Friday, September 16, 2011

[kl-bogel] Kenapa : Pengkid, Lesbian dan Awek Comel.


Assalamualaikum
http://theotherkhairul.blogspot.com/2011/03/pengkid-dan-lesbian-dan-bulu-dada.html

Hello handsome girls and pretty boys sekalian.

Aku nak tanya, korang suka tak citer Greek (Series)? Aku suka gila citer ni. Citer ni pernah di tayangkan di Hallmark (Diva) di saluran 702 di astro. Dan sejak first time aku tengok citer tu, aku dah melekat habis. Sebab cerita dia adalah lebih kepada teens life. Tapi kan, agak tak boleh blah bila dalam cerita tu, amat banyak babak gay lelaki cium lelaki. Seriously cium mulut ke mulu tanpa censored. Tapi aku rasa yang pasangan gay adalah funny. Pasangan lesbian too. Aku pun tak tahu kenapa. Dan aku suka berkawan dengan dieorang (agaknya).

Actually, bab gay ni aku tak kisah lah sangat since gay-gay ni at least mengurangkan saingan lelaki-lelaki straight untuk memikat gadis-gadis di dunia. Ehem. Cuma, aku harap dieorang berubah ah sebelum terlambat.

Tapi bila kita dah masuk ke bab lesbian dan pengkid, perh. Gua tak boleh sabar der.

Korang bayangkan ah, Kalau dalam satu Malaysia ada 10 juta perempuan. Then dari 10 juta tu, 3 juta darinya adalah lesbian dan pengkid. Kalau dah setiap seorang dari 3 juta pengkid tu mengurat seorang gadis yang berlainan dan berjaya tukarkannya lagi jadi lesbian, maka, hanya tinggal 4 juta je lah perempuan yang straight. Korang ingat 4 juta perempuan ni cukup ke untuk tampung permintaan lelaki di Malaysia? Seorang lelaki sekurang-kurangnya perlukan dua orang awek dan tiga skandal. Tapi kalau dah macam ni gayanya, memang tak cukup ah untuk lelaki-lelaki di Malaysia tu pasang 5. So, korang tak kesian ke tengok lelaki yang tak boleh nak pasang lima ni? Peh-lis, show some mercy.

Lagi pun kan, apa la yang best sangat dengan perempuan ni sampai korang (perempuan) boleh minat gila-gila? Setakat kaum perempuan, eley, mana-mana je korang boleh cari beb. Tapi kalau kaum lelaki, peh, ingat senang ke nak cari kaum lelaki yang baik dan romantis? Contohnya... contohnya....erm... erm siapa ya lelaki yang baik lagi jujur lagi baik lagi pemurah... Hurm.. Haa! ya, Mr K contohnya. Ingat senang ke nak cari lelaki macam Mr K? Susah tau. Ehem.

Ramai orang kata:

"Ramai perempuan comel-comel jatuh hati kat pengkid sebab pengkid ni pun perempuan, so, sure lah pengkid ni tahu apa yang perempuan comel nak"

Dey, seriously, apa yang perempuan comel nak sebenarnya? Kasih sayang dari kaum sejenis yang faham macam mana nak belai? Ewww. Pehlis. No.

Abis tu, korang rasa yang lelaki ni tak faham perempuan lah ye? Korang ingat, lelaki tak faham ke perangai perempuan macam mana? Lelaki faham tau. Kalau lelaki nampak perempuan tu asyik marah-marah, mesti lelaki tu terus dapat agak yang perempuan tu tengah datang bulan. See? Lelaki memang memahami.

"Saya comel. Dan hot. Tapi saya suka kat pengkid. Semuanya adalah di sebabkan saya dah tak percaya kat lelaki. Lelaki suka mainkan perasaan perempuan."

Ni satu lagi jawapan yang paling banyak orang cakap bila tanya kenapa perempuan comel suka kat pengkid. Ya, quote di atas tu aku reka. Tapi pointnya, betul ke ramai jadi lesbian di sebabkan oleh lelaki?


Actually kan, bila seorang perempuan di permainkan oleh lelaki, bukan 100% lelaki yang salah. Iye lah. Dah tau si lelaki tu ada makwe, dia boleh pulak sibuk pi layan flirt-flirt. Dah tau lelaki tu playboy ada banyak skandal, boleh pulak dia mintak-mintak no phone. Dah tau si lelaki tu ada anak 10, boleh pulak terima pergi jalan-jalan tepi pantai. Dah tau lelaki tu suka curang-curang, boleh pulak ikut keluar lepak sampai tengah-tengah malam. Then, bila lelaki tu pilih his wife / awek dia instead of korang, mula la korang nak salahkan lelaki. Seriously?

"Pengkid tak kedekut macam lelaki. Kalau lelaki mesti kedekut. Nak beli gelang-gelang je, mesti kena cop sebagai kikis duit. Nak makan kat restoran romantik je, mesti kena cop sebagai mengada-ngada. Tak romantik langsung"

Ini yang aku tak boleh blah. Memang tak boleh blah. Siapa berani bilang lelaki Melayu tak romantik? Lelaki melayu lah lelaki paling romantik di dunia tau. Lagi romantik dari lelaki Korea yang gay tu. Lelaki korea tu semua berlakon sambil baca script memang ah ayat manis je. Cer test dieorang bercakap tak baca skrip. Sure merapu-rapu gelabah macam biawak kena sergah. Tak pun, entah-entah semua gagap.


Kalau check-check sebilangan lelaki Melayu, masing-masing muka macam longkang. Tapi awek superb beb. Si lelaki muka dah la hitam. Kening tak ada. Tapi awek, peh, putih, mulus. Dahi awek tu lak kalau hayun, memang tak ada air-resistance langsung. Licin habis dahi tu. So, macam mana lelaki ni boleh dapat awek-awek cun? Apa lagi kalau bukan kerana keromantikan si lelaki. Kan?

Sampai sekarang aku tak tahu kenapa perempuan comel boleh tertarik dengan pengkid. So yeah, ada banyak jejaka-jejaka yang handsome tak pun yang baik di luar sana yang sedang tunggu anda putus dengan kekasih lesbian anda. So, go, and melt with him.

--
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "kl-bogel" group.
To post to this group, send email to kl-bogel@googlegroups.com
To subscribe or unsubscribe at http://groups.google.com.my/group/kl-bogel/subscribe
For more options, visit this group at http://groups.google.com/group/kl-bogel?hl=en
Sebarang email pertanyaan, hantar kepada abangmod@gmail.com

No comments:

Post a Comment