[kl-bogel] Tegur Pemimpin Hak Rakyat Jelata


A Kadir Jasin

KITA belajar daripada ibu bapa kita. Bernasib baiklah anak-anak yang mempunyai ibu bapa yang sempurna – akal, tubuh badan, kesihatan, iman dan moral. Jadi, benarlah kata pepatah, bapa borek anak rintik. Ke mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi.

Saya adalah anak emak dan ayah saya. Salah satu ilmu dan panduan yang ayah saya ajarkan ialah "dengar teguran dan jangan takut menegur."

Dulu kita jaga tepi kain orang. Apabila di masjid atau surau, kita memang jaga tepi kain orang. Kalau tepi kain orang kena najis dan lumpur atau carik sehingga dedah aurat, kita tegur. Kita tidak mahu najis dan kekotoran seorang jemaah mencacat solat berjemaah.

Kita jaga tepi kain jiran-jiran kerana kita tidak mahu anak-anak mereka jadi budak jahat dan ganggu ketenteraman kampung.

Kita bagi tahu mereka dan kita tegur anak-anak mereka. Mereka tidak marah kepada kita. Silap hari bulan, anak yang diadukan itu yang kena tempeleng. Saya pun pernah ditegur atau, dalam bahasa jalanan hari ini, kena sound, oleh jiran-jiran kerana buat bising, curi buah rumia (kundang) Pak Su Salleh atau kurang sopan di majlis kenduri. Saya terhutang budi kepada mereka kerana menjaga tepi kain keluarga saya.

Hari ini, jaga tepi kain menjadi ungkapan kotor. Silap-silap kena maki atau penumbuk di muka. Dulu kita jaga tepi kain orang demi kebaikan kerana adat berjiran saling tegur-menegur dan ingat-mengingati.

Hasil ajaran itu, saya tidak berasa bersalah menegur, apatah lagi menegur orang yang kita pilih, kita upah dan kita restui untuk memimpin kita.

Sama ada secara sulit atau secara terbuka, secara lisan atau melalui tulisan, saya sentiasa menjaga tepi kain mereka kerana kalau kain mereka penuh najis, bagaimanakah mereka boleh "mengimamkan" kita.

Tidak kira Dr Mahathir Mohamad, Anwar Ibrahim, Daim Zainuddin, Abdullah Ahmad Badawi, Mohd Najib Abdul Razak, Muhammad Muhammad Taib, Abdul Rahim Tamby Chik atau Dr Khir Toyo dan ramai lagi saya tegur.

Saya mulakan dengan "menegur" mereka secara sulit. Seelok-eloknya secara bersemuka kerana saya perlu menjaga air muka mereka. Ada kalanya saya mengutus surat.

Ketika pilihan raya umum 1999 dan selepasnya saya "menegur" pendekatan dan cara kerajaan dan Barisan Nasional menangani isu Anwar.

Saya terpaksa "menegur" kerana selama hampir 16 tahun – sebagai wartawan dan pengarang – antara tugas wajib saya adalah mempromosikan Anwar.

Ketika di puncak kemasyhurannya, Anwar adalah "untouchable" dan "could do no wrong" – tidak boleh dicuit dan tidak mungkin melakukan kesalahan. Segala bisikan saya – seperti bisikan ramai orang lain – ditolak sebagai iri hati dan fitnah.

Apabila saya menulis sebuah pojok mengenai Brutus menikam Julius Caesar dari belakang dalam kolum "Kunta Kinte" Berita Harian, ia diberhentikan serta-merta. Waktu itu, media massa difrancaiskan kepada Anwar. Pengarang lantikan Anwar amat berkuasa.

 Menegur dan Ditegur

Saya "menegur" mengenai beban peribadi pemimpin BN akibat gerak-geri mereka, campur tangan ahli keluarga mereka dan perniagaan anak-anak mereka.

 Selepas PRU 1999, giliran saya pula "disound" kerana "menegur" kaedah kempen iklan BN dan ingkar arahan.  Turut kena "sound" adalah Quek Leng Chan yang ketika itu menguasai kumpulan akhbar Nanyang.

