Wednesday, September 21, 2011

[kl-bogel] Reformasi olok-olok BN – Oleh Amaluddin Zhafir

http://lh5.ggpht.com/-5VMzGGkuz0M/TnhEylbm5AI/AAAAAAAAByM/Jd5PnvKaF7A/2011-09-20.jpg
 Adakah sesuatu yang membanggakan apabila Tun Mahathir Mohamad, bekas Perdana Menteri yang paling lama memerintah melalui penggunaan undang-undang zalim, tiba-tiba menyokong penghapusan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)?

Sepanjang lebih 20 tahun pemerintahan, bukan sahaja ISA tidak dikaji semula, malah banyak tangkapan telah dibuat atas alasan keselamatan walau pun yang menjadi mangsa adalah pemimpin dan aktivis politik yang tidak pernah dibicarakan.

Malah, selepas 'bersara' dari politik, hingga awal tahun ini, Mahathir masih mempertahankan ISA yang dianggapnya sebagai undang-undang pencegahan.

Media massa memetik kenyataan selamba Mahathir bahawa dengan menghapuskan ISA, Malaysia boleh dianggap sebagai setahap lebih baik dari negara maju seperti Amerika Syarikat dan Britain.

Maksudnya Mahathir bangga kerana Malaysia sekarang dianggapnya lebih demokratik daripada Barat, bukan kerana ISA patut dimansuhkan kerana ianya zalim dan mengekang kebebasan rakyat serta kejam dan tidak adil.

Dilema Mahathir

Kenapa baru sekarang Mahathir sokong hapuskan ISA, dan berani pula mengatakan bahawa Malaysia lebih baik daripada negara maju?

Apa definisi maju bagi Mahathir? Dengan adanya KLCC dan pelbagai projek mega, boleh meletakkan Malaysia sebagai negara maju?

Atau negara kita sudah maju kerana Malaysia akan mempunyai dua akta baru bagi menggantikan ISA sedangkan sudah ada peruntukan-peruntukan menangani terorisme dalam undang-undang yang sedia ada seperti Kanun Keseksaan?

Sebenarnya tanpa Mahathir sedari, yang sudah maju adalah pemikiran rakyat Malaysia yang tidak lagi bergantung kepada lidah rasmi UMNO yang menyamar sebagai akhbar arus perdana serta TV dan radio kawalan Barisan Nasional.

Rata-rata rakyat Malaysia telah jauh meninggalkan pemikiran lapuk BN yang masih terperangkap dalam permainan politik kaum. Langkah pertama sudah dibuka dalam pilihan raya umum ke-12 pada 2008, hanya menunggu masa untuk rakyat membuat perubahan dalam PRU ke-13.

Malah, hasil dari kemajuan fikiran rakyat Malaysialah yang membuatkan Datuk Seri Najib Razak takut sehingga terpaksa 'berwayang kulit' mengumumkan penghapusan akta-akta yang zalim baru-baru ini.

Lebih 50 tahun, baru ISA nak dimansuhkan. Dari satu sudut, betapa lambatnya daya fikir BN untuk 'memajukan' negara ini. Dari sudut yang lain, takut itu masih menghantui pemikiran pemimpin BN kerana tetap mahu buat akta baru yang bakal mengongkong terus kebebasan rakyat.

Dilema Najib

Terang lagi bersuluh, pemansuhan ISA dan akta-akta zalim lain itu hanyalah retorik politik. Bukan sahaja tidak jujur, malah terlampau 'plastik.'

Najib cuba bermain cara baru menarik pengundi. Jika beliau benar-benar ikhlas, sudah lama beliau mansuhkan ISA dan akta zalim lain sejak mengambil alih jawatan Perdana Menteri.

Najib sedar prestasinya sedang merosot akibat 'tidak mendengar' kata rakyat. Oleh itu beliau sedaya upaya berusaha untuk meyakinkan rakyat Malaysia dan secara tidak langsung cuba memancing undi rakyat Malaysia dalam PRU akan datang.

Memang beliau boleh cuba, tetapi belum tentu beliau berani melaksanakan percubaannya. Sebagai contoh, sebaik menjadi Perdana Menteri, beliau umumkan ISA akan dikaji semula. Selepas lebih dua tahun, barulah ISA diumumkan akan dimasuhkan.

Inilah kecekapan BN. Cakap berdegang, tetapi buat kerja lambat. Dan kerja yang dibuat itu pun bukan setelus mana pun. Kalau benar-benar telus, sudah lama Malaysia dan rakyat Malaysia maju material dan pemikiran.

Bagaimana pun, seperti yang dikatakan Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, "…rekod Najib sebagai Perdana Menteri sejak April 2009 tidak menunjukkan beliau berani melaksanakan apa yang dijanjikannya."

