Monday, September 19, 2011

[kl-bogel] BN Selangor - bermimpi di siang hari -Aspan Alias.

http://www.mindarakyat.com/v1/images/topics//aspan_alias.gif

Najib berkata yang beliau tidak takut dengan Anwar kerana beliau mengakui yang dalam sebuah demokrasi parti adalah lebih kehadapan dari individu. Tetapi jika benar apa yang di katakan oleh PM itu maka beliau tidak payah menyebut nama Anwar tetapi di sebaliknya beliau sepatutnya bercakap tentang PR, bukannya Anwar.

Apa yang di katakan oleh PM itu benar kerana tidak ada sesiapa yang perlu takut pada mana-mana individu. Saya yang begitu kecil ini pun tidak takut pada Anwar dan pada sesiapa sahaja yang melakukan rasuah dan salah guna kuasa. Yang perlu semua pihak takut dalam politik ini ialah rakyat yang ramai yang mempunyai hak kepada seluruh negara kita.

Itu sebabnya selama ini saya hairan kenapa pemimpin-pemimpin kita begitu berani melakukan rasuah dan mengenepikan perasaan rakyat yang begitu jemu mendengar perlakuan rasuah itu dilakukan dengan terang dan mudah dilihat oleh rakyat. Hanya rakyat tidak mampu membuktikannya kerana perlakuan rasuah yang besar-besaran banyak dilindungi oleh Akta-Akta yang ketat seperti Akta Rahsia Resmi dan lain-lain.

Jika sesuatu projek dilaksanakan dengan 'scale' yang besar maka projek-projek itu akan dilindungi oleh Akta Rahsia Resmi kerana dalam projek itu adalah sumber mereka yang berkuasa untuk melakukan rasuah yang menggunakan wang rakyat. Rasuah adalah isu yang terhadapan sekali dan selagi kerajaan masih melekat dengan stigma rasuah itu selagi itulah kerajaan hari ini tidak akan mendapat perhatian rakyat lagi.

Di UiTM semalam Najib telah mengaku yang BN telah insaf di atas segala kesalahan yang telah dilakukannya semasa memerintah negeri itu sejak merdeka dahulu. Dengan kenyataan itu maka kita dapat menyimpulkan yang BN memang telah melakukan kesalahan sebagai parti yang memerintah negeri Selangor dan dengan itu rakyat Selangor telah mengenepikan mereka dalam pilihanraya yang lalu.

Jika BN telah mengaku kesalahan itu kenapa pula parti-parti pembangkang yang dipilih oleh rakyat Selangor itu menjadi 'punching bag' bagi UMNO dan BN. Kenapa pembangkang dipersalahkan jika BN mengaku kesalahan itu letaknya dibahu BN. Kenapa yang bersalah menghemtam yang tidak bersalah? Itulah yang menjadi masalah kepada BN. Mengaku bersalah tetapi pihak lain pula yang dihentam setiap hari dan waktu.

Sekarang BN sedang berusaha mencari kesalahan PR di Selangor, sama seperti yang dilakukan di negeri-negeri lain yang dipimpin oleh PR. BN mencari kesalahan pentadbiran Selangor seperti orang mencari kutu dikepala. Kuman diseberang laut mereka nampak tetapi gajah dibibir mata tidak dihiraukannya.

Apa yang BN perlu lakukan untuk mengembalikan keyakinan rakyat Selangor ialah untuk menunjukan siapa yang akan menjadi MB jika Selangor dipimpin BN. Ini amat penting kerana seperti yang kita lihat semua MB BN Selangor sebelum diambil alih oleh PR dalam pilihanraya yang lalu telah bergelumang dengan masalah rasuah.

Keseluruhan pemimpin-pemimpin Selangor telah dipersepsikan melakukan kesalahan ini dan itulah sebabnya mereka diketepikan oleh rakyat. Sekarang pemimpin-pemimpin yang sama pula yang membuat janji untuk mentadbir negeri yang kaya itu untuk melakukan perubahan yang dikehendak rakyat Selangor. Bagaimana rakyat hendak percaya. Secara konklusifnya kita melihat yang isu ini amat susah untuk dilakukan oleh BN Selangor.

