Sunday, September 18, 2011

[kl-bogel] Eurozone dikhuatiri pecah, dunia pening

Ia bermula dengan nama European Economic Community pada 1958, satu tahun sebelum pork chic lahir.
Tukar nama kepada European Union pada 1993. Pork chic masa tu kerja di Raffles Place sebagai wartawan kewangan.
Pada 1999, nama Eurozone diperkenalkan - kawasan di Eropah di mana matawang baru Euro digunakan. Pork chic di KL, you.

Mereka buka sempadan - tak pakai passport nak gerak dari satu negara ke sebelahnya. Adakan satu bank pusat, European Central Bank atau ECB, yang keluarkan statement dan policy untuk semua negara tu semua.
Matawang kedua terkuat di dunia masa itu selepas US Dollar, Deutsche Mark yang digunakan di Jerman, dimatikan. Juga dimatikan ialah French Franc dan Italian Lira. Semua pakai Euro.
Yang bangkang ialah Britain - tetap gunakan Pound Sterling.
Switzerland walau di Eropah pun kata podah! Masih gunakan Swiss Franc.
Dan beberapa negara lain yang masih terus nak gunakan matawang masing-masing.

Atas kertas, cantik sungguh pelan ini. Menyatukan hati, agar semua dapat gerak dengan bebas, perdagangan dibuka luas!

Sehingga kita yang di Asean pun ada yang angan-angan. Kita adakan AseanDollar misalnya, buka sempadan dan adakan perdagangan bebas. Tak 'yah pakai passport.

 


TAPI hampir dengan cepat isu timbul, sebab jika kamu buka sempadan, bukan orang yang jual sayur dan furniture serta wine dan kereta saja yang dapat bebas jual di semua negara di Eurozone ni.

Perampok dan penjual dadah pun bebas lari ke sana sini! Aku rompak dan jual dadah kat Jerman, bila dah hot dan polis cari, aku naik kereta saja masuk Portugal dan mula 'business' di sana!
Kemudian aku pindah pula ke Holland atau Slovenia dengan mudah!

DAN jadi problem bila orang dari negara Arab Mediterranean (Libya, Algeria, Egypt) atau negara Eropah miskin (Bosnia, Albania) yang bukan member dapat seludup masuk. Misalnya jika mereka berjaya seludup masuk ke Italy, mereka bebas naik kereta atau bas terus cari kerja di Spain atau Luxembourg. Macam mana kamu nak track pergerakan beliau?
Aha, begitu juga terrorist ni! Aku sembunyi kat Slovenia satu hari, kat France esok, kemudian lari masuk Austria atau Finland. Mampoi kamu nak track jadi payah!

SEBAB tu Asean jangan terus setuju nak buka sempadan tanpa passport ni.
Yang kita pakai passport pun ada 2juta umat Indonesia, Myanmar, Bangladesh, China, India bekerja di Malaysia tanpa permit!!! Illegal migrants. 2juta.

Ini belum masuk topik economic stability lagi. Kita bincang kat sini.


SEJAK beberapa bulan ni kecoh Eurozone sebab hutang Greece - kerana ia menggunakan Euro (dah lama buang matawang Drachma) - menggoncang 23 negara yang menggunakan Euro.
Dan lepas tu merebak pula hutang ni ke Ireland, Portugal, Spain. Kini Italy goyang dan France pun tak stabil.

Ia terjadi kerana perkahwinan negara kaya dengan negara miskin akibat nak buka perdagangan melalui Eurozone dan Euro ni.

MODEL itu jika dibawa ke Asean kita lihat sendiri:
Dikira dari ekonomi terbesar (biggest first in terms of GDP): Indonesia, Thailand, Singapore, Malaysia.
Dikira most competitive in the world and most-open economy: Singapore, Thailand, Malaysia.
Dikira dari kuatnya matawang (jangkaan saya): Singapore, Brunei, Malaysia, Thailand, Indonesia, Phillipines.
Dari segi purata yang berpendidikan tinggi: Singapore, Malaysia, Brunei (tak berani nak letak yang lain).

Yang di atas ni saya jangka saja. Anda jika duduk pikiak pun saya rasa dapat result yang sama.
Jadi jika kita adakan Aseanzone, lalu kita masukkan CLMV countries - empat ekonomi paling lemah - Cambodia, Laos, Myanmar, Vietnam. Lepas tu kita campur Timor Leste yang gian nak masuk Asean, jadi problem beb.
Sebab perkembangan ekonomi, pelajaran, dan kekuatan matawang semua lain-lain.

