[Mcm2Ada] Aspek psikologi tidak boleh dijadikan faktor penentuan jantina

Aspek psikologi tidak boleh dijadikan faktor penentuan jantina

MASYARAKAT khususnya umat Islam perlu melihat isu pertukaran jantina melalui pembedahan dengan merujuk kepada hukum yang sudah diputuskan Majlis Fatwa Kebangsaan iaitu haram dari segi hukum syarak.

Bekas Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Tan Sri Sheikh Ghazali Abdul Rahman, berkata fatwa mengenai pertukaran jantina sudah dibuat oleh Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam pada 1982.
Keputusan Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Kali Ke-4 yang bersidang pada 13 hingga 14 April 1982 memutuskan pertukaran jantina daripada lelaki kepada perempuan atau sebaliknya melalui pembedahan adalah haram.
Seseorang yang dilahirkan lelaki, hukumnya tetap lelaki walaupun ia berjaya ditukar jantinanya melalui pembedahan dan seseorang yang dilahirkan perempuan, hukumnya tetap perempuan walaupun berjaya ditukarkan jantinanya melalui pembedahan.

Bagaimanapun, seseorang yang dilahirkan 'khunsa musykil' iaitu manusia yang dilahirkan mempunyai dua alat kemaluan lelaki dan perempuan, diharuskan pembedahan bagi mengekalkan salah satu alat jantina yang benar-benar berfungsi dapat digunakan mengikut keadaan yang sesuai.

"Hukum ini sudah jelas dan tidak perlu untuk kita mempertikaikannya lagi," katanya sambil menambah perkara membabitkan hukum syarak tidak boleh dipertikaikan, apatah lagi jika didorong oleh rasa simpati kerana umat Islam perlu meletakkan perkara agama mengatasi segala-galanya dan patuh kepada hak agama.

Isu pertukaran jantina kembali diperkatakan berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu baru-baru ini menolak permohonan seorang lelaki menukar nama dalam MyKad dan sijil kelahiran kepada nama wanita selepas menjalani pembedahan menukar jantina dua tahun lalu.

Permohonan Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, 25, yang mahu menukar namanya kepada Aleesha Farhana Abdul Aziz ditolak selepas mengambil kira tiga faktor iaitu kromosom, kewujudan alat kelamin ketika pemohon dilahirkan dan kewujudan organ dalaman.

Sheikh Ghazali berkata, mereka yang prihatin dengan isu berkenaan sepatutnya menilai keadaan melanda golongan menukar jantina dari kaca mata agama dan budaya hidup diamalkan di negara ini dengan pandangan terbuka.

Beliau berkata, kesilapan yang dilakukan pihak berkenaan sepatutnya dijadikan pengajaran bukan sebab untuk mereka dicemuh dan bagi yang bersimpati, sepatutnya mengambil inisiatif untuk membawa kembali golongan berkenaan kepada keadaan asal.

"Silap masyarakat kita suka mencemuh. Sepatutnya kita tarik mereka kepada asal kejadian. Itu kesilapan yang mereka lakukan tetapi itu tidak bermakna mereka tidak boleh menjalani kehidupan mengikut jantina asal," katanya.

Timbalan Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia, Prof Datuk Dr Zaleha Kamaruddin, berkata implikasi daripada isu penukaran jantina pada kad identiti akan memberi kesan besar bukan saja kepada individu tetapi juga masyarakat.

Katanya, tujuan undang-undang ialah untuk memastikan kehidupan yang lebih teratur serta memelihara kesejahteraan kehidupan semua lapisan termasuk dalam hubungan antara individu, keluarga dan masyarakat.

"Perlu kita faham, penukaran nama pada kad identiti hanya isu sampingan kerana masalah utama yang perlu diberi perhatian ialah implikasi dari aspek perundangan yang jauh lebih besar. Sebab itu isu ini tidak boleh selesai atas dasar memohon simpati atau restu ibu bapa saja," katanya.

Beliau berkata, melihat kepada kesan makro, Mahkamah Sivil di Malaysia dan di Barat pun masih berpegang kepada empat kriteria untuk penentuan jantina seseorang dan ada kes menambah satu lagi faktor iaitu faktor hormon.

Berdasarkan analisis kes dari 1819 hingga sekarang, kesemua kes berkaitan yang didengar di Mahkamah Sivil menunjukkan bahawa empat kriteria utama penentuan jantina iaitu faktor kromosom, gonadal (kewujudan atau ketiadaan testis atau ovari), genital (termasuk organ seks dalaman) dan psikologikal.

Kriteria itu sudah berkembang dalam dunia perubatan sejak kurun ke-19 sebagai panduan doktor perubatan untuk menyelaras pengetahuan dalam bidang berkenaan dan diguna pakai sebagai pendekatan sistematik kepada masalah kelainan seksual secara fizikal atau psikologikal.

Prof Zaleha berkata, aspek psikologi turut dibincangkan pakar perubatan untuk membantu mahkamah seperti pandangan Dr Randell dalam kes Corbett v Corbett menunjukkan faktor psikologi tidak mengambil keutamaan jika kromosom, gonadal dan alat jantina dalam kategori yang sama.

Contoh, seorang individu itu walaupun secara psikologi adalah seorang wanita, tetapi kromosomnya lelaki, organ seks dan gonadnya (anggota seks dalaman) lelaki, maka dianggap sebagai lelaki.

Dalam banyak kes, mereka mengambil pil hormon wanita (estrogen) yang mudah didapati di pasaran untuk menonjolkan ciri kewanitaan, menghaluskan kulit, menyebabkan pembesaran buah dada dan pengurangan bulu.

"Aspek psikologi tidak boleh dijadikan satu-satunya faktor penentuan jantina. Secara luaran dia boleh berlagak seperti wanita dan mahu menjadi wanita tetapi jika masyarakat menerimanya sebagai wanita, ia tidak akan menyelesaikan masalah kerana akan timbul banyak isu perundangan," katanya.

Oleh Hasliza Hassan

--
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "kl-bogel" group.
To post to this group, send email to kl-bogel@googlegroups.com
To subscribe or unsubscribe at http://groups.google.com.my/group/kl-bogel/subscribe
For more options, visit this group at http://groups.google.com/group/kl-bogel?hl=en
Sebarang email pertanyaan, hantar kepada abangmod@gmail.com

Comments

Popular posts from this blog

[kl-bogel] Huzaida..

[kl-bogel] Sasha Isteri Teman

[kl-bogel] Cikgu Zana