[Mcm2Ada] Apa itu HD ?

http://jetboy-erol.blogspot.com/2011/08/apa-itu-hd.html

Note: This post is my first post in Malay language. In this post I will talk about "What is HD" or "Apa itu HD".


HD

SD (Standard Definition) adalah format video yang biasa kita llihat. Di Malaysia, siaran-siaran TV percuma (contoh: RTM1, RTM2, TV3, NTV7, TV9) adalah masih dalam bentuk SD. Berkenaan HD (High Definition) pula, ianya bukan sesuatu yang baru. Tujuan saya membuat "post" ini adalah disebabkan ramai penduduk Malaysia yang masih tidak tahu atau keliru tentang apa itu HD.

Apa itu HD ?

HD (High Definition). Tentu anda pernah mendengar perkataan ini pada television atau format-format video yang baru. HD adalah satu format video yang mempunyai kualiti yang paling baik pada masa kini. Dengan HD anda boleh merasai pengalaman menonton yang hampir realistik. HD video adalah 5 kali lebih baik dari SD (Standard Definition) video.

Untuk SD (Standard Definition) video, anda boleh menontonnya melalui television jenis lama atau biasa, iaitu SDTV. Jika anda menonton SD video di skrin HDTV, video yang terhasil akan menjadi tidak tajam, kabur dan lebar. Ini kerana resolusi SD adalah 5 kali lebih rendah berbanding HD. SD adalah dalam format 4:3, manakala HD pula adalah dalam format 16:9.


Television jenis lama atau SDTV (Standard Definition Television)

Untuk HD (High Definition) video pula, anda harus menontonnya di television definisi tinggi, iaitu HDTV untuk pengalaman HD yang menakjubkan. Jika anda menonton HD video melalui skrin SDTV, anda tidak akan melihat apa-apa perbezaan kerana resolusi SDTV adalah 5 kali lebih rendah berbanding HDTV. Jadi, untuk merasai pengalaman HD yang penuh, anda harus menonton HD video di HDTV, bukannya di SDTV.


Klik untuk besarkan gambar ini.


Klik untuk besarkan gambar ini.

Jenis-jenis HD

Terdapat tiga jenis HD yang anda perlu tahu:

1) 720p (Progressive/HD ready) = Biasa digunakan untuk siaran television HD dan permainan komputer.

2) 1080i (Interlaced/HD ready) = Biasa digunakan untuk siaran television HD.

3) 1080p (Progressive/Full HD) = Kualiti yang terbaik. Terdapat dalam Blu-Ray disc dan permainan komputer.

Apa yang hebat tentang HD ? 

Kualiti video yang lebih tajam dan baik daripada SD video.


Cara untuk menonton HD video
 
Untuk menonton HD video, anda mesti mempunyai:

HDTV (HD Ready atau Full HD)


Kabel HDMI (High Definition Multimedia Interface) 


"Provider" siaran HD (Di Malaysia, kita ada Astro B.yond)


Jenis-jenis HDTV

Terdapat pelbagai jenis HDTV, antaranya:


LCD HDTV


LED HDTV 



Plasma HDTV

Di antara ketiga-tiga jenis HDTV ini, LED HDTV adalah yang paling baru dan menawarkan kualti gambar yang lebih baik dan tajam. LED HDTV juga lebih nipis dari LCD HDTV dan Plasma HDTV.


LED HDTV yang sangat nipis

Dengan "post" ini, diharap anda semua faham tentang HD (High Definition). Anda harus mengambil tahu tentang perkara ini kerana negara kita boleh juga dikatakan maju, dan adalah amat memalukan jika kita tidak tahu apa-apa tentang teknologi ini.

--
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "kl-bogel" group.
To post to this group, send email to kl-bogel@googlegroups.com
To subscribe or unsubscribe at http://groups.google.com.my/group/kl-bogel/subscribe
For more options, visit this group at http://groups.google.com/group/kl-bogel?hl=en
Sebarang email pertanyaan, hantar kepada abangmod@gmail.com

Comments

Popular posts from this blog

[kl-bogel] Huzaida..

[kl-bogel] Sasha Isteri Teman

[kl-bogel] Cikgu Zana