ECB antara kerjanya ialah kawal inflasi. Tapi inflasi di Germany dan France (the two biggest economies of Eurozone), takkan sama dengan inflasi di negara kecik Malta dan Slovenia? Atau Greece dan Portugal?
Jika 'Asean Central Bank' esok kata nilai 'AseanDollar' ialah US$1 = Asean$3 (misalnya), pengsan negara CLMV tak mampu nak export barangannya! Mungkin tak mampu nak import barang seperti TV, kereta.

ITULAH secara ringkas masalah Euro dan Eurozone ni.
Mereka gunakan satu policy saja sedangkan pembangunan ekonomi, pelajaran, barangan yang nak dijual berbeza jauh!
Sayur dari Cyprus dan Slovakia, kereta Merc dan Porsche keluaran Jerman.
France nak export barangan jenama Hermes, Louis Vuitton dan YSL, tapi ada mamat kat Ireland nak jual lembu saja.
Jadi interest rate - yang jejas Euro rate - ikut rentak siapa? Negara yang miskin dalam Eurozone? Atau negara kaya dalam zone itu?

Negara kaya seperti German tak banyak hutang, tapi Greece, Portugal, Ireland banyak hutang. Tentu cara selesaikannya berlainan. Tapi tak boleh, sebab mereka semua kena dengar satu suara saja - dari European Central Bank! Sebab gunakan hanya satu saja matawang, Euro!

ITULAH yang menyebabkan masalah besar mereka kini.
Yang buat kita semua pening.
Nampaknya Eurozone akan berpecah dua - one for the rich countries, one for the poorer one.

(Harap analisa Pasar Keramat dan Pasar Geylang saya ni betullah! Ini tulis tak pakai buku - cuma apa yang saya baca sejak beberapa bulan ni dalam berita. Jika salah, tuanpuan, harap betulkan!)
Posted by remgold at 13:00
Reactions: 

11 comments:

Pengembara said...

Assalamualaikum Bro

Ha..singgah lagi di blog pakcik ni. sekadar berkongsi cerita pasal eurozone ni...almaklumlah dah "tersesat" di negara Eropah ni dah hampir 1 tahun lebih sikit, walaupun sepatutnya ke negara "Unkerr Sam".

Yang banyak berkorban di Euro adalah negara German. Dan mereka jugalah antara negara selain Belanda yang bercadang untuk keluar dari Eurozone atau menubuhkan blok baru Eropah.

Sebab tu bila Libya di serang oleh NATO, German tidak mahu terlibat. Kerana ketika itu ekonomi euro dalam keadaan tidak menentu. Daripada berhabis duit pergi perang, baik selesaikan masalah ekonomi.

German juga berpendapat dengan menyerang Libya tidak menyelesaikan masalah, tapi sebaliknya menimbulkan ancaman keselamatan pada negara mereka.

Bila rakyat Libya melarikan diri sebagai pelarian, mereka menuju ke Itali. Itali pun cucuk jarum pada Perancis dengan mengatakan "eh, kita sama-sama serang Libya, tak kan negara aku je kena terima pelarian", jadi terpaksa le si Perancis ni terima pelarian Libya juga. Sememangnya pelarian Libya ni lagi suka ke Perancis.

Nak cerita lebih tentang pentadbiran, mengawal sempadan, pendatang, pengankutan dan sebagainya,di negara eropah ni seperti negara "Kincir Angin" segan pule. Maklumlah, di Malaysia ramai pentadbir bijak pandai dan pakar ekonomi yang duduk di Putrajaya.

Saya ni cuma pentadbir keluarga. Itulah serba sedikit sebanyak yang saya tahu melalui pembacaan serta pengalaman yang diterima hasil dari pengembaraan yang tak pasti bila penghujungnya.

Jika Pakcik Rem landing di Schipol satu hari nanti, atau sesat di "Red Lite District" mungkin kita boleh minum teh turki, tak pun kopi marocco.

Jumpa lagi Pakci Rem

15 September 2011 14:02
koloGnyer said...

hehehhe Pengembara....ke red lite district juga hang hint nak p sembang sambil minum teh turki arrrr keekekke....

hari2 germany top leaders duk bercakaran nak buat camner ngan euro nie...duit punye pasal mcm2 boleh jadi...xder duit pening..banyak duit pun poning....

15 September 2011 15:14
turtle said...

ulasan terbaik pokcik..skrg baru faham kes eurozone ni..

15 September 2011 16:29
Eros Malaya said...

Pengembara ajak minum di red light district tu bukan apa: di erogenuos zone, keadaan sentiasa berkembang.

