Monday, September 19, 2011

[kl-bogel] Orang Melayu vs Orang Cina

http://riezarchry.com/home/orang-melayu-vs-orang-cina/

Aku tiba-tiba rasa sangat nak update pasal menda ni. Malaysia memang terkenal la dengan masyarakat majmuk; melayu, cina, india and lain-lain kaum. Lately aku mencari rumah sewa yang berdekatan dengan tempat kerja. Macam biasalah, mudah.my adalah sasaran mencari macam-macam benda termasuklah rumah sewa ni.

Kebanyakan tuan rumah adalah cina dan amatlah susah kalau nak dapat tengok rumah pun. Bila SMS, dia reply 'Yes available, Call to view' tapi bila call, dia akan tanya 'You melayu ke?'. Bila aku cakap yes, dan-dan dia cakap rumah tu dah ada orang sewa. Ada 4, 5 kali la aku kena camtu. Ada sekali aku ter'call' 2 kali no yang sama, dia siap marah cakap 'Nanti kalau ada, I call you laa!'

Tiba-tiba aku terasa seperti pendatang di negara sendiri.

Bila fikir-fikir balik, ada juga reason yang kuat sebenarnya kenapa some chinese tak suka malay.

First reason ialah kita dapat hak keistimewaan bumiputra. Contoh paling senang nak tengok ialah kemasukan universiti. Orang melayu senang je nak masuk even though result dia tak segempak mana pun. Tapi chinese students mesti kerja keras untuk dapatkan yang terbaik, barulah boleh masuk. No wonder chinese student selalu lebih pandai dari malay student. They have to fight for their own future, unlike malay student yang selalu dibela oleh kerajaan. Kalau kau selalu baca-baca komen kat youtube, kau akan terbaca camni 'melayu.. bodoh pun boleh masuk u'. Seriously, aku tak rasa komen tu datang dari melayu sendiri. Eh, takleh nak marah juga – sebab that's the fact, walaupun bukan semua student melayu camtu.

Lagi satu contoh pasal hak melayu ni ialah pembelian tanah dan rumah. Perasan tak ada status lot bumi dan non-bumi? Mana la chinese nak bagi melayu sewa kalau dorang kena beli harga mahal tapi melayu beli harga murah kan. Adeii, terpaksalah beli sendiri camni.. hu hu hu

Second reason, yang ni lebih kuat untuk kerja. Kenapa chinese boss tak suka ambil pekerja melayu? Jawapan logik paling senang nak fikir ialah sebab kita tak tahu bahasa cina. Customers ni datang dari semua kaum tapi mainly yang akan kita jumpa hari-hari ialah malay and chinese. Kalau dia amik pekerja melayu, sangat terhad untuk comunicate dengan customers – english and malay sahaja. Tapi kalau pekerja chinese, customers kutuk dalam chinese pun dia faham kan? Kalau kita, sengih je la kalau dia kutuk macam-macam depan muka kita dalam bahasa cina. Salah siapa? Aku nak mula belajar bahasa cina lepas ni.

Third reason, we malay and muslim selalu je terasa diri lebih baik dari orang lain, right? Aku tak nak komen lebih-lebih tapi sedarlah kita masing-masing, akhir kalam kita bukan kita tahu. Sekafir-kafir orang cina atau orang yang tak dapat hidayah, kalau Allah nak bagi dia hidayah, kita tak sempat kelip mata pun, Allah boleh bagi. Janganlah pandang rendah orang lain sebab bukan kita yang berhak memberikan nilai pada orang lain :)

Tapi kan, outcome dari pencarian rumah di mudah.my ialah dari tuan rumah cina. Aku dah selesai mengemas rumah dan samak apa-apa yang dirasakan perlu. Tengahari ni bermulalah proses angkut barang besar-besaran! Selamat menyakitkan pinggang!


2 pendapat bernas

  1. Pierre Hahn / September 11, 2011

    great post. not biased. i hope we doesn't hv 2 face thiz scenario in sabah.



Apa Pendapat Anda?

--
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "kl-bogel" group.
To post to this group, send email to kl-bogel@googlegroups.com
To subscribe or unsubscribe at http://groups.google.com.my/group/kl-bogel/subscribe
For more options, visit this group at http://groups.google.com/group/kl-bogel?hl=en
Sebarang email pertanyaan, hantar kepada abangmod@gmail.com

1 comment:

  1. tp kan aq pon progress nk duk umh sewa ngan bdak cina tp owner cina gak...dye ok je bg aq kemudahan sewa coz dye fhm umh aq duk skrg ni ad bad inflence d kalangan melayu..any suggestion or anything???

    sorry if something touch..

    hadi

    ReplyDelete