Sehingga ke hari ini rakyat masih tidak nampak siapa yang akan ditonjolkan sebagai ayam tambatan BN yang tidak boleh dipersoalkan tentang kredibilitinya. UMNO yang sedang menghadapi isu kredibiliti terpaksa mencari calon MBnya dengan teliti. Sekarang bukan senang untuk mencari calon yang berkredibiliti di Selangor kerana calon yang akan ditonjolkan itu akan merasa rendah diri dan sangsi samada mereka boleh menang atau pun tidak.

Ramai yang merasa takut untuk melalui pengalaman Awang Adek di Kelantan yang telah berangan-angan untuk menjadi MB Kelantan tetapi Kelantan hanya memberikan sebanyak tiga kerusi DUN sahaja dalam pilihanraya yang lalu. Awang Adek sendiri sebagai calon MB telah kalah dihadapan rakyat Bachok sendiri. Kita masih ingat bagaimana Awang Adek telah berlagak seolah-olah sudah menjadi MB dengan lagak 'typical' UMNO sambil menghisap cerut yang mahal-mahal semasa berkempen di Bachok.

Di dalam ucapan Najib di Shah Alam semalam Najib dengan terang telah meminta rakyat untuk menerima sahaja calon yang di turunkan oleh pucuk pimpinan. Kata-kata itu telah di sambut dengan tepukan gemuruh dan bertepuk itu merupakan salah satu 'attribute' yang sudah lama bersemadi di dalam UMNO, tetapi apabila sampai pilihanraya nanti ramai di kalangan yang bertepuk semalam itu jugalah yang akan memberikan undi kepada parti-parti pembangkang seperti yang berlaku di dalam pilihanraya yang lalu.

Jika UMNO Selangor perlukan keyakinan rakat kembali pulih, parti itu perlu mengenepikan semua pimpinan yang ada semasa UMNO jatuh dalam PRU yang lalu. Tetapi persoalannya mampukah UMNO untuk melakukannya? Bagaimana hendak menolak Noh Omar atau mana-mana pemimpin yang lain? UMNO terpaksa juga mengharapkan kumpulan yang dahulunya ditolak rakyat untuk merampas kembali kerajaan Selangor dari PR. Kata perbilangan, tidak ada rotan akar pun berguna'

Kita lihat usaha untuk mencacatkan pentadbiran PR di Selangor terus menerus dilakukan terutamanya untuk memberikan gambaran buruk terhadap Menteri Besarnya, sedangkan rakyat tahu yang MB-MB BN Selangor yang sebelumnya semuanya menjadi kaya raya semasa menjadi MB.

Itulah sebabnya saya ada menutup posting saya yang sebelum ini dengan menyatakan, 'the worst of the Opposition is a lot better than the best of BN'. Yang penting rakyat kena tahu ialah BN memang tidak boleh dibandingkan dengan mana-mana pihak jika dilihat dari sudut perlakuan rasuah.

Dalam isu rasuah BN memang tidak boleh ditandingi oleh mana-mana kerajaan dalam rantau ini. Yang boleh menentukan perasuah ini diketepikan ialah rakyat yang insaf dan sedar tentang bahayanya negara jika terus ditadbir oleh mereka yang sudah ketagih dengan rasuah ini.

Saya berkeyakinan untuk BN kembali memerintah kerajaan Selangor hanyalah ibarat mimpi di siang hari.
Posted by Aspan Alias at 04:32

23 comments:

Shaff said...

Satu kenyataan yg menarik. Kalau kita dah buat salah jgnlah asyik suka menunding pd org lain. Inilah sikap buruk UMNO dr dulu smpai bila pun x tahu lah... Rasuah tak usah cakap le.. sampai rakyat kdg2 takut nk berurusan dgn kem/jbtan yg berpotensi kearah rasuah dijalankan.

18 September 2011 07:35:00 GMT+08:00
Akram said...

BN telah lama berkuasa. Selama ini rakyat hanya fokus kpd BN semata-mata. Tetapi sekarang, masa telah berubah. BN semakin lemah dan rakyat telah bijak untuk memilih yg betul dan yang salah.

18 September 2011 09:09:00 GMT+08:00
nick said...

Pak,

Action speaks louder than word and judging from their action (najib and UMNO), their words of repentance and remorse and guilt is nothing more than empty and hollow hypocritical bovine excrement aimed at hoodwinking the masses into giving them the votes that will prolong their rule and abuses.