Menjelang pertengahan tahun 2000 saya mendapati saya tidak dapat lagi meneruskan tugas sebagai Ketua Pengarang Kumpulan NSTP tanpa kehilangan saki-baki kredibiliti saya. Maka saya pun meletakkan jawatan. Quek pula menjual kepentingannya dalam Kumpulan Nanyang.

Apabila Anwar berucap kepada badan pemikir swasta Amerika, Council on Foreign Relations di New York ketika Krisis Kewangan Asia sedang memuncak (September, 1998 ), saya berada di situ dan "menegur" beliau.

Saya berkata, walaupun penghujahan beliau mengenai teori "constructive destruction" ciptaan Joseph Schumpeter dalam tesisnya mengenai kapitalisme, sosialisme dan demokrasi pada tahun 1942 mendapat sambutan hangat daripada audiens Amerika, ia mungkin tidak disenangi bosnya di Kuala Lumpur.Ringkasnya, Anwar dan penulis ucapannya menganggap Krisis Kewangan Asia 1997/98 sebagai kemusnahan yang membina.

Kemudian, ketika saya bersama beliau di dalam kamarnya di hotel JW Marriott, Washington DC, Anwar mendapat panggilan daripada kawan akrabnya, Michel Camdessus, yang ketika itu menjadi Pengarah Urusan Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF). Sekali lagi saya "sound" beliau dengan mengatakan yang bosnya di Kuala Lumpur tidak begitu senang hati dengan percubaan campur tangan IMF.

Saya "sound" Abdullah mengenai cara beliau mengawal media massa, Mohd Najib mengenai rumah tangganya (seperti pernah saya katakan, saya kenal Mohd Najib sejak 1977), Muhammad Taib dan Dr Khir Toyo mengenai pengagihan tanah negeri untuk pembangunan dan Abdul Rahim mengenai gaya hidupnya.

Saya mengingatkan Muhammad Taib dan Dr Khir Toyo mengenai pendahulu mereka yang jatuh kerana skandal dan rasuah.

Tegur Bukan Kerana Benci

Saya tegur kerana saya berasa itu tanggungjawab saya. Sebagai wartawan dan pengarang media arus perdana ketika itu, beban mereka adalah beban saya.

Tentulah tidak semua mereka suka saya menegur mereka. Apatah lagi apabila teguran itu menyentuh hal-hal peribadi dan keluarga mereka. Dan kita tentulah tidak popular dengan membuat teguran itu.

Tetapi bagi saya mudah saja, seorang pemimpin yang tidak bersedia ditegur atau tidak mengendahkan teguran lambat-laun akan tersesat jalan, ditolak oleh rakyat jelata dan mungkin juga diheret ke muka pengadilan, lebih-lebih lagilah apabila berlaku pertukaran parti yang memerintah.

Lihatlah apa yang berlaku di Thailand dan Taiwan, dan kini di negara-negara Arab. Lihatlah apa yang terjadi kepada Hosni Mubarak di Mesir dan Zine El Abidine Ben Ali di Tunisia. Atau yang lebih dekat, Suharto di Indonesia.

Pendek kata, pendirian saya mudah saja dan saya kerap mengulanginya. Kita pilih pemimpin melalui pilihan raya. Kita beri mereka kepercayaan. Kita beri mereka upah. Kita bayar cukai. Kita tidak pernah pilih isteri, anak-pinak, suku-sakat dan sahabat-handai mereka.

Kita beri kuasa kepada mereka bukan untuk difrancaiskan kepada kaum keluarga, sahabat-handai dan FOPM.

PS: Mengenai Mohd Najib menjalin perhubungan diplomatik dengan Vetican, saya dapati berita pesanan rungkas The Star yang berbunyi "Najib meets Pope and announces diplomatic ties with the Vetican to help promote values of moderation and harmony" sangat memeranjatkan.

