[Mcm2Ada] BN dibenarkan tiru bajet Pakatan demi kebaikan rakyat

http://roketkini.com/wp-content/uploads/2011/08/bajet-pakatan-pix.jpg

KUALA LUMPUR, 9 OGOS – Bajet alternatif Pakatan Rakyat akan berasaskan kepada tiga realiti utama yang membelenggu orang ramai, termasuk hakikat bahawa 60 peratus isi rumah Malaysia berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan.

Ahli Parlimen Bukit Bendera Liew Chin Tong yang mewakili DAP dalam Jawatankuasa Bajet Pakatan Rakyat berkata dua lagi realiti yang menjadi teras bajet alternatif itu adalah krisis ekonomi antarabangsa memberi impak kepada rakyat Malaysia, dan dasar-dasar Barisan Nasional yang lebih memihak kepada kroni, dan bukannya rakyat.

"Daripada tiga realiti itu, jawatankuasa ini akan menghuraikan sedikit demi sedikit setiap minggu sebelum dibentangkan sebagai alternatif kepada bajet kerajaan BN yang akan dibentangkan oleh Datuk Seri Najib Razak nanti," katanya kepada Roketkini.

Selain Liew, DAP turut diwakili oleh Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua dalam jawatankuasa itu. Anggota-angota lain adalah Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad dan Timbalan Yang Dipertua PAS Negeri Sembilan Dr Rosli Yaakob bagi pihak PAS, dan Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dan Ahli Parlimen Batu Tian Chua dari PKR.

Liew menjelaskan tiga realiti itu menggambarkan kehidupan majoriti rakyat Malaysia yang sentiasa tertekan akibat kos sara hidup dan perbelanjaan keluarga yang semakin meningkat.

Dalam kesempitan hidup sedemikian, katanya, kerajaan BN tidak pula mempedulikan nasib mereka.

Justeru, beliau berkata bajet itu sebenarnya adalah strategi alternatif untuk meletakkan dasar-dasar yang membawa kesejahteraan untuk semua rakyat Malaysia.

"Realiti-realiti ini memerlukan dasar-dasar baru yang tidak memihak kroni. Dan kami berharap dasar-dasar kami ini akan memberi impak positif untuk semua," katanya.

Pakatan Rakyat bercadang untuk membentangkan bajetnya sebelum Bajet 2012 dibentangkan oleh kerajaan BN di Parlimen kerana mahu setiap rakyat tahu dan sedar apa yang ditawarkan kepada mereka.

"Malah, kalau BN berhasrat untuk tiru bajet kami, mereka boleh tiru. Kita tiada masalah kalau mereka tiru dasar kita.

"Inilah budaya baru yang kami mahu ketengahkan, iaitu budaya berbincang dasar dan persaingan dasar yang sihat dan ilmiah supaya kesimpulan yang baik dapat dicapai. Dan yang terbaik itu perlu dilaksanakan oleh mana-mana kerajaan demi kebaikan rakyat," katanya.

Liew berkata BN perlu mengubah dasarnya kerana tumpuan berlebihan kepada kroni mereka telah menjejaskan kehidupan rakyat.

"Kita faham mengapa BN suka tolong bagi projek kroni. Ini adalah kerana kroni itu pula akan tolong BN dengan beri banyak wang untuk menang pilihan raya.

"Tetapi apa guna pertolongan seperti ini jika rakyat jelata yang menderita akhirnya," tambahnya.

Beliau memberi contoh syarikat korporat Bernas yang memonopoli import eksport beras dan padi serta dikawal dan keuntungannya hanya dinikmati oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary sahaja.

"Beras merupakan makanan asasi rakyat Malaysia, tidak wajar ia dikawal oleh hanya satu syarikat swasta yang memonopoli tanpa saingan sihat daripada syarikat-syaraikat lain," katanya.

--
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "kl-bogel" group.
To post to this group, send email to kl-bogel@googlegroups.com
To subscribe or unsubscribe at http://groups.google.com.my/group/kl-bogel/subscribe
For more options, visit this group at http://groups.google.com/group/kl-bogel?hl=en
Sebarang email pertanyaan, hantar kepada abangmod@gmail.com

Comments

Popular posts from this blog

[kl-bogel] Huzaida..

[kl-bogel] Sasha Isteri Teman

[kl-bogel] Cikgu Zana