[Mcm2Ada] Video: Budak 4 Tahun Hisap Rokok, Cakap Lucah

http://www.4shared.com/video/jFFCw_ZX/sandi_wedhussandi_macan__fajri.html

Posted by Aizen
sandi wedhus rokok

Salam semua, saya ada terbaca dalam forum-forum dan beberapa laman akhbar mengenai seorang budak berumur 4 tahun yang menghisap rokok dan bercakap lucah sambil menunjukkan gaya-gaya ranjang. Duk belek-belek, jumpa lah video budak yang bernama Sandi Wedhus ataupun Sandi Macan yang sedang menghisap rokok dan bercakap benda-benda yang tak sepatutnya oleh budak kecil. Video ini dulu hangat ditonton di Youtube. Namun memandangkan ia menunjukkan perilaku yang tidak baik (dakwa Youtube), ia diremoved oleh Youtube.  Saya paparkan video ini untuk iktibar dan jangan meniru perilaku yang tidak elok ini.

Video selama tiga minit itu dipercayai dirakamkan di kediaman kanak-kanak tersebut di Jawa Timur, dimuat naik pada Ahad lepas dan ditonton sebanyak 1,200 kali sebelum ditarik balik tiga hari kemudian kerana melanggar terma dan syarat YouTube.

Lihat budak itu, gaya menghisap rokoknya menunjukkan seolah-olah dia amat hebat dan berpengalaman.  Siap boleh buat asap berbentuk cincin dan spiral lagi sambil menjawab soalan (yang saya rasa soalan yang tidak senonoh) oleh orang dewasa. Sandi Wedhus berkata, dia mahu menjadi seorang pencuri apabila dewasa dan wang yang diperoleh akan digunakan untuk melanggan pelacur di Dolly, sebuah rumah pelacuran popular di Surabaya. Hahaha. 'Pandai' kan?

Bapanya, Mulud, 50, menyatakan Sandi Wedhus mula merokok sejak berusia satu setengah tahun dan budak itu tidak mengendahkan larangannya supaya berhenti merokok.

Sementara itu, kumpulan aktivis hak kanak-kanak mahu polis melakukan siasatan supaya mereka yang bertanggungjawab mengajar perilaku negatif kepada budak itu dihadapkan ke muka pengadilan.

Saya tidak faham sangat bahasa yang mereka cakapkan tetapi dari segi gaya Sandi tu, sudah tentu dia berbicara mengenai perkara 'orang dewasa'. Minta sesiapa yang faham berbahasa Indonesia minta terjemahkan dalam ruangan komen ya.

Masalahnya, siapa yang ajar budak itu? Mengapa keadaan ini berlaku? Ini di Indonesia. Bagaimana dengan di tempat tumpah darah tanahair kita Malaysia? Kepada yang ada anak, jaga tingkah laku anak-anak. Kepada adik-adik, jangan tiru perangai ini. Semoga Allah melindungi kita semua dari segala anasir-anasir jahat dan hasutan syaitan. Amin.


--
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "kl-bogel" group.
To post to this group, send email to kl-bogel@googlegroups.com
To subscribe or unsubscribe at http://groups.google.com.my/group/kl-bogel/subscribe
For more options, visit this group at http://groups.google.com/group/kl-bogel?hl=en
Sebarang email pertanyaan, hantar kepada abangmod@gmail.com

Comments

Popular posts from this blog

[kl-bogel] Huzaida..

[kl-bogel] Sasha Isteri Teman

[kl-bogel] Cikgu Zana