Saturday, September 10, 2011

[kl-bogel] Profesor keliru, kemudian kelirukan orang

Prof Dr Abdul Aziz Bari
Kongsi 
ULASAN Saya fikir profesor-profesor itu keliru dan kemudian mengelirukan orang. Profesor Datuk Dr Zainal Kling orang sosiologi dan Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim orang sejarah. Status jajahan (colony) dan negeri lindungan (protectorates or protected states) adalah konsep undang-undang antarabangsa.

NONEBeza antara konsep-konsep itu tidak jelas pada orang biasa. Apa beza antara Melaka dan Pulau Pinang - strait settlements - dan negeri-negeri Melayu seperti Selangor dan Perak? Atau antara kita dengan India yang merupakan tanah jajahan British? Tidak nampak.

British kekalkan status raja - dan negeri mereka - sebagai protectorate kerana mereka hendak mengelakkan penentangan sebagaimana di India. Sebab itu British perkenalkan indirect rule di sini dengan meletakkan residen sebagai penasihat sultan (yang sebenarnya memaksa).

British mahu menunjukkan kepada orang Melayu bahawa negeri mereka kekal di tangan Melayu dengan mengekalkan sultan. Tetapi pemerintahan dan pentadbiran sebenar dijalankan oleh British melalui residen mereka.

malaysia indepence merdeka tunku abdul rahman declare 290806Ini bermakna di atas kertas - yakni teori - memang sultan dan negeri Melayu tidak dijajah (kalau dijajah maka (kedudukan) sultan akan dihapuskan sebagaimana di India dan Burma). Tetapi praktik dan kenyataannya ialah British yang membuat keputusan.

Hatta urusan agama pun dikacau - meskipun perjanjian melarang ini. Contohnya apa yang dilakukan oleh Sir Andrew Clarke kepada Raja Muda Perak yang mengetuai majlis agama di Perak.

Sebab itu penentangan kepada pentadbiran British yang dibuat oleh orang-orang seperti Dato Maharajalela, Mat Kilau, Dato Bahaman, Tok Janggut, Abdul Rahman Limbong dan lain-lain mudah dipatahkan kerana nama sultan digunakan.

Pada hakikatnya mereka semua menentang British tetapi mereka berlindung di sebalik sultan. Kita akur bahawa sultan diberi pelbagai kemewahan dan gelaran oleh British. Mereka juga bergaduh sesama sendiri untuk menjadi raja.

malayan union billboardMeskipun begitu British akhirnya tidak selesa dan cuba memansuhkan kedudukan raja melalui Malayan Union. Ini ditentang oleh orang Melayu.

Sekiranya Malayan Union itu dilaksanakan sempurnalah penjajahan British dari segi teori dan praktik.

Tetapi itu tidak berlaku (Zainal Kling Silap; Malayan Union tidak pernah dilaksanakan).

Sebagai contoh, undang-undang yang dibuat sebelum merdeka di sisi perlembagaan adalah undang-undang yang dibuat oleh Sultan. Ini kerana dewan adalah lantikan sultan dan undang-undang itu ditandatangani oleh sultan. Tetapi apakah itu apa sebenarnya berlaku? Tentu tidak kerana sultan hanya menurunkan tandatangan sahaja. Rang undang-undang itu dibuat oleh British. Tetapi di sisi undang-undang ia adalah buatan sultan, bukan British.

Apa pun undang-undang itu, selagi tidak dimansuhkan oleh parlimen atau DUN, sah sehingga sekarang.

khoo kay kim anti auku gma 141006 pointingKesilapan Zainal dan Khoo (kiri) alah mereka mengitar konsep yang bukan bidang mereka. Sedangkan sejarawan sendiri mengatakan British yang mentadbir Tanah Melayu.

Lebih lucu, jika apa yang mereka dakwa itu benar, untuk apa kita sambut merdeka?

Dan lebih malang lagi Tunku Abdul Rahman kehilangan gelaran: beliau bukan lagi bapa kemerdekaan kerana kita tidak pernah dijajah....!!

Tikus baiki labu atau sokong bawa rebah.

