[Mcm2Ada] Tanda Amaran Untuk Service Kereta

oleh — datulizah
Kebanyakan dari kita tahu apakah fungsi setiap lampu amaran yang terdapat pada papan pemuka kenderaan masing-masing, dan jika ada yang masih tidak tahu, inilah masanya untuk anda mula membaca kembali manual kenderaan anda untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut. Untuk pengetahuan semua, setiap lampu amaran tersebut mempunyai fungsinya yang tersendiri. Walaubagaimanapun ada sesetengah pengeluar kenderaan yang menggabungkan pelbagai fungsi ini ke dalam satu lampu amaran, selalunya untuk menandakan ada bahagian-bahagian tertentu yang perlu diperiksa dan diperbaiki. Sebagai seorang pemandu yang bertanggungjawab, terutamanya terhadap keselamatan dan nyawa anda dan yang tersayang, adalah menjadi tugas anda untuk mengetahui apakah makna di sebalik kesemua lampu amaran tersebut.

 

Langkah pertama adalah untuk membaca manual kenderaan anda. Jika mahu, anda boleh membacanya bersama-sama rakan ataupun bertanyakan kepada mekanik sehinggalah anda faham fungsi setiap lampu amaran dan apa yang harus anda lakukan sekiranya lampu-lampu tersebut menyala. Sekiranya berlaku apa-apa kecemasan pada waktu akan datang, anda sudahpun bersedia dan tidak membuang masa atau mengambil risiko dengan melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya.


Jika lampu "enjin" anda tiba-tiba menyala, segera berhenti dan padamkan enjin kenderaan anda. Lampu ini mewakili tekanan minyak dan juga suhu air, maka apabila lampu ini menyala, ia menunjukkan sama ada tekanan minyak kenderaan anda sudah terlalu rendah (mungkin paras minyak sudahpun menurun), atau penanda aras tekanan sudah tidak berfungsi, maka ia menyampaikan mesej yang salah. Jika tekanan minyak menjadi rendah, enjin anda mungkin akan mengalami kebocoran minyak atau membakarnya. Adalah sangat penting semua ini diperiksa dengan lebih lanjut. Mungkin juga anda harus bertukar kepada minyak yang baru.
Jika lampu "periksa enjin" atau "hilang kuasa" menyala, pastikan anda membawa kereta anda untuk diperiksa oleh mekanik yang bertauliah. Walaupun ianya bukanlah kecemasan, tetapi ianya melibatkan masalah kepada kawalan perkomputeran enjin kenderaan. Maka adalah lebih baik anda mendapatkan khidmat nasihat profesional.


Selalunya apabila lampu "brek" menyala, ianya bermakna anda terlupa untuk menurunkan brek tangan ketika memandu. Walaubagaimanapun, ianya juga membawa makna paras minyak brek anda sudahpun menurun ataupun sistem brek anda tidak berfungsi. Pastinya sesuatu yang perlu diperiksa dan diservis!
Kebanyakan daripada kita mula berasa cemas apabila lampu "alternator" mula menyala. Ini adalah kerana ia bermakna bateri kenderaan anda tidak dapat di kuasakan dan akan padam tidak lama lagi. Walaubagaimanapun, jika voltan alternator keluar berada di dalam keadaan yang stabil, ianya bermakna "drive belt" telahpun longgar dan anda harus  memastikan kenderaan anda diperiksa oleh mekanik yang bertauliah.

Salah satu masalah biasa yang sering dihadapi adalah lampu signal yang berkelip dengar kadar yang agak laju daripada biasa. Selalunya perkara ini menandakan beberapa perkara, mentol lampu signal tidak berfungsi atau ianya mungkin tidak bersesuaian dengan kadar watt kenderaan, atau mungkin ada wayar yang telah longgar. Salah satu cara mudah untuk mengenalpasti masalah ini adalah dengan menghidupkan enjin kenderaan anda, keluar dari kenderaan dan periksalah lampu signal di depan dan di belakang kenderaan anda. Akhir sekali tukarkan mana-mana mentol yang tidak berfungsi tersebut dengan mentol yang baru.

 

Footnote: Credit to mymesra for above infos.

--
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "kl-bogel" group.
To post to this group, send email to kl-bogel@googlegroups.com
To subscribe or unsubscribe at http://groups.google.com.my/group/kl-bogel/subscribe
For more options, visit this group at http://groups.google.com/group/kl-bogel?hl=en
Sebarang email pertanyaan, hantar kepada abangmod@gmail.com

Comments

Popular posts from this blog

[kl-bogel] Huzaida..

[kl-bogel] Sasha Isteri Teman

[kl-bogel] Cikgu Zana