Sunday, September 11, 2011

[kl-bogel] Isu Cetak Rompak Buku

Perkataan cetak rompak sudah biasa dengar bukan? Terutamanya pada VCD dan DVD.

Tapi...

selain cd ctak rompak, apa lagi yang boleh dirompak dan dicetakkan?
tentulah buku2!!
Ya...memang ada kes cetak rompak buku...
X pernah dengar kes cetak rompak buku? Ke korang yg x tau??

Sebenarnya, isu cetak rompak buku ini bukan perkara baru. Memang sudah ada sekian lama. Modus operandi lanun ini ialah mengulang cetak mana-mana buku yang didapati laku di pasaran. Mereka akan buat filem, dan hantar ke pencetak yang kurang dikenali (pencetak besar tidak mahu cari pasal dengan penerbit).

Cakap pasal cetak rompak buku..bagaimana kaedah yg diorang buat??

# Menerbitkan semula sebahagian atau kesemua hasil karya.

# Membuat salinan kepada pelbagai bentuk sama ada cara mengambil gambar, membuat salinan secara elektronik atau komputer, fotostat, menaip semula atau diubah kepada PDF.

# Menyalin kandungan bahan dan dijual semula dengan tajuk yang berbeza.

# Mengeluarkan bahan atau perkakas yang menggunakan idea yang sama, dimana idea tersebut telah dihakcipta.

Aktiviti lanun cetak rompak buku gaya lama ini berskala industrial. Kita ada dengar cerita, ada satu syarikat di Batu Pahat yang terkenal mencetak rompak pelbagai jenis buku agama. Khabarnya, hampir satu gudang buku cetak rompak yang beliau ada. Ini crita buku agama. Buku agama pun nak dicetak rompak ke?? Aduyai...

Kalau buku latihan sekolah, lagi berleluasa. Pusat tusyen buat kompilasi soalan-soalan latihan dari beberapa penerbit, campur-campur, dan cetak sebagai buku terbitan pusat tusyen itu - hasilnya dijual kepada para pelajar pusat itu sendiri. Nampak seperti innocence, tetapi itu tetap aktiviti cetak rompak.... CETAK ROMPAK jugak!!

Contoh:

buku 5

Kalau tahun 70-an dulu, orang veteren industri ini akan bercerita bagaimana pada zaman itu kamus Oxford dan kamus DBP dicetak rompak beribu-ribu naskah (ini 2 kamus yang paling tersohor). Pernah terjadi, seorang sales manager dari syarikat besar melawat ke satu gudang kepunyaan seorang pengedar. Bila beliau kira, jumlah kamus dalam gudang itu jauh lebih banyak dari yang pengedar pesan dari penerbit. Macam kamus itu 'beranak-pinak' dalam gudang tadi.

http://2.bp.blogspot.com/_FH6fp9yf0Ao/SDad5V708XI/AAAAAAAAAto/WH0k1jGQ2Lo/s400/Kamus_Dewan.jpg
Kamus tebal2 begini pun nak dirompak jugak...aduyai...

Tapi ini semua cerita cetak rompak cara lama. Zaman dulu-dulu.
-----------------

Ini cerita zaman sekarang.

Cetak rompak digital buku dilakukan oleh individu secara kecil-kecilan, dari rumah sendiri.

Tetapi, secara kolektifnya, jika beribu-ribu orang mengedarkan edisi digital secara haram - maka ini akan menyebabkan industri yang sah runtuh.

Kesan cetak rompak digital secara kolektif ini hampir melumpuhkan industri muzik, cukup berat kesannya kepada pembikin wayang, dan kini mula menunjukkan tanda-tandanya dalam industri buku.

Sebagai contoh, kita boleh lihat kesan cetak rompak buku komputer. Pada hujung 90-an, jualan dan terbitan buku komputer melonjak naik. Sebahagiannya adalah kesan dari kegilaan zaman dotcom. Sebahagian lagi adalah kerana permintaan dari para pelajar yang berlumba-lumba masuk ke dalam bidang IT pada masa itu (Ya, kita juga terjangkit gila ini - Siti mula nyanyi lagu cinta IT, kerajaan buka Koridor MSC, bagi nama tempat Cyberjaya dan seterusnya..).

Selaras dengan permintaan kepada buku kompter ini, kita juga lihat berpuluh-puluh tajuk CD cetak rompak yang diisi dengan pelbagai jenis buku komputer keluar di pasaran. Selepas itu, bila semua orang ada akaun TMnet/Jaring - pembaca mula pandai download ebook dari laman warez. Sekarang, semua guna Torrent.

Hampir sahaja mati jualan buku komputer di dalam kedai buku dibuatnya.

Bagi yang pernah merompak buku2 tu, korang kenelah fikir:

1. apakah hak penulis ke atas tulisannya?

2. wajarkah seorang pembeli itu fotostat hasil penulis itu dan dijual dengan harga yang rendah sehingga buku original tidak terjual. Bagaimana pula karya itu adalah satu-satunya sumber rezekinya?? X kesian ke??

3. korang x terfikir sejauh mana aktiviti korang tu mempengaruhi penulis, penerbit dan industri buku di negara kita?


Kes cetak rompak buku2 zaman skrng makin meruncing..apa kesannya kelak?.........

(1) Ia akan melemahkan semangat mereka yang menulis karya.

