Monday, August 15, 2011

[Mcm2Ada] Wahabi: Perkara usul atau furu'?

Abdulfatah Haron Ibrahim

Kongsi 
Dalam masa terdekat ini ada dua kali saya terbaca dalam harian Sinar mengenai Wahabi: Satu mendesak Kerajaan Malaysia memutuskan bagaimana dengan kedudukan Wahabi; dan satu lagi mendesak agar dialog segera diadakan.

Musuh menggelar mereka Wahabi, tetapi mereka sendiri menamakan diri mereka Salafi bermazhab Hanbali pengikut Ahmad ibn Hanbal. Kalau Ahmad ibn Hanbal diterima, tetapi Wahabi dipertikaikan, maka "itulah sejauh-jauh pengetahuan mereka".

Sebelum apa-apa, saya mohon tentukan lebih dahulu adakah Wahabi itu perkara usul atau furu'?

Perkara usul : umat Islam menerima atau menolaknya dengan ijmak.

Perkara furu' : umat Islam menerima atau menolaknya tidak ijmak.

Sebagaimana perkara lain dalam Islam, masalah Wahabi bukan ada sempadan geografi yang boleh ditentukan oleh Kerajaan Malaysia. Islam adalah satu dan sama dalam dua perkara, iaitu usul dan furu'. Dalam usul bersatu dan dalam furu' berbeza.

Perkara usul adalah seperti perkara-perkara yang terkandung dalam Rukun Iman dan Rukun Islam, umat Islam Ahli Sunnah tidak boleh berselisih faham. Sebab itu Agama Qadiani, Baha'i dan Isma'iliyah-Batiniyah umpamanya, semuanya terkeluar dari Islam Ahli Sunnah dengan ijmak.

Perkara furu' pula adalah seperti berkaitan dengan masalah-maslaah yang ditimbulkan dari Akidah di gelar Ilmu Kalam.

Kata Ghazali dalam kitabnya Qawa'id al-'Aqaid:

1. Ada yang mengatakan Ilmu Kalam itu bid'ah atau haram.

2. Ada yang mengatakan wajib dan fardhu.

3. Ada yang megatakan fardhu kifayah; dan

4. Ada yang mengatakan fardhu 'ain.

Di antara yang mengatakan haram itu ialah Imam Syaf'ie, Malik, Ahmad ibn Hanbal, Sufyan dan semua golongan Salaf yang terdiri daripada Ahli Hadis.

Dari empat pendirian ini, kalau tidak silap, ada golongan di Malaysia yang mengatakan Ilmu Kalam itu wajib dan fardhu 'ain. Pada masa yang sama, mereka kukuh berpegang dengan Mazhab Syaf'ie yang mengatakan Ilmu Kalam itu haram. Saya tidak pernah dengar dalam zaman ini ada di antara orang Islam yang memihak kepada salah satu daripada empat pendirian tersebut dan mengajak berdebat kalau ada orang menyalahi pendiriannya. Inilah yang saya maksudkan "perkara furu'.

Sebelum apa-apa tentukan lebih dahulu dijelaskan adakah Wahabi itu perkara usul atau furu'.

• Pihak yang bersungguh sangat perkara Wahabi, adakah Wahabi itu termasuk perkara yang menyalahi Usul Islami dengan ijmak, bahwa sesiapa yang menganutnya akan terkeluar dari Islam. Jika demikian, tidak perlu didebatkan lagi.

• Adakah di sana orang yang memandang Wahabi perkara Furu' yang khilafiyah belaka. Jika khilafiyah, maka memang ada perbezaan yang tidak dapat dielakkan.

Dalam mana-mana mazhab ada mereka yang bersikap keras, ada yang bersikap sederhana dan ada yang bersikap tak kisah.

Sikap sederhana membuahkan perpaduan dan hormat menghormati.

Sikap keras membuahkan perpecahan dan benci membenci.

Adakah sikap itu hasil kajian yang terkini lagi teliti?

Atau datang daripada apa yang diketahui selama ini?


Penulis pernah mengajar di Kolej Islam Petaling Jaya dan di Jabatan Usuluddin & Falsafah, Fakulti Islam, UKM.

--
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "kl-bogel" group.
To post to this group, send email to kl-bogel@googlegroups.com
To subscribe or unsubscribe at http://groups.google.com.my/group/kl-bogel/subscribe
For more options, visit this group at http://groups.google.com/group/kl-bogel?hl=en
Sebarang email pertanyaan, hantar kepada abangmod@gmail.com

No comments:

Post a Comment