Wednesday, September 7, 2011

[kl-bogel] Kisah wartawan dan sukarelawan


 Oleh: MSK

Ada member mintak aku komen pasal kematian wartawan Bernama di Somalia. Aku tak pernah kerja sebagai wartawan, tapi setakat sukarelawan. Aku tak mau macam Najib…bila ditanya dia jawab "kalau tak mau jadi wartawan, duduk kat rumah" Hangpa tanya kat orang bengong, dapat la jawapan bengong.
Tugas wartawan lebih hebat dan mencabar dari sukarelawan. Sukarelawan yang tak suka perang..manakala wartawan suka perang sebab depa dapat berita. Sukarelawan buat kerja diam-diam dan tak perlu pengiktirafan. Yang mahukan pengiktirafan dan kemasyhuran ni orang politik. Tu pasai, apa yang berlaku terhadap rakyat kita di Somalia tu pasai keghairahan nak buat publisiti. Nak buat macam mana? Team yang pegi tu pun pasai kepentingan politik. Jadi, bila Aduka Taruna kata keselamatan Melayu terancam bila diberikan kepada Mamak…aku setuju sebab Mamak Merican ni nak publisiti saja.
Aku banyak belajar tentang keselamatan sukarelawan ini dari seorang kawan aku yang jadi freelance reporter di Bangkok. Dia ni orang Penang tapi menjadikan Bangkok sebagai base sebab tak banyak halangan macam kat Malaysia. Dia pernah melaporkan peristiwa peperangan di Kemboja. Pernah masuk jel di Burma…dan diselamatkan oleh Tunku Abdul Rahman. Pernah kena katok di Ko Samui. Semasa reformasi 98, dia balik ke Malaysia untuk membuat laporan tentang reformasi.
Nama dia Kim Gooi.Boleh baca disini tentang dia.  Jadi stringer untuk Time Magazine, New York Times, the Nations, Bangkok  malah pernah berkdimat untuk NHK Japan. Atas sebab keselamatan juga aku tak boleh cerita lebih banyak tentang dia. TV NHK pernah membuat siri "The Opium Trail" dari Golden Triangle..melalui Malaysia dan sampai ke Eropah dan Amerika. Ia hasil Kim Gooi. Aku pernah tengok siri tersebut eksklusif untuk member-member saja. Tak pernah ditayangkan di Malaysia sebab tak dapat kebenaran KDN.
 Ini orang yang bukan mencari populariti tapi buat kerja.
 Tak ada tempat yang selamat didunia ini. Kat Malaysia pun tak selamat. Cuba hangpa pi Chow Kit dan kacau bapok tengok!! Sat lagi adalah orang mai katok hangpa.
Serupa juga ditempat lain. Kat Somalia tu dah memang merbahaya sebab puak-puak yang bertentangan. Dimana-mana saja tempat yang mengalami kesusahan, ianya merbahaya.
Perkara pertama aku diberitau bila nak ke Calcutta…jangan tunjuk baik atau pemurah. Kalau sampai di Calcutta dan ada orang minta sedekah…jangan layan. Kalau boleh halau depa. Bagi orang yang baru menyertai sukarelawan kemanusaan ini, memang lembut hati. Tapi kelembutan dan sifat pemurah itu membahayakan kita.
Hangpa bagi sorang…lagi sepuluh datang. Hangpa tak bagi..depa katok hangpa. You have to be cruel in order to be kind.
Sesuatu misi itu perlu jelas matlamatnya. Hangpa nak mai tolong orang, atau nak cari publisiti? Kalau nak mai tolong orang, kena buat diam-diam. Boleh buat publisiti kat tempat kita, tapi bila dah sampai tempat orang..jangan nak tunjuk lagak.
Tempat-tempat yang dilanda kemiskinan adalah tempat yang paling bahaya. Cuba masuk kawasan setinggan, mesti ada gangster. Dulu di Perai, Butterworth ada satu kawasan setinggan di Kampung Teluk. Sekarang dah jadi Pacific Megamall. Nak masuk kampong Teluk kena jumpa taiko dia dulu. Kalau tidak tak boleh masuk.
Di Kampung Station di Kuala Kangsar, kena jumpa Geng Mamak dulu. Kalau tidak kereta kena calar.
Apabila team Pemuda Umno pi Somalia, depa bukan saja bawa wartawan…tapi blogger pun depa bawak. Tak salah..tapi berpada-pada la. Jangan ingat orang suka bila kita ambik gambar depa ikut suka hati kita. Dan kebanyakan wartawan bukan ada courtesy nak minta izin sebelum nak ambik gambar. Depa main shoot saja.
Come on brader, sapa-sapa pun boleh mengaku wartawan. Kat Malaysia, press card tu memang laku tapi di negara luar, press card tak ada harga. Cuma ada harga untuk majlis rasmi, tapi kalau nak masuk kawasan kemiskinan, orang tak peduli press card. Dulu, kalau nak International Press Card boleh dapat kat Bangkok. Student Card pun boleh beli. Sekarang kat Malaysia macam-macam boleh buat.
Lagi satu, bendera Malaysia tu lagi bahaya. Hangpa ingat orang Somalia kenai bendera Malaysia ka? Yang depa kenai bendera Amerika. Dan bendera Malaysia serupa macam bendera Amerika. Itu pasai, dalam setiap misi kemanusiaaan, orang pakai logo NGO yang buat kerja. Bukan pakai bendera Malaysia. Kalau pakai bendera Umno pun lagi selamat.

--
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "kl-bogel" group.
To post to this group, send email to kl-bogel@googlegroups.com
To subscribe or unsubscribe at http://groups.google.com.my/group/kl-bogel/subscribe
For more options, visit this group at http://groups.google.com/group/kl-bogel?hl=en
Sebarang email pertanyaan, hantar kepada abangmod@gmail.com

No comments:

Post a Comment