[kl-bogel] Tolong jangan berotak ******

Uthaya Sankar SB merupakan seorang sasterawan yang berkarya dalam Bahasa Malaysia. Buku terbarunya, Kathakali: Kumpulan Cerpen Bahasa Malaysia (2009). Uthaya adalah pengasas Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) yang aktif mengendalikan pelbagai aktiviti bahasa, sastera, seni dan budaya.

Tiba-tiba sahaja Rakyat Jelata mengalami trauma apabila menyebut perkataan "******" atau memikirkan ****** atau melihat sebarang objek ******.

Malah, saya juga secara penuh sedar mengelakkan penggunaan perkataan "******" pada artikel ini kerana tidak mahu portal berita tempat saya menulis ini menerima padah akibat penggunaan perkataan "******" dalam penerbitannya.

Semasa mengendalikan acara "Baca Novel Siri Penyiasatan Jiro Akagawa" anjuran One Nusantara sempena Pesta Buku Negeri Selangor di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) pada 28 Jun 2011, saya memakai kemeja-T

warna ****** bertulis "Nancy Drew: Girl Detective" pemberian pemilik syarikat penerbitan itu tahun lalu. Saya perhatikan bahawa semakin ramai Rakyat Jelata berminat memakai pakaian warna ****** sejak kemeja-T tertentu diharamkan pemerintah. Malah, saya percaya bahawa walaupun pada suatu masa dahulu, pakaian warna ****** hanya dikhaskan bagi golongan diraja, keadaan sudah amat berbeza sekarang. Tidak harus ada diskriminasi warna.

Namun, menyedari "kuasa" yang ada di tangan pemerintah, tidaklah menghairankan apabila ramai Rakyat Jelata mengalami trauma apabila memikirkan, melihat, membayangkan atau menyebut sebarang perkara berkaitan ******.

Saya juga pada 29 Jun menyatakan pada ruangan status Facebook bahawa saya "takut pula mahu membaca buku cerpen 'Namaku Epal ******' karya Roslan Jomel di tempat awam! Haruskah saya guna pembalut warna biru pekat untuk menyembunyikan warna ****** terang buku itu?"

Catatan itu mendapat reaksi spontan daripada sejumlah rakan-rakan yang berkongsi pandangan yang kreatif dan inovatif. Bintang D'hati risau kerana "lari bajet kena beli pembalut pulak" manakala Irwan Abu Bakar mencadangkan supaya "minta DBP tampal sahaja kat kulit tu dengan warna lain".

Yaya Daie mengemukakan kemungkinan "kalau polis nampak, dia akan koyak kulit buku dan letak dalam lokap" serta bertanya "budak sakit demam ****** bagaimana?"

Roslan pula segera mengemas kini status pada Facebook dengan kenyataan: "Alamak, nasib baik Uthaya Sankar SB mengingatkan aku satu perkara. Err . . . tajuk buku cerpen aku, 'Namaku Epal ******'. Seluruh kulit luar buku tu berwarna ******. Err . . . habislah aku lepas ni."

Semua ini mungkin kedengaran lucu dan melampau. Malah, mungkin dianggap sengaja mempersenda dan mengkritik pemerintah. Bagi saya, tidak begitu. Semua ini adalah gambaran kebimbangan yang amat berasas apabila pemakaian kemeja-T ****** dianggap menyokong Himpunan Bersih 2.0.

Pada 29 Jun, Menteri Dalam Negeri dilaporkan berkata, kemeja-T yang menyokong Himpunan Bersih 2.0 diharamkan kerana ia ada kaitan dengan perhimpunan haram pada suatu tarikh yang tidak dapat saya nyatakan di sini kerana saya mungkin dianggap berkempen menggalakkan orang ramai berkumpul di Masjid Kampung Baru, SOGO dan Bangunan DBKL pada jam 2:00 petang tarikh berkenaan.

Ketua Polis Negara dilaporkan mengesahkan bahawa bukan hanya mereka yang menjual, membeli atau memakai kemeja-T ****** tertera mesej "Bersih 2.0" ditahan. Sebaliknya kasut, kereta, bas dan apa sahaja barangan yang digunakan untuk menggalakkan orang berhimpun dianggap menghasut dan diharamkan.

Maka, kebimbangan Rakyat Jelata terhadap segala benda dan perkara ****** adalah amat berasas. Apatah lagi di sebuah negara di mana segalanya adalah mungkin.

Saya menulis pada ruangan status Facebook pada 29 Jun: "Wahai! Berwaspadalah anak-anak ayam berbulu warna ****** yang bakal menetas pada 9 Julai 2011! Hidup kalian mungkin tidak lama."

Hafifi Ariff bersikap sedikit positif apabila mengatakan bahawa "anak ayam albino lebih selamat" manakala Saravanan M. Sinapan bimbang, "Jangan-jangan anak ayam ini menjadi mangsa keadaan".