Najib in his deluded self congratulatory mind sought to elicit praises and adoration from Malaysian for his "3 decades too late" repeal of the evil and much abuse I.S.A when he should have made an apology on behalf of his late father and the subsequence PMs who have abused and manipulated the act to incarcerate and unlawfully punish their political enemies and rival. Najib said that he and UMNO has repent BUT neglected to seek forgiveness and apology for the decades of abuses and mismanagement??? That's not Taubat Nasuha but rather hypocrisy at it's lowest form.

With the new revelation from the Bangladeshi's PM own admission that UMNO is giving free citizenship to any bangladesh migrant worker in return for votes, Najib and UMNO is proving to be the biggest traitor and threat to all Malaysian. And we, Malaysian need not give or show any compassion to traitors because these traitors are placing this country and it's citizen in harms way. Let's get rid of these traitors once and for all and let justice be serves on those who have wrong us and this country of ours! Anything BUT UMNO!

Nick.

18 September 2011 09:13:00 GMT+08:00
Anonymous said...

Dikalagan kakitangan kerajaan yang menyokong BN adalah dari mereka yag perasuah sahaja

18 September 2011 09:26:00 GMT+08:00
Anonymous said...

ketandusan pemimpin di dalam UMNO semakin kritikal..banyak gol. profesional dan berintegriti berada di pihak pembangkang..
kita lihat siapa yg BN pertaruhkan untuk menjadi MB s'gor walaupon belum tentu dapat merampas kembali s'gor..

18 September 2011 09:43:00 GMT+08:00
Anonymous said...

Salam Saudara AA,

Saraan, permerhatian, sumbang saran dan pemikiran sama seperti Dato' Ariff , Kuantan Pahang. Memperkata sesuatu yang benar tapi pahit serta masa untuk di dengar dan diterima. Bila berlaku baru lah disesalkan. Kerana ape pemimpin dikelilingi oleh pengampu bodek yang tidak ikhlas. Menyanyikan lagu asli dan dondang sayang, tertidur lah si pengdengar di ulek oleh mimpi fatamorgana.

Masalah dikatabenar diterima salah, kata tak benar tu lah yang benar. Pemimpin pula sulit untuk menerima pandangan dari orang berkata benar tapi pahit. ITu keegoan yang terlampau hingga kecundang dan gigit jari.

AA terus kan berkomen atas kenyataan.


TQ.

18 September 2011 10:13:00 GMT+08:00
Orang Miskin Mersing said...

Pak Aspan,
Old habit die hard.
Dosa yang menjadi kebiasaan, sudah tidak dirasakan lagi dosanya, hinggalah sampai satu masa, sudah terlalu lambat untuk bertaubat dan memohon keampunan.

18 September 2011 11:22:00 GMT+08:00
Anonymous said...

Sdr Aspan,
Baru2 ini saya ada pergi 'open house' bini kedua si Nor Omar ni. First time lah masuk rumah warlord2 macam dia ni. Macam Marlon Brando dalam cerita Godfather lah Encik Nor ni. Masa open house pun ada orang yang datang dengan business proposal. Siap datang dengan sebakul durian lagi, bagi kat Encik Nor. Yang buat kelakar sekali ada sorang mamat bagi kasut. Yang lagi kelakar sampai pecah perut, Encik Nor ni dengan selamba sempat boleh try tengok kasut tu muat ke tak. Orang macam ini potential MB ke? Abis lah.

18 September 2011 12:22:00 GMT+08:00
Anonymous said...

saudara Aspan
jangan kata UMNO mimpi. Mrk sdg bekerja keras nak menang ttp dgn cara yang hina. mcm2 modus operandi di lakukan: kem askar yang tak pernah pergi perang, kem askar wataniah ( berita terbaru ...), pendatang indonesia ( ingat kes Zuraidah PKR, mana KDN nak saman, nnt bnyk bocor rahsia), terkini pendatang Mat Bangla (dah boleh ngundi dapat la gelaran MAT Bangla). Nauzubillah dengan Perkakas UMNO/BN seperti SPR, KDN dan Pendaftaran dah jd penderhaka kpd rakyat jati malaysia mcm dah lali dgn complaint rakyat. Mungkin dah lama buat kerja tak amanah. Ya Allah selamatkan lah negar ku yang tercinta dari mrk yang zalim dan hina ini...

