Sunday, August 7, 2011

[Mcm2Ada] Sunni, Kaum Yang Tertindas di Iran?

http://www.youtube.com/watch?v=QyxfxjhIing
http://zharifalimin.blogspot.com/2011/04/sunni-kaum-yang-tertindas-di-iran.html

Pemerintahan Iran meninggalkan empat nama: Mehdi Karroubi, Mirhossein Mousavi, Mohsen Rezaei dan Ahmadinejad. Pemenangnya adalah Ahmadinejad. Tapi, satu pertanyaan yang terus terdetik dalam benak para pemerhati politik adalah, kemana suara kaum Sunni di Iran diberikan? Seperti diketahui, Ahmadinejad meraih majoriti suara dari kaum Syiah yang dominan di Iran dan juga kaum Yahudi, yang sudah sejak lama menindas kaum Sunni yang di Iran berjumlah sekitar 15 juta ini.

Penduduk Iran terdiri dari banyak etnik dan golongan seperti Kristian, Yahudi, Zoroastrian, Baha'is, Sunni, dan Syiah sebagai golongan penguasa. Namun, di antara golongan-golongan tersebut, kaum Sunni lah yang paling banyak ditindas oleh pemerintah Iran, disebabkan perbezaan masalah aqidah antara Syiah dan Sunni.

Penghinaan Iran Terhadap Kaum Sunni

Dalam kekuasaan Iran, tidak wujud sejarah yang mana orang Sunni duduk di kerusi pemerintahan.  Ini terjadi sejak Revolusi Iran yang mengintegrasikan golongan Sunni ke dalam kaum minoriti. Dalam pemerintahan Iran, sudah disepakai, presiden Iran haruslah seorang penganut Syiah.

Penghinaan kaum Syiah terhadap jamaah Sunni boleh dilihat jelas pada ritual Syiah, seperti dalam acara doa bersama yang memang kerap dilaksanakan. Di Iran, kaum Sunni mencapai 20% dari populasi penduduk Iran yang berjumlah 70 juta orang.

Sunni Iran mengalami penekanan yang berterusan selama bertahun-tahun. Pemimpin mereka, seperti Ahmed Mufti Zadeh dan Syeikh Ali Dahwary, dipenjarakan kemudian dibunuh. Pemerintah Iran juga menghancurkan masjid-masjid kaum Sunni, dan melarang pembinaan masjid Sunni lainnya sekarang ini. Bandingkan dengan Sinagog Yahudi yang banyak terdapat di seluruh Iran. Bahkan, azan oleh kaum Sunni pun dilarang oleh pemerintah Iran.

Pengaruh Kaum Sunni Dalam Pemerintahan dan Kepimpinan

Ada dua faktor yang diambil kira dalam analisis terhadap kaum Sunni Iran dalam pengundian. Pertama, kesatuan para pemilih Sunni dibawah pemimpin dan ulama Sunni. Kedua, tekanan antarabangsa yang terus dialamatkan kepada Iran.

Sudah diketahui secara umum, jika bertahun-tahun sudah, kaum Sunni di Iran memilih menjadi golongan putih setiap kali pengundian Iran dilaksanakan. Namun pada tahun 1997, para pemilih Sunni tiba-tiba saja muncul untuk mendukung dan menyokong Khatami, dan ini menjadi fenomena yang janggal ketika itu.

Di zaman Khatami, yang beraliran liberal cukup dominan, kaum Sunni mulai selesa di bawah kepimpinan Khatami. Mereka membentuk kekuatan sendiri, dan pada zaman Khatami ini mereka mempunyai radio dan surat khabar sendiri. Kaum Sunni juga mulai dapat menyekolahkan anak-anaknya di universiti-universiti Iran. Tahun 2005, dalam pengundian Iran, Mustafa Moein—yang bertarung dengan Hashemi Rafsanjani, Mehdi Karroubi, dan Ahmadinejad—berjanji akan menempatkan seorang menteri dari kaum Sunni dalam pemerintahnnya.

Namun, seperti yang sudah terjadi, yang terpilih adalah Ahmadinejad, seorang presiden Syiah yang digambarkan sangat sederhana, namun ternyata sangat menekan kaum Sunni. Ahmadinejad juga sering kali mendapat sambutan luar biasa dari dunia antarabangsa kerana keberaniannya dalam menentang AS dan Israel, namun anehnya, sampai saat ini, Iran—yang tak lebih besar daripada Iraq yang sudah digempur habis-habisan oleh AS dan sekutu, masih dalam keadaan baik. Dalam kata lain, AS tidak pernah melakukan suatu tindakan yang betul betul menekan Iran.

 

Perkembangan Kaum Sunni

Kaum Sunni Iran hidup di pinggiran dan desa-desa. Sementara kaum Syiah, Kristian dan Yahudi menghuni kawasan kota-kota besar di Iran. Karroubi—sebelum pengundian—berjanji akan merevisi semua konstitusi Iran yang telah bertahun-tahun dilaksanakan, di antaranya adalah dengan melindungi kaum Sunni. Menurut Karoubi, kaum Sunni di Iran tak lebih berharga daripada orang asing di negara itu sendiri. Mousavi—jika terpilih—akan kembali membangunkan masjid pertama untuk kaum Sunni. Yang berlaku sekarang, kaum Sunni Iran terpaksa menunaikan solat Jumaat di kedutaan besar asing.

Kemarahan kaum Sunni Iran terhadap Ahmadinejad dan pemerintahnya tak lepas dari kebijakan Iran sendiri selama ini. Selain itu juga kerana perbezaan akidah yang sangat besar, iaitu kaum Syiah tak mengakui sahabat Rasul (kecuali Ali). Kaum Syiah menyatakan bahawa Ali bin Abu Thalib lebih utama daripada seluruh sahabat dan lebih berhak untuk memegang tampuk kepemimpinan kaum muslimin, lebih lebih lagi Ali adalah anak cucu sepeninggal beliau. Lihat video ceramah di bawah mengenai kesesatan Syiah.


Pengasas fahaman Syi'ah ini adalah seorang Yahudi dari negeri Yaman (Shan'a) yang bernama Abdullah bin Saba' Al-Himyari, yang menampakkan keislaman di masa kekhalifahan 'Utsman bin Affan. Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah berkata: "Asal Ar-Rafdh ini dari munafiqin dan zanadiqah (orang-orang yang menampakkan keislaman dan menyembunyikan kekafiran). Pencetusnya adalah Abdullah bin Saba' Az-Zindiq. Ia melihatkan sikap ekstrem di dalam memuliakan 'Ali, dengan suatu slogan bahwa 'Ali yang berhak menjadi imam (khalifah) dan ia adalah seorang yang ma'shum (terjaga dari segala dosa,)." (Majmu' Fatawa, 4/435).

Tidak hairanlah, ajaran Syiah sudah dianggap sebagai ajaran sesat dalam Islam dan ulama-ulama besar pun sudah mengharamkannya. Dan dengan kemenangan Ahmadinejad sekarang ini, nampaknya nasib kaum Sunni di Iran akan tetap terus tertindas dan tertekan.

--
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "kl-bogel" group.
To post to this group, send email to kl-bogel@googlegroups.com
To subscribe or unsubscribe at http://groups.google.com.my/group/kl-bogel/subscribe
For more options, visit this group at http://groups.google.com/group/kl-bogel?hl=en
Sebarang email pertanyaan, hantar kepada abangmod@gmail.com

No comments:

Post a Comment