15 September 2011 22:37
Pengembara said...

Wah koloGnyer dan Eros Malaya, tau jugak kamu yek tentang "Red Lite" ni ....Sbb kalau ada visitor tak kira VIP atau UnVIP, majoritinya akan sebut tempat tersebut. Mereka pergi atau tidak, saya tak pasti

Ok le...saya tukar sikit, "Pakcik Rem kalau landing di Schipol, Insya Allah kita bersembahyang di sebuah masjid melayu/indonesia disini" atau "kita pergi The Hague, sembahyang di masjid yang asalnya sebuah "synagogue"...atau "mari kita lihat anak-anak Melayu mengikuti kelas pengajian al quran". Seperti kata Pakcik Rem yang terdahulu "Hidup di negara yang minoritinya beragama Islam".

Ha, kamu, KoloGnyer dan Eros Malaya, kalau sesat di Negara Kincir Angin, ada rezeki nanti kawan bawa kamu makan nasi dagang, tak pun Pasembor...

16 September 2011 00:47
koloGnyer said...

hehehe pengembara...untung seh duk kat negara kincir angin byk bahan makanan mentah dr indo so xdela rindu sgt ngan masakan Malaysia...klu tersesat ke mana2 schipol orange... konperm den tuntut pelawaan nasi dagang ngan pasembor tu...hermm apasai la kita berjumpa awal lg..klu tak konperm beraya same di den haag raya 2010...

red lite tu hang dah pergi ka belom kikikikiki

eros malaya..tempat2 sebegitu memang sentiasa berkembang biak...

16 September 2011 04:12
Anonymous said...

Salam Op Ed

Menarik pendapat tuan tentang Eurozone ni dan juga teori penyatuan antara negara kaya dan miskin.

Bagaimana pulak tentang US yang digabungkan jadi satu sejak 1776 sedangkan ada diantara 51 negeri mereka ada yang kaya dan ada yang kurang kaya, dan jugak setiap negeri mempunyai undang undang pentadbiran tersendiri.

Boleh terangkan sedikit perbezaan bagaimana washington mentadbir wilayah ini ( dari segi ekonomi )
agar nampak agak stabil keseluruhan US berandng dengan Eurozone

-Malik-

16 September 2011 07:44
dahserikngankeris said...

hmmm, kelakar lah sebab bila share satu currency tak semestinya share satu policy, ape yang berlaku di germany sebab pendatang dari negara eropah di tanggung hanya oleh kerajaan germany, tambah lagi allocation infra hanya tertakluk kepada negara masing masing. Tambah lagi brain drain misalnya, semua yang hebat hebat chau negara lain sebab negara mereka gaji tak bes, trading bloc in terms of economic progress cam Asean ok lah, tapi kalau nak share passport dan duit nih susah lah sikit, hanya menguntung kan segelintir pihak dan negative nya banyak, tambah lagi sovreignty punya issue.

las las sama jugak capitalist lah untung, average joe yang tada capital makan habuk lah.

agree, bank sorang untung, leader kene tipu, rakyat kene tipu tau tau hutang jadi entah apa apa.

16 September 2011 08:20
Anonymous said...

Pokcik,komen sikit pasal Malaysia tidak pernah dijajah oleh Majlis Profesor tu..hehe..nak dengar pokcik punya hujah la..sorry lari tajuk..