  1. Adakah selama ini kita tidak mempromosi dan mengamalkan  nilai-nilai sederhana dan harmoni?
  2. Apakah Islam, agama rasmi Persekutuan, dan budaya Melayu, teras budaya kebangsaan, tidak menekankan kesederhanaan dan keharmonian;
  3. Apakah kita memerlukan bantuan Vetican untuk mempromosikan nilai-nilai sederhana dan harmoni?; dan
  4. Bukan semua orang Kristian Malaysia berkiblatkan Vetican. Bancian penduduk tahun 2000 menunjukkan ada 9.1 peratus penganut Kristian yang terdiri daripada Anglican, Baptist, Bretheren, Lutheran, Methodist, Presbyterian dan Roman Katolik.
Wallahualam.


Posted by A KADIR JASIN at 10:55 AM

16 comments:

Raison D'etre said...

Datuk AKJ,
Lama sangat tak post kat sini. Baru2 ni saya habih menyelongkaq kotak2 buku lama, terjumpa your Kunta Kinte compilation and Others Thots. Classic stuff, Datuk. They are very nice reads. Sharp, biting.

Anyway: headline Trip PMNTR ke Vatican dah boleh agak. Memangnya the trip is a PR for PM (heh) sebab tak ada real or even perceived reason for us to hold any out of the ordinary tie with Vatican City.

Saya tak la pulak baca suratkhabar Bahasa Melayu, tapi merasa teringin nak tahu apa kata headline deme pasai trip tersebut.

Mengejutkan? Not really. Could see it coming from a mile away, kata orang putih. Dalam Latin tak sure la pulak.

PS: Datuk ada baca nukilan Kunta Kinte BH yan la ni? And here I thought Kunta Kinte tu proprietary right Datuk. Hmm...

Maaf campur aduk penggunaan bahasa dalam posting saya. Dah terbesa, kata orang Kedah.

12:07 PM
anakbuah said...

Salam Dato',

Saya bawa komen di bawah drp posting dato' sebelum ini. Saya dapati ianya dlm konteks yg agak sama:

abdullahngah kata:-

"Oleh itu, barang siapa yang tak mahu dengar dan berasa marah dengan nasihat mereka berjiwa iblis."

komen:-

Betul kata sdra tapi kita mesti lihat diri kita sama ada kita layak menasihati orang lain. Mungkin juga orang yang cuba nak menasihati orang lain jiwanya lebeh terok dari iblis !!

Jadi kita mesti selalu tanya diri kita adakah layak kita menegur dan menasihati orang lain dan adakah jiwa kita bersih tanpa ganguan iblis sebelum menasihati orang lain. Kadakala ada setengah orang cuba nak nasihat orang lain kerana egonya terlalu tinggi kononnya dah layak menugur orang lain. Itu sudah pasti jiwa iblis!!

Don
--------

Dato' pula kata..."Tetapi bagi saya mudah saja, seorang pemimpin yang tidak bersedia ditegur atau tidak mengendahkan teguran lambat-laun akan tersesat jalan, ditolak oleh rakyat jelata dan mungkin juga diheret ke muka pengadilan, lebih-lebih lagilah apabila berlaku pertukaran parti yang memerintah."

# Pada saya kita tidak perlu menjadi nabi baru kita boleh tegur atau nasihat org lain. Walau siapa sekalipun, walau manusia b/mana sekali pun, walau apa pun agama dan pegangan/fahaman politik....fitrah manusia tetap sama - mahu dilayan dgn adil dan saksama, mahu diperlakukan dgn baik, ingin pandangan didengar dan dipertimbangkan, ingin disayangi dan ingin hidup dengan aman dan damai. Apabila sebahagian kita berasa tertipu, dikhianati dan diperlakukan secara kasar dan tidak adil, kerajaan yg dikatakan demokratik dan adil ini sepatutnya mendengar nasihat dan mempertimbangkannya secara jujur dan berhemah. Bila pemimpin2 ini tidak jujur dengan amanah yg diberikan, kita sebagai rakyat ada hak utk menegur dan menasihati. Menafikan hak-hak dan amanah ini bermakna pemimpin dan kerajaan sudah berlaku khianat.