18 September 2011 13:14:00 GMT+08:00
leopard said...

Salam..
Pd sy yg tidak berparti ini sy beranggapan bahawa dahulu BN selesa pd Era tun Mahathir adalah kerana tiada wujudnya Pakatan pembangkang sekuat sekarang dimana hanya Angkatan Perpaduan Ummah pd tahun 1990 yg berjaya mencatat rekod yg sedikit mengejutkan Tun Mahathir apabila Gandingan Tengku Razali dan TGNA berjaya merampas kelantan..
Namun perubahan secara besar2an mula berlaku apabila berlakunya konflik terbesar dlm UMNO dimana Tun Mahtahir memecat DSAI yg juga merupakan anak didiknya yg dilihat lbh kedapan dan lbh Islamik berbanding Tun Mahathir dan konco2nya..
Ingat bila masuknya Anwar ke dalam UMNO,berlakunya penerapan Nilai2 Islam dgn tertubuhnya Bank Islam,Universiti Islam Antarabangsa dll sesuai dgn sifat Anwar yg juga pimpinan tertinggi ABIM..
Keengganan Anwar utk melakukan Bail out dari perbendaharaan negara keatas syarikat2 Kroni akibat kemelut ekonomi 1997 sebenarnya yg menyebabkan tragedi pemecatan ini yg menyebabkan lanskap politik negara berubah hingga ke tahap skrg..Isu liwat itu hanyalah Comufladge utk mewajarkan tindakan pemecatan itu krn pd 2 September 2004 DSAI dibebaskan oleh Mahkamah Persekutuandari tuduhan liwat..
Bermula dari situlah jawatan Menteri kewangan dipegang oleh perdana Menteri sehingga sekarang..
Inilah antara sebab yg menjadikan urustadbir ekonomi negara dijalankan secara Miss Mananage krn setiap keputusan akan mewakili kepentingan peribadi Perdana Menteri dan memberi kesan kpd dasar2 kewangan negara dgn hanya menjaga kepentingan2 Koperat dgn Projek2 mega dan tidak mesra kpd Rakyat..
Ahli2 UMNO yg memiliki kesedaran yg tinggi memilih utk keluar dan menubuhkan Parti Baru yg kini dikenali sebagai Parti Keadilan Rakyat..bermula dari situ segala tindak tanduk UMNO dibocorkan dan disampaikan kpd Rakyat dan ianya ternyata memberi kesan maka sebab itulah UMNO lbh membenci Parti Keadilan Rakyat berbanding PAS dan DAP..
Dinegara dunia ketiga,seseorang diktator itu mampu utk kekal berkuasa adalah disebabkan tiadanya pakatan Pembangkang yg kuat utk menjadi pemeriksa dan penyeimbang kpd penguasa..
Sbb itu UMNO dan BN haruslah berubah dan berhenti berlagak seolah-olah kesetian rakyat adalah mutlak krn ini bukan negara yg ketinggalan Akses Maklumat dan pakatan Pembangkangnya sudah memerintah beberapa buah negeri..
Rakyat akan membuat perbandingan prestasi antara kedua-duan pihak krn keduanya mempunyai negeri utk ditadbir utk dijadikan kayu ukur oleh rakyat..
Cakap retorik hanya laku dizaman filem Orang Minyak zaman P.Ramlee krn rakyat bertaklid berdasarkan tindakan kerajaan bkn cakap2 retorik..
Malangnya sebahagian besar pimpinan UMNO sehingga kini masih berlogik begini dan suka menuduh pembangkang yg merosakkan pemikiran rakyat walhal kelemahan UMNO sendiri yg memberi peluru hidup kpd Pakatan Rakyat utk menembak UMNO secara berdepan..Sy tinggal di Dun yg tidak pernah dimenangi pembangkang dimana org2 UMNO sendiri menyampah dan meluat dgn ADUN yg menipu dgn memberikan suratkhabar percuma kpd setiap sekolah dgn memaparkan kolum rencana bahawa janji pembangunan di Dunnya telah selesai ditunaikan..
Sedangkan berapa ramai lg yg masih miskin dan tiada pembelaan ekoran dari sikap Adun yg hanya menjaga pengikut2nya sahaja..
Inilah yg sy katakan berlagak spt sudah berjaya melaksanakan amanat sedangkan byk kawasan yg tersorok dan tertutup dari pandangannya tidak pernah dijenguk sehingga ada yg terpaksa membuat buletin Underground supaya Adun membuka mata pd kawasan2 yg beliau terlepas pandang dan teroka..Ini baru Dun tempat tinggal sy blm Dun2 yg lain lg..
Pendek kata org2 UMNO ditempat sy sudah tidak segan2 lg nk menyumbang wang dan hadir di majlis2 anjuran Pakatan Rakyat..

