[Mcm2Ada] Selamat datang ke Malaysia, wilayah ke-34 Indonesia

Oleh MARIAM MOKHTAR

SEKIRANYA 'Projek N' Perdana Menteri yang merupakan sambungan kepada projek bekas Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad 'Projek M' dilaksanakan, Lembaga Pelancongan Malaysia tidak perlu menggunakan sloganya yang tidak berguna  'Malaysia, Truly Asia' lagi.
Sebaliknya ia perlu menggunakan 'Malaysia, Truly Indonesia'.

Dengan pelbagai dakwaan bahawa tiga juta rakyat Indonesia telah menjadi warga Malaysia dengan hak bumiputra sepenuhnya, mungkin Malaysia, kecuali Sabah, tidak lama lagi akan dikenali sebagai wilayah ke-34 Indonesia.

Tidak akan ada persengkataan bersenjata untuk mendapat hak wilayah. Kita akan mengaku kalah, seperti mana lambaian yang mengalir menyebarangi Sungai Imjin.

Dari tahun 1999, Indonesia mewujuskan sembilan lagi wilayah: Aceh diperintah oleh Undang-Undang Syariah, merupakan satu daripada lima wilayah yang menerima status istimewa.

Mungkin, wilayah ke-34 Indonesia ini akan juga menerima status istimewa kerana Malaysia yang dulunya sebuah negara merdeka, secara sukarela menerima warga Indonesia ketika ia menafikan hak rakyatnya, yang akhirnya dipaksa untuk berhijrah.

Sekiranya itu berlaku, ia adalah UMNO yang harus dipertanggungjawabkan menyediakan asas 'Indonesia' untuk memenuhi kehendak mereka.

Mungkin pemimpin UMNO melihat Melayu Malaysia tidak berguna. Pekerja asing Indonesia yang kuat berkerja, sama ada yang sah atau tidak, telah diberikan anugerah kepada sumbangannya kepada ekonomi dengan status penduduk tetap dan kerakyatan Malaysia.

Bagaimanapun, pemimpin UMNO telah mengenepikan tindakbalas menipu rakyat biasa Malaysia.

Yang kehilangannya segalanya sebenarnya ialah Melayu Malaysia. Selama berabad, mereka telah diberi hadiah oleh UMNO tanpa menilai kerja kuat dan menghormati diri sendiri.

Pemimpin UMNO mendapati bahawa warga Indonesia lebih berbaloi diberi perhatian. Jejak 'Identiti Melayu' akan dihapuskan dan pejuang Ketuanan Melayu tidak ada apa yang hendak diperjuangkan.

Bagi Melayu Malaysia 'tulen' kini hak Bumiputra terpaksa dikongsi dengan jumlah 'Bumiputra Tidak Tulen dan Tulen' yang lebih ramai dan kedudukan pegawai awam di dalam kerajaan juga akan menyaksikan perebutan yang sengit kerana terlalu ramai  'Bumiputra Tidak Tulen'.

Mengapa MCA dan MIC berdiam diri dalam hal ini?  Dakwaan tiga juta warga Indonesia (dan 1.75 juta warga Filipina di Sabah), jumlah ini mengalahkan 1.9 juta penduduk India Malaysia, yang kebanyakannya tidak mempunyai kad pengenalan biru sejak lahir walaupun mereka merupakan generasi ketiga India Malaysia.

Warga Indonesia meninggalkan zon selesa mereka dan berhijrah beribu kilometer untuk mencari sesuap nasi. Mereka meninggalkan keluarga dan isteri bertahun-tahun untuk bekerja bagi mendapatkan rezeki.

Disebalik kesusahan dan peminggiran, ramai yang telah berjaya, sehingga seorang daripadanya dijadikan Menteri Besar. Kalau ada sesiapa yang sangsi etika kerja warga Indonesia, kita hanya perlu memerhatikan keluarga  yang mempunyai pembantu rumah. Gerai-gerai makan tidak akan beroperasi sekiranya tanpa pekerja Indonesia melayan kita.

Dikedai atau di pasar, warga Indonesia kini menguasainya. Tapak pembinaan, kilang, ladang dan stesen minyak mempunyai warga Indonesia sebagai mandor mereka. Apa akan terjadi tanpa mereka? Kita terlalu bangga untuk mengisi pekerjaan tersebut yang kita anggap tidak layak untuk kita. Tetapi kita juga melayan warga Indonesia dengan tidak baik.