# Sdr Don, literally, saya sebenarnya berjiwa lebih iblis jika saya tidak menegur dan berdiam diri sahaja atas perkara2 yg salah. Pada saya ada patut kita tegur, ada yg patut kita tegah dan ada kalanya, ada yg layak kita kutuk dan sanggah.

1:07 PM
awang batuburok said...

Salam Dato,

Terima kasih tak terhingga diatas nasihat dan tulisan yang sangat berguna untuk semua khususnya generasi anak Malaysia dalam abad ke 21 ini.

Saya sangat setuju kita semua perlu bersedia untuk menegur dan ditegur khususnya para pemimpin (kalau dalam solat imam kita)Masaalahnya sekarang ini yang dipilih sebagai imam sekarang ini tidak memahami (bahasa kasarnya -JAHIL)tentang tanggungjawap dan amanah sebagai imam, jadi nya bila di tegur dia buat pekak-badak saja, silap-silap haribulan di makinya makmum yang menegur, rosak habis jamaah (umpama dalam solat berjamaah).

Berdasarkan kapada analogi diatas sistem pemilihan imam perlu di BERSIH kan. Anak imam tua belum tentu layak menggantikan bapaknya sebagai imam...pemilihan pemimpin perlulah berdasarkan kapada "merit"
bukanlah berdasarkan kpd keturunan dan kekayaan yang boleh membeli jawatan (sistem feudal).

Perlu kita ingat makmum abad ke 21 ini sudah ramai yang cerdik dan berilmu, kalau imam tak hiraukan teguran nanti makmum akan "mufaraqah"; kalau imam masih berdegil nak kekal dihadapan jangan sampai mamkum hilang kesabaran dan mereka naik berang dan pakat usung dan humban imam melalui tingkap masjid seumpama yang berlaku kapada Hosni Mubarak dan yg sepertinya....

Sekali lagi terimakasih banyak banyak Dato kerana sudi berkongsi ilmu dan pengalaman.

1:18 PM
LIN LIANI said...

Saya teramat setuju dengan komen Datuk mengenai hak rakyat untuk menegur pemimpin, lebih-lebih lagi pemimpin yang hanya mementingkan kuasa dan diri sendiri.

Rasa-rasanya pemimpin BN lebih suka dengar kata-kata yang memuji dan memuja sahaja. Pantang ditegur dan dikeji, sila-silap kena meringkuk dalam penjara walaupun ada kebenarannya.

Datuk kata Datuk dah kenal PM sejak tahun 1977, apalah salahnya tegur dia sekali lagi akan tindak tanduk sejak akhir-akhir ini. PM kita telah dilihat gagal menangani beberapa isu penting dengan bijak, seperti isu BERSIH 2.0 dan terbaru, isu Vetican ini.

Datuk adalah tokoh wartawan yang berpengaruh, jadi harap jangan persia-siakan harapan rakyat. Tegurlah PM ataupun mana-mana pemimpin yang sudah terpesong kehendak rakyat. Jika tidak, rakyat sendiri yang akan jatuhkan mereka.

1:19 PM
Ryzal72 said...

Assalamualaikum Ybg. Datuk,
Saya suka akan ayat yang terakhir...PS: Mengenai Mohd Najib menjalin perhubungan diplomatik dengan Vetican, saya dapati berita pesanan rungkas The Star yang berbunyi "Najib meets Pope and announces diplomatic ties with the Vetican to help promote values of moderation and harmony" SANGAT MEMERANJATKAN.

1:24 PM
Anonymous said...

Saya bekas pelajar Convent dulu2 dimana 98% guru dari kalangan Rahib, di bawah jagaan Reverend Mother. Hanya 6orang Melayu Islam dalam kelas. Sekolah ini dtepi Gereja.

Tiap pagi, kami di asingkn (belakang) kerana mereka akan melafazkan "come holy ghost". Itu saja yang berlainan.