18 September 2011 16:20:00 GMT+08:00
Anonymous said...

Najib: "Saya tidak takut akan Anwar."

Ini perangai & mentaliti budak2 kindergarten apabila dicabar kejantanan mereka. Mereka terpekik melolong mengatakan mereka jantan.

MashaAllah...najib takut akan Anwar. Sebab: 1. Anwar punya keterangan yg aide-de-camp najib yg arahkan pembunuhan mendiang Altantuya, 2. Anwar punya keterangan yg cukup Najib menerima rasuah atau bahasa halus commission, dari pembelian Sukhoi jets dan juga Scorpene submarines. Kalau mengikut laporan Wikileaks tiap2 pembelian, Umno minta 30% commission, berapa Najib dan rosmah sudah balun.

Najib memang takut kan Anwar. Seperti budak kindergarten yg dicabar, beliau terpaksa terpekik melolong ddidepan balaci2nya mengatakan dia tidak takut akan Anwar. Poor Najib. Tidur, makan & rehat asyik lihat Anwar shj.

18 September 2011 16:53:00 GMT+08:00
Quiet Despair said...

Ya Najib tak perlu takut kepada Anwar. Anwar yang kini kecut dengan Najib dan pengundinya.
The will of BN to recapture Selangor is not a dream, be it night or day dream. It is a reality.
Khalid is not doing a good job. Wishy-washy, flip-flop and very unsure of himself.
And can we depend on people like Teresa Kok or Hannah Yeo to deliver what the PKR has promised but will never fufilled.
Najib is right that the feelings on the ground are they want BN back in control.
When he was in Shah Alam, 17,000 opposition members applied to join BN.
UMNO and BN lost not because of PKR's might but sabotage and internal fights among BN members.
That is why Najib reminded them to be united and accept whoever the leadership chooses as candidates.

18 September 2011 17:01:00 GMT+08:00
burn said...

it is not only on "rasuah" matter, but many more. history have totally being screw up since day one to make them look good. younger generations, especially students and graduates are slowly being taught and brainwashed. have the "pm" forgotten his famous phrase... "to bath the keris with chinese blood". moreover, he do not have the charisma to be call a "pm" nor holding any ministerial post at all. that goes to his cousin too. how can one minister be easily transfer to another ministerial post when one do not have the experience nor capacity to hold the position given? there are many experience malaysian that can be choose and given to hold the position, sadly, "bn" only prefer to choose and rotate their half past 6 group within themselves. all they have in them was... nama saja!

18 September 2011 17:10:00 GMT+08:00
Anonymous said...

Salam Sdr Aspan,
Jika telah mengakui kesilapan di Selangor bermakna kesilapan juga telah dilakukan di peringkat Persekutuan; Kalau PM betul-betul ikhlas dan jujur MB ,Exco,Kabinet dari BN Wajib meletak jawatan dan mereka ini tak perlu bertanding lagi. Bagilah muka-muka baru bertanding, anak2 mereka juga tidak harus bertanding bagi menganti/mewarisi kerusi yang pernah disandang olek bapak atau datuk mereka. Cukuplah, harta yang dihimpun dah tak habis makan. Dengan cara ini generasi baru yang akan memerintah dapatlan memikirkan caramana mengatasi pusaka hutang yang ditinggalkan oleh kerajaan BN. Jangan mengaku saja buat silap tapi maseh juga menggunakan sisa2 kuasa yang ada uantu diwarisi oleh anak cucu. Bertaubatlah..... hidup kita ni tak lama mana... wassallam.