Rakyat Malaysia dan barat yang tinggal di Indonesia berkata, tidak banyak kes dalam soal agama di Indonesia,  yang mempunyai penduduk 238 juta orang. Benar, terdapat kes ektrimist tetapi setiap negara mempunyai masalah tersebut.

Walaupun warga Indonesia merupakan rakyat yang setia, mereka melihat diri mereka Indonesia pertama, sebelum melihat diri dari sudut keturunan, agama dan identiti etnik. Warga Indonesia dan medianya, tidak jumud terhadap soal keturunan seperti kita.

Setiap hari,  orang Islam Indonesia akan duduk dan menikmati kopi di kedai tidak halal, sementara rakan bukan Islam minum beer. Orang Islam Indonesia tidak berbalah apabila daging babi ataupun barang tidak halal dijual di kedai. Orang Islam biasanya diambil bekerja di kedai yang menjual babi ataupun alkohol.

Seorang kawan yang membuat pemerhatian terhadap penduduk Islam Malaysia yang akan menggunakan plastik sebagai alas untuk mengangkat tin daging babi dan membuang  plastik itu kemudian. Kanak-kanak Islam dilarang memiliki tabung berbentuk 'binatang babi'  ataupun  anak patung Miss Piggy.

Tetapi setengah orang Islam mengakui apabila mereka pergi ke Eropah, Amerika Syarikat dan Australia, mereka tidak pernah merungut membeli barang di kedai yang menjual barang halal dan tidak halal sebelah menyebelah. Adakah orang Islam Malaysia/Melayu hipokrasi atau budaya yang telah ditanamkan oleh pemimpin-pemimpin Melayu dan agama untuk mengawal kita.

Keadaan semakin buruk di Malaysia, Banyak orang Islam homoseksual tinggal dengan kekasih mereka yang merupakan warga Indonesia yang  liberal.

Semasa pemerintahannya, Mahathir menyedari bahawa satu-satu cara untuk beliau dan kuncu-kuncunya memerintah negara ini ialah untuk mengubah demografi Sabah dan sekaligus pengundi berdaftar di negara ini.

Bimbang kalah dalam pilihan raya, Mahathir mengetaui pojek yang dikenali sebagai 'Projek M', yang juga dikenali sebagai 'Projek IC', pada awal tahun 1990 di mana beratus-ratus pendatang tidak sah warga Filipina menjadi warganegara.

BN mengubah isu-isu sosial untuk menyebelahi mereka, dengan pengundi hantu, untuk memastikan kemenagan. Pemimpin UMNO masih lagi tidak bimbang dengan pendatang tidak sah.

Peliknya, apabila projek Iskandar Malaysia bernilai RM17.7 bilion dilancarkan pada tahun 2006, Mahathir marah.

Katanya: "Selepas tanah dijual, orang Melayu akan dihalau keluar dan tinggal di pinggir hutan ataupun di dalam hutan itu sendiri. Akhirnya, kawasan Iskandar Malaysia akan dipenuhi dengan warga Singapura dan yang hanya mempunyai 15 peratus penduduk Melayu".

Najib dalam pemikirannya, dia melakukan perkara  yang betul dengan memberikan kerakyatan kepada pendatang Indonesia.

Bagaimanapun, dia lupa bahawa ramai warga Indonesia mempunyai pengalaman rejim diktaktor Suharto. Mereka akan mengingati bagaimana masyarakat dan ekonomi Indonesia dirompak pada tahun 1990-an. Mereka akan mengingati bahawa Suharto memenuhkan Parlimen dan Kabinet dengan ahli keluarga dan kroni.

Ini menyebabkan ramai ahli politik dan generasi muda, terutama pelajar, mengadakan demonstrasi di seluruh negara menentang kronisma dan rasuah serta pemerintah kejam.

Siapa tahu? warga baru Indonesia yang Najib wujudkan akan mengetuai gerakan untuk reformasi, seperti mana mereka lakukan di Indonesia tidak lama dulu.

--
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "kl-bogel" group.
To post to this group, send email to kl-bogel@googlegroups.com
To subscribe or unsubscribe at http://groups.google.com.my/group/kl-bogel/subscribe
For more options, visit this group at http://groups.google.com/group/kl-bogel?hl=en
Sebarang email pertanyaan, hantar kepada abangmod@gmail.com

Comments

Popular posts from this blog

[kl-bogel] Huzaida..

[kl-bogel] Sasha Isteri Teman

[kl-bogel] Cikgu Zana