Lucu sekali Majlis Profesor (saya tidak jadi ahli) tidak tahu apa yang mereka bebelkan. Mereka ramai-ramai keroyok Mat Sabu... lain yang dia cakap lain pula yang majlis ini tangkap...





Majlis profesor tersasar jauh dari kebenaran
Md Azmi Abd Hamid & Abd Ghani Samsudin
Kongsi 
ULASAN Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) dan Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA) terkejut dengan pendirian apa yang dipanggil Majlis Professor Negara yang mengatakan perjuangan golongan kiri bukan perjuangan kemerdekaan.

Mengulas rumusan oleh majlis yang dikatakan dianggotai oleh para ahli professor yang diwakili oleh Datuk Prof Zainal Kling, TERAS dan SHURA berpendirian sejarawan tersebut bermain kata-kata yang berbelit-belit untuk menafi suatu fakta yang sudah sangat ma'ruf dikalangan rakyat.

Mana mungkin tafsiran ini dapat diterima sedangkan British lah yang telah mengharamkan pelbagai pergerakan Melayu seperti PKMM, API, AWAS, Hizbul Muslimin dengan tuduhan bahawa semua gerakan ini adalah gerakan komunis. Kata-kata terkenal Datun On Jaafar "ada bahaya dari gunung" merujuk kepada gerakan Islam Hizbul Muslimin di Gunung Semanggul yang ditunding sebagai gerakan komunis.

Dari mana Datuk On mengguna label ini jika tidak dari ta'rif British yang menjajah tanah air ini.?

Bermakna kesimpulan yang dibuat untuk menuduh gerakan Melayu yang mengambil pendirian garis keras sebagai gerakan komunis adalah dari British dan golongan bangsawan yang dekat dengan British.

Pertama TERAS dan SHURA mempersoalkan istilah gologan kiri atau kanan itu adalah sebenarnya lebel dari siapa? Kenapa majlis ini terlalu taksub dengan label yang diberi oleh British.

Bermakna mereka telah bermula dengan premis yang batil lagi menyesatkan kerana kerangka dan paradigma serta tasawur British itulah yang menjadi ukuran tafsiran mereka terhadap sejarah perjuangan kemerdekaan. Kiri dianggap komunis dan semua gerakan menjadi komunis bila menentang British dan yang tidak sealiran dengan pendekatan yang diguna Umno.

Tidakkah apa yang mereka rumuskan itu termasuk golongan ulama yang telah memilih untuk berjuang dengan cara bersenjata menentang British. Padahal mereka berjuang atas nama tuntutan Islam . Adakah perjuangan mereka dianggap bukan perjuangan yang sah.

Beranikah mereka mengelompokkan ulama yang bertempur dengan British seperti Tok Janggut, Abdur Rahman Limbong, Tok Guru Hussin Dol sebagai komunis hanya kerana British melabelkan mereka sebagai pengganas komunis?

TERAS dan SHURA kesal dengan keanggkuhan golongan bijak pandai yang dikatakan bergelar Profesor.

Dari asas apakah majlis ini membuat rumusan demikian?

Adalah sangat mengelirukan jika ia keluar sebagai pendirian rasmi, seolah ahli pemikir sejarah cuba membuat pentafsiran yang batil mengikut faham British yang mahu generasi selanjutnya menerima bahawa British memberi kemerdekaan bukan kerana tekanan golongan ulama dan pejuang nasionalis tetapi kerana berunding dengan Umno.

Untuk mengatakan tanah air ini tidak dijajah adalah kedangkalan yang sangat mengejutkan datang dari Majlis Profesor terutama bila mereka dikatakan adalah golongan inteligensia negara .

Tidak ada siapapun yang memiliki akal waras mengatakan tanah air ini tidak dijajah sedangkan Raja-raja Melayu hanya menjadi penguasa yang terbatas kepada soal adat dan agama dan dalam urusan yang lain British menjadi tuan.

Malah dalam hal melantik qadhi sekalipun British akan campurtangan kerana pihak British jualah yang akan menentukan dasar siapa yang akan dilantik.

TERAS & SHURA tidak dapat menerima rumusan yang mengelirukan ini hanya kerana wujud kecenderungan ahli sejarawan mengabsahkan perjuangan Umno sahaja yang benar-benar memperjuangkan kemerdekaan.