Bayangkan penat lelah anda, setelah bersengkang mata siang dan malam, pening kepala, sakit mata dan pelbagai lagi usaha. Dengan mudah orang lain menyalinnya, menyatakan itu usaha mereka atau mengambil keuntungan daripadanya tanpa kebenaran anda. Akan timbul rasa sakit hati, akan timbul rasa putus asa untuk menulis lagi.

Tiada siapa nanti yang mahu mencari rezeki dengan menulis buku. Kerugian kepada kita.

(2) Malaysia kehilangan tenaga pakar.

Perkembangan IT memerlukan tenaga pakar. Tenaga pakar datang daripada mereka yang mempunyai pengalaman. Pengalaman hanya didapati jika sering menghasilkan sesuatu hasil karya seperti buku. Cetak rompak menghentikan semua usaha ini. Cetak rompak, mencuri bakal pakar kita.

Cetak rompak melemahkan semangat mereka yang baru belajar dalam bidang penulisan daripada meneruskan usaha mereka. Akibatnya, tenaga pakar sukar dihasilkan melainkan
mereka yang menghasilkan penulisan secara percuma atau terbuka.

(3) Pembaziran kos.

Dengan hanya beberapa ringgit kos buku cetak rompak, buku2 tiruan tersebut menjadikan kos yang dibelanjakan penulis satu usaha yang sia-sia. Nilai kos pembangunan tidak berganti dan ini adalah satu pembaziran yang nyata. Satu usaha yang sia-sia. Mereka yang menulis buku mengalami kerugian.

(4) Cetak rompak memalukan kita dan Malaysia.

Cetak rompak adalah satu rekod buruk kepada sesebuah negara. Syarikat-syarikat gergasi tidak berminat untuk mendirikan cawangan atau pejabat di negara yang mempunyai rekod yang buruk.

(5) Tiada pemindahan teknologi.

Dengan rekod buruk disebabkan cetak rompak, sukar mana-mana syarikat mahu mendirikan pusat penyelidikan di MSC Malaysia dan membolehkan pemindahan teknologi. Kerugian bagi kita untuk mempelajari teknologi terkini dan belajar membangunkan teknologi kita sendiri.

(6) Membeli barangan atau hasil cetak rompak menunjukkan bahawa anda menyokong satu usaha jenayah. Usaha jenayah yang memang tertakluk dalam undang-undang. Anda boleh dihukum.

(7) Cetak rompak juga ada didalangi oleh kumpulan-kumpulan jenayah.

Anda umpama menyokong usaha jenayah mereka dengan memberikan keuntungan kepada mereka. Sudah tentunya dengan keuntungan itu mereka akan teruskan jenayah mereka malah mereka boleh merancang pelbagai kegiatan jenayah lain.

Dengan mudah mereka dapat lepas tangan apabila syarikat penerbitan menghadapi masalah.....
---------------

Negara jiran sendiri pernah mengeluh dengan masalah cetak rompak buku di negara kita...

Penerbit Indonesia pernah mengeluh kerana buku2 penerbitan negara mereka dengan mudah dicetak rompak di negara Malaysia. Buku-buku Indonesia diadaptasi sesuka hatinya oleh penerbit Malaysia, dan yang paling menyakitkan ribuan buku Indonesia dicetak rompak dengan bebasnya di Malaysia, tanpa ada kawalan dan perlindungan undang-undang, kerana sampai hari ini belum ada kerjasama antara pemerintah Indonesia dengan pemerintah Malaysia berkaitan dengan hak cipta intelektual ini.


buku 7
Sedapnya fotostat buku orang....

Hal ini harus menjadi perhatian serius oleh kedua belah pihak, biar dalam pengembangan ilmu, sebanyak yang boleh tetapi dalam masa yang sama etika dan adab menghormati hak orang lain tetap dijaga. Sebab cetak rompak buku Indonesia yang berpanjangan di Malaysia ini, menjadi penyakit kronik bukan hanya merugikan penerbit Indonesia, tetapi juga merugikan pembeli buku di Malaysia, kerana terbitan cetak rompak ini kurang berkualiti, sudah pasti pembeli kalangan Islam akan mempertanyakan keberkatan muamalat perdagangan buku ini.

Tapi, nama pun cetak rompak....mestilah ada kelemahan daripda buku2 yg ori...

1. Kualiti kulit buku yang tidak memuaskan.
2. Kualiti isi yang tidak memuaskan.
3. Gambar/rajah di kulit atau isi buku yang hampir 80% tidak jelas (gelap).
4. Ukuran bukunya lebih kecil/lebih besar daripada biasa.
5. Logo penerbit pada buku ini tidak jelas/kabur dan sebagainya.
6. Kualiti (jenis) kertas teksnya yang bercampur aduk jika dilihat dari bahagian tepi buku.

Cetak rompak buku sama bahayanya dengan cetak rompak VCD....merugikan penulis, penerbit, industri percetakan dan institusi ilmu negara...

--
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "kl-bogel" group.
To post to this group, send email to kl-bogel@googlegroups.com
To subscribe or unsubscribe at http://groups.google.com.my/group/kl-bogel/subscribe
For more options, visit this group at http://groups.google.com/group/kl-bogel?hl=en
Sebarang email pertanyaan, hantar kepada abangmod@gmail.com

No comments:

Post a Comment