16 September 2011 14:27
remgold said...

malik,
Negara Bersekutu Amerika - United
States of America - tak ada
problem jurang kaya-miskin begini sebab ia satu
negara saja.
sama macam Malaysia yang ada 13 negeri dan Indonesia yang ada 33 provinsi (atau propinsi). Yang ada tension dalam US samalah yg ada dalam
Maysia - misalnya Texas selalu dewan undangan
negerinya ialah Republican. Atau Illinois yg suka Democrat.
tapi sama juga
macam Kelantan selalu DUN dikuasai PAS.
Kelantan dah 20thn dengan PAS kenapa tak
lingkup? walau kerajaan Putrajaya tak banyak bagi wang?
kerana jalanraya, sekolah, polis, airport, JPJ, mahkamah, etc masih dibiayai kerajaan pusat.
Jadi orang tempatan masih dapat projek dan pekerjaan.
Sama macam rakyat texas dan illinois.
dan dengan mudah rakyat kelantan boleh datang
ke kl nak kerja.
berbeza dengan eurozone yang walau sempadan dibuka, jika kamu orang slovakia atau estonia
nak kerja di jerman atau holland (dekat kawasan
red lite). no.1 problem ialah Bahasa! Ada 23 bahasa rasmi di eurozne, satu di maysia.
no.2 ialah majikan tentu lebih suka fellow
countrymen, lainlah jika kamu sanggup gaji
begitu kecik sekali (selepas isu Bahasa dah settle). eropah ni Union dari segi economic/trade dan tak
pakai passport, tapi negara masih bangga dgn
tradisi masing2. dan sikap bangsa aku lain dan
lebih baik dari bangsa kamu, tentu masih tebal.
America - tak ada
problem jurang kaya-miskin begini sebab ia satu
negara saja.
sama macam Malaysia yang ada 13 negeri dan Indonesia yang ada 33 provinsi (atau propinsi). Yang ada tension dalam US samalah yg ada dalam
Maysia - misalnya Texas selalu dewan undangan
negerinya ialah Republican. Atau Illinois yg suka Democrat.
tapi sama juga
macam Kelantan selalu DUN dikuasai PAS.
Kelantan dah 20thn dengan PAS kenapa tak
lingkup? walau kerajaan Putrajaya tak banyak bagi wang?
kerana jalanraya, sekolah, polis, airport, JPJ, mahkamah, etc masih dibiayai kerajaan pusat.
Jadi orang tempatan masih dapat projek dan pekerjaan.
Sama macam rakyat texas dan illinois.
dan dengan mudah rakyat kelantan boleh datang
ke kl nak kerja.
berbeza dengan eurozone yang walau sempadan dibuka, jika kamu orang slovakia atau estonia
nak kerja di jerman atau holland (dekat kawasan
red lite). no.1 problem ialah Bahasa! Ada 23 bahasa rasmi di eurozne, satu di maysia.
no.2 ialah majikan tentu lebih suka fellow
countrymen, lainlah jika kamu sanggup gaji
begitu kecik sekali (selepas isu Bahasa dah settle). eropah ni Union dari segi economic/trade dan tak
pakai passport, tapi negara masih bangga dgn
tradisi masing2. dan sikap bangsa aku lain dan
lebih baik dari bangsa kamu, tentu masih tebal.

16 September 2011 14:29
remgold said...

Anon 14:27,

sebenarnya saya malu bila isu-isu yg saya rasa tak begitu penting jadi polemik berjela2 di maysia ni.
sebab akhbar saya dan agensi berita sedunia gerenti akan pick-up story dan orang akan tertawakan negara angkat saya.

jika kamu tanya saya - saya boleh cakap tentang sejarah spore saja. kerana kurang mahir tentang sejarah maysia ni.
kat spore - negara very pro-kapitalis, very pro-US, very pro-west, very anti-komunis, dan top 2 negara most-open economy in the world, cerita lapok bahawa komunis adalah pejuang yg patut dipuji, ditertawakan.
kami benci komunis.
jika saya nampak komunis atau pro-komunis bernama melayu pun hari ini (sama juga jika saya nampak orang melayu nak letupkan bom di chinatown), saya akan cekik kasi mampos.
orang yg benci agama, dan orang yg rosakkan nama agama saya, maaflah, saya kena hapuskan. with my bare hands if necessary.

nak kata maysia tak kena jajah, tak tahulah saya.
yg saya pasti singapork kena jajah british.
sebab tu dulu lee kuan yew (ditulis dlm bukunya) kena nyanyi national anthem british - god save the queen.
lepas tu kata lky, jepun jajah, beliau kena nyanyi national anthem jepun - kimigayo.
lepas tu spork masuk maysia, beliau nyanyi - negaraku.
kini baru nyanyi - majulah singapura.

esok saya kena nyanyi lagu america pulak pun ok - the star-spangled banner.
sebab pada saya, seorang sporean yg practical, tak kisah siapa control saya.
asal saya dapat benda-benda basic utk saya dan keluarga (yg saya tulis baru ni) - food, shelter, security.
dan agama yg saya nak ikut orang tak kacau (ini termasuk dlm physical security).

tapi saya tak tahulah sejarah maysia ni. tawarikh saya cetek.
kamu teruskanlah gaduh.
tentunya bagus sebab orang sedunia tertawakan sengketa yg tak sudah. dalam isu yg bodoh.
melayu terus rakyat paling bahalol dan miskin di tanah air yg dulu bernama malaya, tak apa.
asal kita puas hati dapat bantai yg lain, ok lah. masuk syurga bila mampoi nanti.

16 September 2011 20:46

Post a Comment

Links to this post

Create a Link

--
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "kl-bogel" group.
To post to this group, send email to kl-bogel@googlegroups.com
To subscribe or unsubscribe at http://groups.google.com.my/group/kl-bogel/subscribe
For more options, visit this group at http://groups.google.com/group/kl-bogel?hl=en
Sebarang email pertanyaan, hantar kepada abangmod@gmail.com

No comments:

Post a Comment