Dalam bilik darjah, penyampaian pembelajaran diberi sama rata, ramai lain berAgama Buddhist, Hindu dan sebagainya.

Saya tertarik dengan cara rahib2 (semua dari Eropah). It has been 48years yet we remain close friends. Ini secara tidak langsung adalah kerana TELADAN, didikan dan bimbingan yang disampaikan Rahib2 semasa dibangku sekolah lagi.

Kemesraan terjalin bukan saja sesama murid tetapi, antara ibubapa murid. TAK KIRA BANGSA, aGAMA ATAU TARAF HIDUP MASING2.

Dengan apa yang saya perhatikan masakini, menjadi satu tanda-tanya?

Are these people here, today, experienced and qualified enough to lead the Christian community in Malaysia?

Terima kasih

1:43 PM
Anonymous said...

Salam Dear Datuk,

Menumpang jaga tepi kain pelikat orang ...

re: PM's visit to Vatican.

1. Nak tanya kengkawan yang maklum. Siapa-siapa yang menguruskan ziarah PM ke sana tu?

2. Atas jemputan siapa dan urusan apa?

3. Siapa yang sponsor?

4. Siapa-siapa yang bersama rombongan lawatan tersebut? Mungkin juga buat mengajak Vatican mengenal Islam ... mudahan... di bulan yang penuh barakah ini.

Terima kasih

XERONINE

1:43 PM
Anonymous said...

salam dato,
saya ucapkan syabas kepada dato' atas keberanian menulis selama ini. tulisan di atas termasuk antara tulisan yang paling berani kerana dato' menceritakan isu dengan agak personal. ia melibatkan diri dato' dalam kish berkenaan.

sebagai pembaca, ulasan dato mengenai keterlibatan dsai dalam perancangan asing meningkatkan lagi kefahaman bagaimana negara pasti akan diletak di bawah telunjuk USA jika dsai menjadi PM.

Sebelum ini, tuduhan mantan PM, Tun Mahathir seakan-seakan rekaan sebab pada waktu itu langsung tidak ada konkrit mengaitkan hal ini.

Saya juga seronok apabila dato' menegur pemimpin BN termasuk PM kerana sungguh tidak ramai pemimpin, menteri dan pegawai tingkat 5 mampu melakukannya. Sesungguhnya saya percaya mesej dato akan sampai. moga2 mereka membukakan mata dan membuang penutup telinga kali ini sebab keadaannya sudah terlalu kritikal. Mungkin sesetengah blog berbangga apabila mereka dapat mendedahkan kepura-puraan blog pembangkang, misalnya dalam soal cincin 24 juta rosmah, tetapi kepada saya itu semua tak perlu, membuang tenaga kerana sepatutnya dari awal lagi isteri PM tak wajar mencampuri urusan PM dan negara.

Saya mengundi BN dan Najib, bukan undi RM (rosmah mansor). Kehadiran rosmah dalam bentuk bukan pengiring biasa kepada pm (dengan segala peranan yang dicipta sendiri oleh beliau) menghilangkan rasa bersungguh jentera Bn dan UMNO untuk buat kerja. Mereka merasakan setelah berhempas pulas memenangkan bn dalam banyak isu, satu peluru yang ditabur oleh pembangkang terhadap rosmah sudah cukup untuk meleraikan semua usaha tersebut. maka kami jentera bn perlu bermula semula dari nol.

Ini mungkin mesej terakhir untuk pm dan isteri melakukan perubahan.

kucalana71@yahoo.com

2:01 PM
Anonymous said...

Kita pilih pemimpin melalui pilihan raya. Kita beri mereka kepercayaan. Kita beri mereka upah. Kita bayar cukai. Kita tidak pernah pilih isteri, anak-pinak, suku-sakat dan sahabat-handai mereka.

Tetapi, Dato' PM dipileh oleh UMNO bukan oleh rakyat umum.
-Makan gaji.

3:14 PM
pakbelalang said...