TERAS & SHIDA mempersoalkan asas Majlis tersebut yang mendakwa bahawa golongan yang menentang British secara bersenjata berniat menghapuskan kuasa-kuasa Melayu di Tanah Melayu dan mahu menubuhkan kerajaan republik.

Di mana buktinya dan dari sumber mana mereka menyandarkan hujah ini?

Menuduh perjuangan ulama dan nasionalis sebagai perjuangan komunis dan memfitnah pula mereka sebagai bersekongkol, bekerjasama dan bersubahat dengan pejuang komunis untuk menjadikan negeri ini sebagai republik komunis adalah kebiadapan intelektual yang sangat parah. .

TERAS & SHURA menganggap dakwaan Prof Zainal Kling bahawa perjuangan nasionalis yang tidak mengikut jalur Umno sebagai tidak sah dan tidak legitimate menunjukkan betapa beliau terperangkap dengan sindrom jiwa terjajah iaitu jiwa yang mengukur keabsahan sesuatu perjuangan itu hanya sah jika diterima oleh British.

Nota: Mohd Azmi Abdul Hamid adalah presiden Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) manakala Abdul Ghani Samsudin adalah pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA).

  • Aida Murni Jasin · Top Commenter
    Bagi saya bila dibuat analisis, umno tidak berjuang untuk dapatkan merdeka. Tunku bawa umno dan pujuk mic dan mca pergi ke England "MINTA" (mungkin mengemis) untuk dapat merdeka. Mana ada berjuang. umno nak kutip nama saje. Ahmad Boestamam, Dr. Burhanudin, Ishak Hj. Muhamad (Pak Sako) dll yg betul2 berjuang dan penentang British. Umno penyokong British. Rakyat yg benar2 buat demonstrasi (macam BERSIH) menentang Malayan Union, bukan umno. Polis lawan kominis (itu kerja mereka) masa darurat bukan tuntut Merdeka. Bukit Kepong tak ada kaitan dengan menuntut kemerdekaan. Askar yg terdiri dari org Melayu bersama Malay Volunteer Army (yg langsung tidak pernah disebut) berperang menentang penjajahan Jepun bersama British, bukan polis. Polis, SC dan Homeguard adalah yg digajikan oleh British utk jaga keamanan bagi kepentingan British, bukan pejuang kemerdekaan. Umno dah kelirukan rakyat dan Majlis Profesor mengelirukan lagi keadaan. Majlis Profesor amat memalukan. Zainal Keling dan KKKim bukan wakil dan mempunyai hak untuk bercakap bagi pihak Majlis Profesor Negara.
    • Mohammad Afiq Daniel · Universiti Malaya
      Saya setuju 100%. Sekurang-kurangnya askar bertugas mempertahankan Tanah Melayu walaupun Tanah Melayu diperintah oleh British sebelum merdeka. Polis Melayu yang bekerja dengan British hanya bertugas menjaga kepentingan British. Bukannya memperjuangkan kemerdekaan Malaysia. Kalau ikut logik, lebih baik balai polis tu ada kat kampung Melayu di Lenga ka, Grisek ka...
      Tapi bila dah kata Tanah Melayu tak pernah kena jajah, yang dok sibuk kata hanya yang kanan saja perjuang kemerdekaan, depa merdeka mai kot mana???
      Kling kong betui prof ni......
      Reply · 30 · Unlike · 14 hours ago
    • Wilson Mandumy · SMB St Joseph
      setuju
      Reply · 2 · Like · 14 hours ago
    • A Tam Sbk Rizal · Top Commenter · Manager at Mafia Wars Assassins
      Dia org nie apo pon tak boleh di harap. Selagi BN@ UMNO menjadi kerajaan. Mereka lebih suka & amat jahat dlm memberi maklumat yg tepat & benar. Apa yg mereka pentingkan adalah Pangkat & $$$$$$$$$$$$. Dlm kata lain gilo kuasa & wang.
