[Mcm2Ada] Undi pos: Lagi bekas tentera dakwa subahat

Undi pos: Lagi bekas tentera dakwa subahat
Jimadie Shah Othman
Ogos 4, 11

Seorang lagi bekas tentera hari ini tampil mendakwa pernah terlibat menyalahguna undi pos semasa berkhidmat atas arahan pegawai atasannya.

Nasir Mohamad yang hanya memperkenalkan dirinya sebagai bekas "kerani" di kem Sandakan, Sabah berkata, kejadian itu berlaku ketika pilihan raya umum ketujuh pada tahun 1986.

"Saya bersama seorang kerani diarah buka karung undi... (kami) diarah pegawai atasan buka uncang undi dan diarahkan memangkah. Kertas undi itu lebih kurang 900 keping, termasuk tentera dan isteri mereka.

"Saya diarah bahagi dua, kawan saya, namanya Ayub Mat. Dia ambil 400 lebih, saya ambil 400 lebih (kertas undi). Saya diminta undi ikut citarasa saya," katanya dalam majlis anjuran Pemuda PAS di sebuah hotel di Ampang pagi tadi.

Kes yang hampir sama didakwa berlaku pada Oktober 2009 apabila bekas "sarjan gaji" Abu Kassim mengakui pernah memangkah BN bagi pihak tentera lain dalam dua pilihan raya umum - pemalsuan undi yang selama ini digembar-gemburkan pembangkang.

--
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "kl-bogel" group.
To post to this group, send email to kl-bogel@googlegroups.com
To subscribe or unsubscribe at http://groups.google.com.my/group/kl-bogel/subscribe
For more options, visit this group at http://groups.google.com/group/kl-bogel?hl=en
Sebarang email pertanyaan, hantar kepada abangmod@gmail.com

Comments

Popular posts from this blog

[kl-bogel] Huzaida..

[kl-bogel] Sasha Isteri Teman

[kl-bogel] Cikgu Zana