Why you are shocked, Datuk? I don't see any good reason for you to be shocked. I think statement made by Najib is just a diplomatic statement. As a guest of the Pope or any other leaders of the world, statements made by visiting guests are normally to portray good relationship between two countries. It is a diplomatic language and sometimes of course there is an element of hypocrisy on both sides when making official statement just to make both leaders comfortable. I think no harm done for Najib to express his stand on moderation and tolerance.

3:37 PM
Anonymous said...

XERONINE kata,

Mungkin juga buat mengajak Vatican mengenal Islam ... mudahan... di bulan yang penuh barakah ini.



komen:

Saya suka komen anda. Ya, mudah mudahan Vatican dapat mengenal Islam lebeh dekat lagi. Memang baik pemimpin-pemimpin Islam dapat bertemu dengan pemimpin Vatican seperti Pope. Tidak memudharatkan !! Orang Islam tidak harus memencilkan diri atau terlalu conservative dan menjauhkan diri dari mereka. Berjumpa dengan Pope adalah satu dakwah secara tidak langsung. Pemimpin Islam mesti mendekati orang bukan Islam kepada Islam seperti mana mereka cuba mendekati agama mereka kepada orang Islam.


Don

3:57 PM
Anonymous said...

anak buah kata:

"# Sdr Don, literally, saya sebenarnya berjiwa lebih iblis jika saya tidak menegur dan berdiam diri sahaja atas perkara2 yg salah. Pada saya ada patut kita tegur, ada yg patut kita tegah dan ada kalanya, ada yg layak kita kutuk dan sanggah."

komen:

Saya setuju dengan pandangan sdra. Memang patut kita menegur pemimpin tapi teguran itu janganlah dicampur adukkan atau di selitkan dengan unsur-unsur fitnah. Teguran kepada pemimpin mestilah ada kesederhanaannya terutama sekali dalam susunan bahasa dan tidak mengaibkan. Teguran mestilah berlandaskan fakta yang tepat untuk berlaku adil kepada pemimpin yang kita hendak tegur. Itulah asasnya kalau teguran kita hendak dihayati oleh pemimpin dan diambil iktibar supaya disedari oleh mereka. Itulah caranya. Tidak susah. Apabila menegur pemimpin dengan ada niat yang tidak jujur maka teguran itu bolehlah ditakrifkan yang berjiwa iblis atau berhasad dengki.

Don

4:10 PM
Anonymous said...

Datuk Sir,

1. Of late, you appeared to be too critical and unforgiving of the YAB PM. Please give the man a chance.

2. Granted that the Vetican does not represent all Christians in Malaysia, having friendly relations with any friendly country or entity is good for Malaysia and Malaysians.

3. What better could our PM do to outdo his predecessors who also visited the Pope than than to establish diplomatic relations with the Holy See.

4. Good has already come out of the PM's brilliant move when a group of 365 Malaysian Christians, including Catholics, have signed a letter addressed to Pope Benedict XVI, complaining about Prime Minister Najib Abdul Razak's crackdown on the July 9 peaceful protest for electoral reforms (Malaysiakini).

5. Denying right to hold peaceful assembly and using brute force are surely not an act of moderation and harmony.

6. I wonder who will be made Najib's Ambassador to the Vetican. Idris Jala is a good candidate. He's a Christian, I am told.

Peaceful Malaysian

4:21 PM
Shamsul Yunos said...

Datuk AKJ, saya share posting ini ke facebook saya...

Memang banyak yang terbuku di hati rakyat Malaysia, yang dah tak suka Umno tu apa lah, memang dia tak mahu Umno tersu memgang tampuk pemerintahan jadi dia marah pun tak ngape

tapi yang setia pada parti...berjuta ahli yang terasa sedih dan hiba melihat parti sudah seperti hilang panduan...

Yang penyokong pulak rasa sedih kerana mereka nak menyokong tapi tak nampak perubahan yang berlaku..ada lah perubahan tetapi boleh dikira sedikit sangat...

bila kita marah kat orang yang kita sayang, yang memarah pun rasa sedih dan hiba sebenarnya...