      Reply · 7 · Like · 13 hours ago
  • Zurani Serikandi Ayah · Pengulas Tertinggi · Nil
    LUCUT-KAN SAJA GELARAN PROF DARI MEREKA YANG TAK JUJUR DALAM MEMBERI MAKLUMAT,. MAKLUMAT YANG TAK TEPAT... TIDAK -KAN PROF INI MALU DENGAN KENYATAAN MEREKA? TIDAK KAN MEREKA BERDOSA DENGAN RAKYAT MALAYSIA DAN ALLAH?
  • Ikhqoi Ikhmal Rebok · Pengulas Tertinggi · Elite Health Planner di Woongjin coway (M) Sdn Bhd
    Dalam media-media tempatan sekarang, isu-isu tempatan diremehkan hanya untuk menghentam Timbalan Presiden PAS ekoran kenyataan beliau tentang Mat Indera.
    Tanpa disedari ada kenyataan dari segelintir sejarawan memberi satu tafsiran baru kepada sejarah iaitu.
    1) Tanah Melayu / Malaya / Malaysia tidak pernah dijajaj hanya dinaungi (dari segi teknikal). Walaupun sifat BRITISH semua disapu..
    2) Pejuang Gerakan Kiri bukan pejuang kemerdekaan.
    3) Pelbagai pihak cuba meludah diri sendiri apabila menafikan buku yang mereka sendiri naungi/terbitkan.
    ...Lihat seterusnya..
    • Mohd Daud Khalid · Perhebat
      IIR: sapex cikgu sejarah 2, tlg le perbetulkan jalan ini, nampaknya semakin lama semakin bengkang bengkok. Dah pening dan nak muntah dah n.
      Balas · 1 · Suka · 12 hours ago
    • Halim Waghih · Friends with Umno Makin Tenat
      .PATUT LE YG KITA TENGOK TIAP2 TAUN SMBUTAN KEMERDEKAAN TU...JADIK SMBUTAN KEMERDEKAAN UMENO JEH....POOOORAH CIT PUNYA UMENO...
      Balas · 4 · Suka · 11 hours ago
    • Wan Adib Wan Roslan · Pengulas Tertinggi
      Itulah bila sgala bnda nak digunakan semata nak tegakkan benang yg basah. Cuma dia org x perasan, apa bnda yg dia org tgh buat skrg ni sbnarnya mcm pasang perangkap pd dia org sendiri...
      Balas · 2 · Suka · 11 hours ago
  • Laksamana Mujahid · Pengulas Tertinggi · Kuala Lumpur, Malaysia
    Bukan hakim sahaja boleh dibeli, kini professor boleh dibeli untuk memuaskan nafsu si penjajah..bagi mereka hanya umno pejuang kemerdekaan..
  • Fitri Fit II · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Ada keja ada gaji
    ni la jadinya bilamana perkara yg xsepatutnya dipolitikkan, diheret masuk dlm politk..bagi aku "bangsat" utama yg patut kita salahkan MEDIA UTUSAN, TV3, RTM...krn media laknat nilah punca semuanya berlaku...minda rakyat bercelaru abis dgn dakyah mereka..
    • Aizuddin Ibnu Al-Muwari
      aq pn dah pening~
      Balas · 2 · Suka · 15 hours ago
    • Mohd Noor Ismail
      setuju tu fitri
      Balas · 2 · Suka · 13 hours ago
    • Yahya Jamil · Pengulas Tertinggi · N/A di Taylor Lautner
      Aizuddin Ibnu Al-Muwari Jgn pening bang! UMNO yg ditubuhkan 11 Mei 1946 memang berjuang menuntut KEMERDEKAAN. Tapi UMNO tu telah diharmkan semasa KU LI bertanding Presiden lawan Tun Mahathir- 1988. UMNO yang dok ada la ni tak berjuang tuntut KEMERDEKAAN krn dia UMNO BARU.
      Balas · 7 · Suka · 12 hours ago

--
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "kl-bogel" group.
To post to this group, send email to kl-bogel@googlegroups.com
To subscribe or unsubscribe at http://groups.google.com.my/group/kl-bogel/subscribe
For more options, visit this group at http://groups.google.com/group/kl-bogel?hl=en
Sebarang email pertanyaan, hantar kepada abangmod@gmail.com

No comments:

Post a Comment