Lagi pula, mengapa hanya sekadar meminda satu peruntukan tentang lesen dalam Akta Mesin Cetak dan Penerbitan sedangkan rakyat menuntut dihapuskan sama sekali tanpa perluu diganti dengan apa-apa akta lain?

Begitu juga dengan Akta Rahsia Rasmi, Akta Hasutan, Akta Universiti dan Kolej Universiti Kolej yang boleh dimansuhkan begitu sahaja tanpa perlu gantian, sebagaimana yang dituntut oleh warga-warga prihatin.

Malah, kalau perlu digantikan, bukan untuk mencengkam lagi kebebasan, tetapi untuk bersikap terbuka dan telus, boleh digubal Akta Kebebasan Maklumat serta jaminan undang-undang di mana kerajaan atau pihak berkuasa tidak boleh sewenang-wenangnya menganiayai rakyat.

Dilema rakyat Malaysia

Memang ramai yang terlompat keriangan dengan pengumuman Najib itu tetapi tidak semua orang setuju. Dan ini tidak termasuk kumpulan Melayu yang hanya beberapa bulan lalu telah mengisytiharkan diri mereka "Yes to ISA".

Bagi Melayu yang kritikal terhadap pengumuman Najib tentang pemansuhan ISA dan pembentukan dua akta baru itu, mereka akan mempersoalkan berlapis-lapis – sebab, kenapa, punca, dan sebagainya yang membuatkan Najib mengumumkan pemansuhan akta kejam itu.

"Adakah undang-undang yang akan menggantikan akta-akta zalim yang dimansuhkan itu bakal melahirkan undang-undang yang sama kejamnya dalam bentuk baru; contohnya, memansuhkan ISA tetapi menggubal undang-undang baru yang sama seperti ISA?" – adalah antara persoalan yang ditimbulkan.

Jawapannya tidak sebanyak persoalan yang ditimbulkan.

Tetapi salah satu jawapan sama ada Najib ikhlas atau tidak dengan usaha pembaharuannya sudah terjawab apabila Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu didakwa di mahkamah di Butterworth hari ini di bawah Kanun Keseksaan dan dikenakan ikat jamin RM15,000!

Apa 'kesalahan' Mat Sabu? Semata-mata kerana berceramah baru-baru ini mengenai sejarah kejadian Bukit Kepong yang berlaku 60 tahun lalu.

Manakala seorang profesor pro-UMNO yang mempertikaikan sejarah rasmi dengan mendakwa Malaysia atau Tanah Melayu tidak pernah dijajah British masih berkeliaran menjaja teorinya untuk menarik perhatian mereka yang tidak tahu banyak tentang sejarah negara.

Inilah kebebasan bersuara yang dijanjikan oleh Najib dalam perutusannya menjelang Hari Malaysia pada malam 15 September lalu.

Kalau diingatkan semula, menjelang perhimpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu, pihak berkuasa mengganas dengan menangkap sesiapa sahaja yang memakai t-shirt kuning sebagai tanda mahukan pilihan raya yang adil, bebas dan bersih. Malah Bersih 2.0 juga diisytiharkan haram oleh kerajaan BN.

Inilah kebebasan berhimpun serta berekspresi yang menjadi kebanggaan Najib sehingga menyangka pemansuhan ISA (yang bakal digantikan dengan dua undang-undang keselamatan negara dan awam) akan menjadikan Malaysia 'negara demokrasi terbaik di dunia'.

Dan tentunya ini akan disokong oleh Mahathir bagi menunjukkan kepada bahawa "Malaysia Boleh' buat apa sahaja kerana rakyat disangkakan masih tidak cukup cerdik untuk memahami helah dan muslihat politik.

Bunyinya sama seperti slogan 'Cemerlang, Gemilang dan Terbilang' era Tun Abdullah Ahmad Badawi yang menyaksikan tanda bermulanya keruntuhan pemerintahan UMNO-BN yang kokok berdegar tapi tahi bergelumang di ekornya.

Semua persoalan, sama ada kerajaan BN serius atau sekadar main olok-olok, akan terjawab bila Najib mengumumkan tarikh pilihan raya umum, suatu hari nanti. – Roketkini.com


'PM mungkir janji dengan pendakwaan Mat Sabu'

Kongsi 
Pendakwaan ke atas timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu atas tuduhan mempertikaikan kejadian sebenar yang berlaku di Bukit Kepong membuktikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak ikhlas dengan reform demokrasi yang dijanjikannya, kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

NONE"Antara janji perdana menteri sewaktu mengumumkan semakan dan penghapusan Akta ISA baru-baru ini ialah tiada tangkapan kerana politik akan dilakukan.