Saya turut mengingatkan: "Wahai! Janganlah anda berotak ******. Nanti polis tangkap masuk lokap!" Pasti sahaja kata-kata saya ini bernada positif, menginsafkan dan disukai pemerintah.

Reaksi yang diterima daripada rakan-rakan membuktikan daya kreativiti, imaginasi, inovasi dan kematangan mereka menangani tekanan apabila melihat objek ******.

Apabila saya nyatakan "Wahai! Tolong rajin berus gigi tiga kali sehari. Gigi ****** juga mungkin diharamkan tidak lama lagi" maka Adge Rulz yang berada di Stadium Melawati pada waktu ini mencatatkan bahawa Mat Sabu turut menyebut perkara sama.

Bluesyworms Jazzyworms bimbang kemungkinan "pisang pun tak boleh dijual lagi, maskot DiGi pun bakal kena tangkap".

Pada pagi 30 Jun, saya meminta rakan-rakan menyenaraikan objek-objek warna ****** di rumah mereka. Antaranya adalah pelekat Post-It, penutup cecair pencuci jenama Dynamo, kotak teh Lipton, pek mi Maggi, pen penanda (highlighter), mangga, mi kuning, telur goreng, kereta warna ******, Yellow Pages, serbuk kunyit jenama Adabi, dinding, rambutan, botol air Herbalife, kad ATM Maybank, minyak hitam jenama Shell, jersi Brasil dan petrol RON95.

Saya percaya senarai ini bakal menjadi lebih panjang. Ia menjadi petanda dan penanda bagaimana Rakyat Jelata menyembunyikan ketakutan dan kebimbangan dengan cara berjenaka serta berfikir secara kreatif untuk mengubati luka di hati. Tonton sahaja filem-filem klasik Charlie Chaplin untuk menyedari hakikat ini.

Walaupun pandangan yang dikemukakan mungkin dianggap lucu dan terkeluar topik, jangan pandang ringan "kemampuan" polis yang sentiasa akur pada arahan pemerintah.

Berwaspadalah jika anda berhajat menghidangkan nasi ****** sempena majlis khas sepanjang minggu ini. Jangan mengaku anda berasal dari Air ****** di Perak atau Ayer ****** mahu pun Ayer ****** Selatan di Negeri Sembilan. Juga mana-mana tempat atau jalan/lorong yang ada "******" pada namanya. Anda mungkin disangka menyebarkan kempen Himpunan Bersih 2.0 secara senyap.

Tolong jangan hantar SMS atau e-mel kepada kenalan dari Sabah meminta mereka membawa Seraya ****** Kudat. Sebaliknya, gunakan nama saintifik "Shorea kudatensis" demi kesejahteraan diri dan anak-cucu.

Puan Tan Lee Wah selaku Guru Besar SK Convent Infant Jesus di Melaka wajar memikirkan untuk menukar sementara nama kelas ****** kepada nama lain. Kelas Hijau dan Jingga boleh kekal.

Bagi SMK Padungan (dahulu dikenali SMK Lumba Kuda) di Sarawak pula, wajar mengekalkan nama-nama rumah sukan sebagai Kerengga, Zebra, Tezi dan Semberani; tanpa menyebut Merah, ******, Biru dan Hijau.

Pemain dan penyokong pasukan bola sepak Kedah FA juga mungkin berdepan masalah kerana pasukan itu turut dikenali dengan nama Kenari dan Hijau-******. Begitu juga pasukan Selangor FA kerana lagu rasminya adalah "Merah ****** Keberanian".

Akhirnya, bayangkan perasaan gemuruh yang perlu dirasai apabila kita sama-sama menyanyikan lagu "Jalur Gemilang" yang diperkenalkan pada tahun 2000. Rangkap awal lirik yang ditulis Pak Ngah adalah begini:

Merah membara semangat waja

Putihmu bersih budi pekerti

****** berdaulat payung negara

Biru perpaduan kami semua

Maaf! Dalam ketelitian memastikan saya tidak menulis perkataan "******" pada artikel ini, saya terlupa untuk memadam perkataan "bersih" pada petikan lirik lagu di atas.

* Uthaya Sankar SB tertanya-tanya jika ada pihak yang memulakan kempen "KOTOR: Gabungan Pilihan Raya Tidak BERSIH dan Tidak ADIL" kerana pasti ramai yang akan tampil menyokongnya.

--
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "kl-bogel" group.
To post to this group, send email to kl-bogel@googlegroups.com
To subscribe or unsubscribe at http://groups.google.com.my/group/kl-bogel/subscribe
For more options, visit this group at http://groups.google.com/group/kl-bogel?hl=en
Sebarang email pertanyaan, hantar kepada abangmod@gmail.com

Comments

Popular posts from this blog

[kl-bogel] Huzaida..

[kl-bogel] Sasha Isteri Teman

[kl-bogel] Cikgu Zana