Monday, September 19, 2011

[kl-bogel] Persepsi diriku pada masyarakat India

http://justkhai.com/blog/persepsi-diriku-pada-masyarakat-india/

Berbanding dengan Hari Raya dan Tahun Baru Cina, Khai tak berapa nak alert pasal Deepavali ni. Semalam dengar pom pam pom pam bunyi mercun, baru tanye member apejadah orang main mercun pulak ni. Member Khai cakap esok Deepavali la dowh!

Lah! So hari ni dah Deepavali la yer? Happy Deepavali buat pembaca Justkhai ni yang menyambutnya. Ada ke orang india baca blog ni? Ada kot, kita je yang tak tahu. Khai ni penganggur terhormat, so lagi la tak tahu pasal cuti-cuti sambutan perayaan ni kan. Kalau korang yang masuk kerja 9 hingga 5 petang tu boleh tak tahu, maka memang patut ditampar laju-laju. Hehehe.

Tak best pulak setakat nak wish je. So cerita sikit apa tanggapan Khai pada kaum india di Malaysia sebelum ini dan selepasnya. Harap kalau ada kaum india yang baca tu, jangan ambil hati la ye? Ikhlas lahir dari hati.

Ok, sebelum ni bila sebut je pasal orang india terus kepala hotak yang berjambul ni, akan terlintas india ni gelap, busuk, pelik, gangster, kaki mabuk, serabai, poyo, cakap berbeli dan baju warna tak matching. Wow, amat jahat di situ. Maka dari masa ke semasa, berlaku sedikit demi sedikit perubahan zaman dan pemikiran dari diri Khai sendiri.

Apa tanggapan dalam kepala Khai sekarang bila bercakap mengenai orang India?

Yeah, India, Melayu atau Cina semuanya sama sahaja. Semuanya anak Malaysia cuma yang membezakannya cuma agama, budaya, bahasa serta warna kulit. Mengenai warna kulit semuanya tahu kalau Cina tu memang putih melepak. Melayu pula dengan kulit sawa matangnya dan India? Well, sedikit gelap.

Apa adanya semua itu? Rasa bangang pulak bila renung balik pemikiran Khai dengan orang india dulu-dulu tu. Frankly speaking, hingga hari ini Khai takde sorang pun kawan berbangsa India. Ialah, even kawan yang boleh diajak melepak kedai mamak sekalipun. Tapi tanggapan tu sedikit demi sedikit berubah hanya dengan sesuatu yang diberinama pemikiran. Pemikiran yang lebih matang dan menghargai mereka yang lain.

Mengenai budaya mereka, kalau kita mahu orang menghargai budaya kita, kenapa kita tak cuba menghargai budaya orang lain. Kita hidup di Malaysia ni berbilang bangsa so kalau mereka india dan cina boleh boleh sebatikan diri dengan budaya kita, kenapa kita tidak? Cuba kita hormati apa bangsa lain buat seperti mana mereka cuba menghormati bangsa kita. Jika ada satu dan dua antara mereka yang mengutuk agama atau bangsa kita, janganlah terlalu mudah menyalahkan SEMUA bangsa mereka sedangkan yang salah hanya seketul dua. Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

India kaki mabuk? Ganster? Itu bukan semua. Kalau ada orang melayu kaki mabuk, judi dan gangster, takkan kita yang baik-baik ni nak senang hati bila orang cakap SEMUA bangsa melayu ni gangster dan kaki mabuk. Bak kata pepatah Justkhai, kerana awek setitik, habis rosak jantan sebelanga pulak ye? Hahaha. Kalau kita boleh nasihat sahabat kita dari Indonesia tu jangan gelarkan kita maling hanya kerana kesilapan seorang pemimpin (jika ada benarnya) dan bukan semua, mengapa tak apply dalam diri kita sendiri kan?

India pakai baju merah biru yang tak matching pada pandangan mata kita. Tapi bukan tak matching di mata mereka. Jadi kita senyap je sudah. Hormati budaya mereka jika itu yang mampu membuat mereka selesa. Orang india hitam? So biarlah mereka nak hitam ke, pink ke, coklat ke mahupun hijau seperti The Hulk sekalipun. Dah itu budaya nenek moyang mereka. Tapi sekarang ni dah ramai gadis India yang putih. Guna Fair&Lovely mungkin. See, betapa cantiknya mereka! Woot!

Busuk? W00t lagi! Betul ke mereka busuk? Atau hanya kerana seorang india yang korang selisih berbau busuk, so korang kata "INDIA BUSUK". Lain kali cakap "Lelaki Busuk" dan jangan kaitkan seseorang itu dengan bangsanya. Itu kan tak bagus. Di tempat tinggal Khai ni, orang india memang wangi je sentiasa. Tak busuk pun. Orang melayu lagi ramai yang busuk. Mungkin lupa nak mandi pagi. India yang busuk tu kaki todi mungkin.

Kalau jumpa orang india meragut dan sebagainya, jangan sebut dia punya bangsa. Sebut ada lelaki meragut seba bila sebut lelaki india meragut, orang kita ni akan claim yang SEMUA bangsa India ti jahat dan kaki meragut. Padahal ramai je anak melayu dan cina yang meragut dalam Malaysia ni.

Jadi sama-samalah kita kikis segala persepsi negatif kepada masyarakat lain. Kalau kita taknak sakit, jangan buat orang lain sakit. Agama pun melarang kita menmyakiti antara satu sama lain kan sesama manusia? Bukan agama cakap jangan menyakiti sesama Islam sahaja. Jadi sama-samalah kita. Sia-sia je la kalau Datuk Najib sampai tersembur-sembur air liur dan taik gigi melaungkan "1 Malaysia" tu kalau kita sikit pun tak tersedar zahir dan batinnya apa yang dimaksudkan dengan "1 Malaysia" itu sendiri.

P/s: Orang kita kalau baca paper ada orang India dengan kes merogol, terus cuak lagi hati-hati bila selisih dengan orang india. Last-last kene rogol jugak tapi bukan dengan orang india, tapi dengan melayu tak pun cina. See? Nenek moyang kita cakap, rambut sama-hitam tapi hati lain-lain. Kalau ada abang korang jadi penagih dadah, takkan korang selesa orang gelarkan keluarga korang semua main dadah? Apejadah persepsi orang kita ni! Bosan sungguh.

http://www.youtube.com/watch?v=EEB5hrlRhwE

http://www.youtube.com/watch?v=YKlDXomMv0U

* Atas iklan deepavali 2009 dari TM. Dan yang bawah tu dari Petronas. Dua-dua hurm.. oklah..

--
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "kl-bogel" group.
To post to this group, send email to kl-bogel@googlegroups.com
To subscribe or unsubscribe at http://groups.google.com.my/group/kl-bogel/subscribe
For more options, visit this group at http://groups.google.com/group/kl-bogel?hl=en
Sebarang email pertanyaan, hantar kepada abangmod@gmail.com

No comments:

Post a Comment