"Belumpun kering air liur, pendakwaan politik sudahpun berlaku dalam kes Mohamad Sabu," selar Tuan Ibrahim dalam satu kenyataannya hari ini.

Minggu lalu Najib mengumumkan kerajaan juga memberi komitmen bahawa mana-mana individu tidak akan ditahan semata-mata hanya kerana ideologi politik.

"Apakah Mohamad Sabu boleh dianggap mengancam keselamatan negara dengan hanya satu ucapan begitu? Mohamad Sabu didakwa atas ucapan beliau yang diputar-belitkan oleh media pro Umno, yang kemudiannya dengan sengaja mewujudkan suasana kelam-kabut bagi menghalalkan tindakan bagi mendakwa beliau.

NONE"Jadi, apakah motif dakwaan ke atas Mohamad Sabu kalau bukan kerana politik? Pendakwaan ke atas beliau sekali lagi menunjukkan Umno hilang arah dalam putar belit ciptaan mereka sendiri dan terus melondehkan hipokrisi mereka untuk ditatap rakyat jelata," katanya lagi.

Utusan dalam laporan muka depannya 29 ogos lalu menyiarkan pemimpin PAS itu mendakwa Muhammad Indera, lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Goh Peng Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai polis itu.

Media arus perdana, khususnya yang dimiliki Umno teus membiadsnya dan melabel Mohamad sebagai penyokong komunis.

mingguan malaysia 280811 mat sabu dikecamTuan Ibrahim juga mempersoalkan keikhlasan kerajaan yang kerana tidak bertindak ke atas Professor Zainal Kling dan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir kerana membuat kenyataan yang implikasinya jauh lebih besar dengan mendakwa "negara tidak pernah dijajah".

"Kalau dikira, isu yang dibangkitkan oleh Mohamad Sabu hanya berkaitan satu peristiwa iaitu peristiwa Bukit Kepong berbanding perisytiharan yang dilakukan oleh Majlis Profesor Negara (MPN), tentulah perisytiharan MPN itu mempunyai kesan lebih besar kepada rakyat dan negara.

"Akan tetapi yang didakwa ialah Mohamad Sabu. Sekiranya Mohamad Sabu perlu didakwa, bagaimana pula Majlis Professor Negara (MPN) dan Zainal Kling (bawah, kiri)?" soalnya.

zainal klingTuan Ibrahim turut merumuskan kemelut sejarah yang berlaku dengan cara yang lebih mudah difahami dengan menyatakan, "Secara ringkasnya ini yang berlaku, Mohamad Sabu menyatakan Mat Indera sebagai hero pejuang kemerdekaan, tapi Umno dan medianya memutar-belit kenyataan beliau kepada 'Mohamad Sabu menyokong komunis' dan menyebarkannya ke merata tempat."

Sedangkan, kata beliau, apa yang diminta oleh beliau ialah kajian semula fakta sejarah perjuangan pra kemerdekaan dengan membawa contoh peristiwa Bukit Kepong dan Mat Indera.

Kenyataan Mohamad Sabu mengenai status Mat Indera, kata Tuan Ibrahim bukannya cakap kosong sebab ia dapat disahihkan dengan adanya kebenaran oleh beberapa sumber rujukan – sebuah buku berjudul 'Pengukir Nama Johor', kajian tesis pelajar Universiti Malaya, Ayub @ Uiop Kassim pada tahun 1973, ada juga pengakuan kawan dan ahli keluarga Mat Indera.

pengukir nama johor mat sabu 050911"Jikalau itu pun salah, maka kesalahan harus dikembalikan kepada segala sumber rujukan beliau - sebagaimana semua rakyat Malaysia yang beranggapan bahawa 'negara pernah dijajah British.

"Ini kerana mereka ini sudah tersalah memahami sejarah negara kerana mempercayai kesilapan buku sejarah keluaran Kementerian Pelajaran, sekiranya apa yang secara dinyatakan secara teknikalnya oleh Professor Zainal Kling dan Dr Mahathir adalah betul.

"Takkan pula waris-waris kepada mereka yang pernah bekerja di bawah kerajaan sebelum 31 Ogos 1957 dan kerajaan hendak membuat laporan polis dan mendakwa semua pelajar yang menyatakan negara ini pernah dijajah oleh British?" sindir beliau.

--
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "kl-bogel" group.
To post to this group, send email to kl-bogel@googlegroups.com
To subscribe or unsubscribe at http://groups.google.com.my/group/kl-bogel/subscribe
For more options, visit this group at http://groups.google.com/group/kl-bogel?hl=en
Sebarang email pertanyaan, hantar kepada abangmod@gmail.com

No comments:

Post a Comment