[Mcm2Ada] Patutlah Najib tak sokong BERSIH... Di Pekan pun ada 'Pengundi Hantu' rupanya..

Ini dari Pekan, Pahang.. Tiada MyKad tapi berdaftar sebagai pengundi..


Menurut seorang sahabat dari Pahang ini adalah sebahagian kecil atau senarai permulaan dari jumlah besar yang mereka kesan di Kawasan Parlimen Pekan, iaitu kawasan Najib.


Menurutnya, beliau cuma ingin berkongsi maklumat, dan maklumat ini beliau perolehi dari rakannya yang sekarang ini masih mengumpul maklumat-maklumat lain.

Maklumat ini adalah berkaitan dengan senarai nama Pengundi yang berdaftar di Kawasan Parlimen Pekan, Pahang tetapi No MyKad dan Nama Pengundi tersebut tiada di dalam Pencarian di JPN.

Maksudnya, nama ada di dalam Web Carian SPR, tetapi tiada di dalam carian JPN atau pengundi yang boleh mengundi melalui MyKad yang dikeluarkan oleh SPR bukannya JPN..

Menarik bukan.. demi mengekalkan kuasa UMNO/BN, SPR sebuah badan yang tugasnya hanya berkaitan pilihanraya boleh mengeluarkan MyKad pula..

Pengarah Pilihanraya N10 kata.."depa buat kerja lepas office hour, pasai tu SPR ada no MyKad, JPN tak ada.."

Tengoklah...

Di SPR ada no MyKad..

Tapi JPN tiada no MyKad



Di SPR ada no MyKad

JPN tiada MyKad



SPR ada No MyKad..

JPN tiada..




Siapa yang keluarkan MyKad ni?? SPR atau JPN??

Patutlah Najib tak kisah.. di Pekan pun ada pengundi hantu rupanya..

Info dari Pahang ini datangnya dari SINI

Kontroversi IC bukti desakan Bersih wajar

4 Ramadhan 1432H,
KUALA LUMPUR, 4 Ogos: Kontroversi terbaru membabitkan kes Penduduk Tetap (PR) yang mendapat kewarganegaraan untuk mengundi dalam pilihan raya, membuktikan tuntutan Bersih 2.0 adalah wajar.
Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah(gambar) mengulas isu Mismah yang mendaftar sebagai pemilih dalam laman web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), meskipun memegang status PR, lapor KeadilanDaily.
Nama Mismah yang memegang My Kad PR berwarna merah, turut tertera dalam laman web Jabatan Pendaftaran Negara. Bagaimanapun statusnya sebagai PR ditukar selepas isu itu didedahkan laman portal Malaysiakini kira-kira empat jam selepas itu.
Selain itu, PAS tampil mendakwa di Selangor sahaja, sebanyak 1,100 pengundi berstatus PR yang tidak layak mengundi, berada dalam daftar pemilih SPR.
Menurut Maria, insiden terbaru itu membuktikan SPR perlu benar-benar melakukan pembersihan senarai pengundi, satu daripada lapan tuntutannya.
Malah, katanya, parti-parti politik Pakatan Rakyat sebelum ini turut menyerahkan senarai pengundi yang didapati mengundi sebanyak dua kali bagi mengesahkan kepincangan daftar pemilih.
"SPR perlu semak semula semua nama dalam senarai pengundi yang mereka miliki.
"Sudah tentu (ia bukti tuntutan kita wajar), kita sudah bagi mereka bukti malah sebelum ini kita sudah tunjukkan satu senarai pengundi yang boleh mengundi dua kali," kata Maria Chin.
Lanjutan daripada kontroversi ini, Maria menggesa agar SPR menubuhkan jawatankuasa terpilih yang turut dianggotai parti-parti politik tanahair untuk mengkaji masalah seperti ini dalam senarai pengundi.
"SPR perlu berikan perhatian dan mereka kena tubuhkan satu jawatankuasa khas.
"Jawatankuasa khas itu perlu terdiri daripada wakil daripada parti-parti politik dan mereka akan mengkaji masalah-masalah seperti penduduk tetap yang menjadi warganegara dalam masa yang singkat ini," katanya.
Menurutnya lagi, cadangan itu telah dipanjangkan Pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga sewaktu debat bersama Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar 26 Julai lalu di Shah Alam.
"Kami bagi masa kepada beliau selama tiga bulan untuk mengkaji perkara ini dan menyiapkan satu laporan tentang masalah-masalah yang membelenggu senarai pengundi sekarang ini," katanya.
Sewaktu ditanya langkah seterusnya yang akan diambil Bersih jika SPR tetap berdegil tidak mengambil langkah serius untuk menyelesaikan masalah itu, Maria berkata Bersih akan 'merujuk perkara itu kepada rakyat'.
"Kita akan balik kepada rakyat dan tanya apa mereka mahu kita buat," kata Maria Chin.-HD


My Blog List


My Second Blog List


--
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "kl-bogel" group.
To post to this group, send email to kl-bogel@googlegroups.com
To subscribe or unsubscribe at http://groups.google.com.my/group/kl-bogel/subscribe
For more options, visit this group at http://groups.google.com/group/kl-bogel?hl=en
Sebarang email pertanyaan, hantar kepada abangmod@gmail.com

Comments

Popular posts from this blog

[kl-bogel] Huzaida..

[kl-bogel] Sasha Isteri Teman

[kl-bogel] Cikgu Zana