18 September 2011 18:15:00 GMT+08:00
brem said...

Quiet Despair,
What AA said was true. As a person assigned to the ground for BN, I know it is even tougher than 2008 election.

You may not not understand the actual condition here. It's serious.

18 September 2011 19:37:00 GMT+08:00
haron ismail said...

To all distinguished commentators,

I am an independent man, but witnessing the issues after issues, I think it's going to be the end of UMNO, not only in Selangor but nationwide.

Umno may be able to contain Phg, Malacca and Johor with simple majority in the state assemblies. Take this as democracy at work and accept what come may.

18 September 2011 19:48:00 GMT+08:00
Anonymous said...

QD,

Khalid mungkin tak berapa bagus,
tapi...
dia tak seburuk pemimpin UMNO

18 September 2011 21:05:00 GMT+08:00
Anonymous said...

Tok Pan,
Ayat Tok Pan 'the worst of the Opposition is a lot better than the best of BN' tangkap syahdu la. La nie the best of BN tentu la PM kita, the worst of Opposition..jeng-jeng. lu fikir la sendiri.
He3..-sender Rakyat Jenny lo (Jeniang la tu)

18 September 2011 23:51:00 GMT+08:00
lan said...

As a Selangorian, I've never been prouder than the day when BN lost this state

19 September 2011 09:32:00 GMT+08:00
Ibni Ismail said...

Salam Tuan Aspan,

Jangan lah tuan keterlaluan dodoikan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor ni, nanti makin terlena mereka jadinya. Sikap over confident mereka ni menyebabkan percakaran sesama sendiri. Jika BN menang pun atas kelemahan PR bukan kekuatan BN itu sendiri.

19 September 2011 11:07:00 GMT+08:00
Anonymous said...

To all PR commentators, you are the best! continous your support in this blog and give a lot of idea.

19 September 2011 13:24:00 GMT+08:00
Orang Seremban said...

Tuan Aspan,
Diperingkat grass root,rakyat Selangor dah selesa dengan kerajaan PR.Kebajikan rakyat dijaga dari yang baru lahir hinggalah kepada yang mati,semuanya di bantu,kerajaannya pula buat masa ni belum ada kes rasuah atau salah guna kuasa.Tiada lagi ketua2 bahagian Umno atau ajknya yang mengganggu DO dan pentadbiran pejabat Tanah,tiada lagi kes2 little napoleon yang menguasai bekalan pasir negeri.

2) Ngo Ngo yang berlindung dibelakang Umno sentiasa mengeluarkan kenyataan yang menyakitkan hati hingga mereka lupa rakyat memerhatikan hal ini dan memberi markah negatif terhadap apa yang piem buat,(banyak contoh seperti kes kepala lembu,perkasa yang tidak perkasa).Semua ini menjusu kepada sikap ABU (asal bukan Umno/Bn).
3)_ Rakyat sudah nampak Wakil Rakyat Umno hanya meperjuangkan perut dan bawah perut sendiri sahaja(contohnya menjadi kaya dengan mendadak dalam satu musim sahaja- Khir Toyo boleh beli rumah Rm 24 juta,gaji sebulan Rm lima belas ribu sahaja macam mana ye?!Hal rakyat akan diambil berat bila ada media datang
Bukan mudah nak ambil alih Selangor, Masalah orang India banyak yang belum di selesaikan masa Umno/Bn perentah (angka 17 Ribu tu diberi oleh pengampu aje

19 September 2011 14:01:00 GMT+08:00
Anonymous said...

Apapun .. pRU 13 akan menentukan apakah UMNO dapat Menumbang MB selangor memang bagus banyak perancangan berkan PR .. cakap Najib tu macam orang frust ... KHalid MB Selangor Memang bagus banyak kejayaan dan pembaikan syarikat perniagaan kerajaan telah berjaya ... PR tetap di hati .. BYE BYE BN ..

19 September 2011 14:24:00 GMT+08:00

Post a Comment

--
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "kl-bogel" group.
To post to this group, send email to kl-bogel@googlegroups.com
To subscribe or unsubscribe at http://groups.google.com.my/group/kl-bogel/subscribe
For more options, visit this group at http://groups.google.com/group/kl-bogel?hl=en
Sebarang email pertanyaan, hantar kepada abangmod@gmail.com

No comments:

Post a Comment