4:21 PM
Anonymous said...

As'kum Dato',

1. Saya amat bersetuju dengan Dato' tentang hak rakyat menegur pemimpin. Seperti Dato' ceritakan, Dato' telah banyak menegur pemimpin besar, termasuk Anwar, Najib (mengenai Rosmah),Mohd. Taib dll. Tamabah lagi ada teguran Dato' dibuat secara berdepan. Soalnya adakah mereka ambil pusing teguran2 itu? Apa yang berlaku ke atas pemimpin2 itu adalah kesan dari tindakan mereka sendiri.


2. Kalau kita baca dalam Blog2, banyak sangat teguran yang dilemparkan sama ada kepada pemimpin BN atau PR (termasuklah HJ. Hadi, Nik Aziz, Anwar, Kit Siang dll). Tapi tengok tingkah laku mereka, serupa sahaja. Seolah-olah masuk teliga kiri, keluar teliga kanan ataupun tak masuk teliga langsung.

3. Kalau benar mereka ambil iktibar dari teguran2 yang dilemparkan sudah tentu kepimpinan sekarang adalh cantih dan bersih.

4. Pada hemat saya pemimpin yang ditegur itu mungkin teguran itu tidak sampai kepengetahuan mereka sebab mereka sendiri tak ada masa nak bacanya sendiri. Mungkin pelopor2 mereka telah distort teguran2 itu hingga ia menjadi tidak penting untuk diambil pusing.Tukang lapor dan Penasihat2 inilah yang merosakkan bos mereka.

5. Jadi kita sebagai rakyat, kalau kita fikirkan sesorang pemimpin itu telah terbabas, elok kita tegur. Tidak kira caranya. Samada melalui komen dalam akbar atau melalui Blog2. Sekurangnya apabila kita ditanya kelak di
akhirat tentang apakah peranan kita untuk membetul pemimpin yang terbabas, tulisan kita inilah akan menjadi saksi peranan kita, walaupun kecil.

dan kajang

4:36 PM
A KADIR JASIN said...

Sdr Pakbelalang, apakah Sdr bermaksud PM hipokrit dalam kenyataannya? Kalau hipokrit, bukan saja salah tapi menghina Pope, Vetican dan umat Roman Katolik serta membazirkan wang negara.

Jadi Pakbelalang, apa tujuan sebanar PM ke Vetican? Makan angin atau cari peluang shopping di Rom? Barang dijauhkan Allah. Takkan PM cakap suka-suka?

Lin Liani, antara lain, berkata: "Datuk adalah tokoh wartawan yang berpengaruh, jadi harap jangan persia-siakan harapan rakyat. Tegurlah PM ataupun mana-mana pemimpin yang sudah terpesong kehendak rakyat. Jika tidak, rakyat sendiri yang akan jatuhkan mereka."

Bila ada kesempatan, saya mesti tegur dan nasihat. Tapi pemimpin ni, bila kita cakap terang-terang dan tidak bodek, mereka tidak mahu jumpa kita. Saya ni mulut cabul sikit.

Saya minta hadir taklimat JPM mengenai isu kalimah "Allah" pun mereka tak layan. Bukan tak cuba. Lagipun ramai kontemporari dan anak buah saya yang kerja dengan PM dan JPM. Tak mengapa. Tak boleh cakap terus, kita cakap dalam tulisan. Mereka baca Alhamdulillah, mereka tak baca, tugas kita dah terlaksana.

Terima kasih.

4:41 PM

Post a Comment

--
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "kl-bogel" group.
To post to this group, send email to kl-bogel@googlegroups.com
To subscribe or unsubscribe at http://groups.google.com.my/group/kl-bogel/subscribe
For more options, visit this group at http://groups.google.com/group/kl-bogel?hl=en
Sebarang email pertanyaan, hantar kepada abangmod@gmail.com

Comments

Popular posts from this blog

[kl-bogel] Huzaida..

[kl-bogel] Sasha Isteri Teman

[kl-bogel] Cikgu Zana