan melalui Sungai Bera, cabangnya iaitu Sungai Serting dan Sungai Muar.

Ahli sejarah telah banyak menjumpai kesan-kesan peninggalan manusia purba ditebing beberapa sungai. Antara sungai itu ialah Sungai Lembing, Sungai Lipis, Sungai Selinsing, Sungai Tembeling dan Sungai Pahang.


Kesan peninggalan tamadun purba turut ditemui di tempat-tempat lain, iaitu: Kota Tongkat, Kota Gelanggi, di gua kecil dekat Raub, Gunung Senyum dan Bukit Cintamanis dekat Karak. Kesan-kesan yang ditemui itu berasal dari Zaman Batu Pertengahan (MESOLITIK), Zaman Batu Baru (NEOLITIK) dan Zaman Gangsa.


P/S: Sekiranya anda ingin menambah artikel ini dan ingin menyampaikan pandangan dan teguran, boleh membuat demikian dengan memberi komen dibawah. Terima Kasih...

Source: SALASILAH NAMA TEMPAT NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR / MOHD.ROSELAN AB. MALEK / CETAKAN PERTAMA 1993

--
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "kl-bogel" group.
To post to this group, send email to kl-bogel@googlegroups.com
To subscribe or unsubscribe at http://groups.google.com.my/group/kl-bogel/subscribe
For more options, visit this group at http://groups.google.com/group/kl-bogel?hl=en
Sebarang email pertanyaan, hantar kepada abangmod@gmail.com

No comments:

Post a Comment