[kl-bogel] Rohana Jalil Berjaya Menjadi Juara Bintang RTM 1980


Rohana Jalil daripada Kota Tinggi, Johor, berjaya menggondol Juara Bintang RTM 1980 Bahagian Solo dalam pertandingan peringkat akhir di Auditorium Besar, Angkasapuri, pada malam 13 Januari 1981 lalu yang telah disiarkan secara langsung iaitu kira-kira 30 tahun yang lalu. Rohana, 26 tahun, menewaskan tujuh peserta solo yang lain, menerima piala pusingan dengan hadiah wang tunai $2,000.


Lapan peserta solo dan empat kumpulan telah mengambil bahagian dalam pertandingan akhir ini. Rohana Jalil pernah dua kali menyertai Bintang RTM dan merupakan anak pertama dari enam orang adik beradik.


Gambar terbaru Rohana Jalil (kiri) bersama anaknya Kilafairy. Ada perubahan wajahnya di situ..
(Imej daripada carian Google)


Beliau memberitahu para pemberita selepas menerima Piala Pusingannya bahawa beliau bercita-cita untuk menjadi penyanyi yang terkenal bertaraf antarabangsa.


Juara Bahagian Solo (Rohana Jalil) dan Juara Bahagian Kumpulan (Kumpulan Bee & Gee) dengan piala masing-masing.


Sementara Kumpulan Gee & Bee terdiri dari Roziah Mohd Ibrahim dan Saleha Ali berjaya merebut Juara Bahagian Kumpulan (Padu Suara). Mereka pula menerima hadiah wang tunai $2,500 dengan piala pusingan daripada Menteri Penerangan, Dato' Mohamed Rahmat.

Salah seorang anggota Kumpulan Bee & Gee, Saleha Ali ialah seorang pelajar tahun akhir Jurusan Perhubungan Media Massa di Institut Teknologi MARA (ITM) sekarang Universiti teknologi MARA (UiTM).

Kini beliau sedang menjalani latihan praktikal di Kumpulan Akhbar New Straits Times, Saleha ingin menjadi seorang wartawan. Beliau juga memberitahu bahawa penyertaannya kali ini merupakan kali pertama atas galakan kawan-kawannya.


Dengan perasaan sedih dan penuh gembira, Rohana menjulang piala kemenangannya kepada para penonton selepas menerima hadiahnya daripada Menteri Penerangan, Dato' Mohamed Rahmat.


Sharon Premela Isaac, Naib Johan Bahagian Solo.


Naib Johan Bahagian Solo dimenangi oleh Sharon Premela Isaac, 20 tahun daripada Ipoh, dengan mendapat hadiah wang tunai sebanyak $1,500 sementara tempat ketiga jatuh kepada Waynie Pui Lee Keng daripada Kota Bharu, Kelantan mendapat hadiah wang tunai $1,000.

Bagi Naib Johan Bahagian Solo, Sharon, inilah kali ketiga beliau menyertai pertandingan menyanyi dan bercita-cita menjadi seorang penyanyi terkenal. Di samping menyanyi, beliau juga mempunyai hobi melukis dan memasak.

Naib Johan Bahagian Kumpulan dimenangi oleh Kumpulan Mixed Sound daripada Sabah yang terdiri dari lima orang anggota iaitu Rothman Buntar, Sahar Nordin Al-haj, Peter Dicky Lee, Mangarina Kiob dan Sahari Ahmad. Mereka menerima hadiah wang tunai $2,000.


Kumpulan New Vocals, Tempat ketiga Bahagian Kumpulan.


Tempat ketiga Bahagian Kumpulan jatuh kepada Kumpulan New Vocals daripada Subang Jaya, Selangor yang dianggotai oleh dua orang lelaki dan dua orang perempuan iaitu Dzulkeflee Zakaria, Mohamad Johar Jaafar, Puteri Nordiana Megat Baharuddin dan Rafiah Khalid. Mereka menerima hadiah wang tunai $1,500.


Sebahagian daripada para penonton yang menyaksikan Pertandingan Akhir Bintang RTM 1980 di Auditoruim Besar, Angkasapuri, Kuala Lumpur termasuk Menteri Penerangan, Dato' Mohamed Rahmat.

Hanya seorang peserta lelaki sahaja yang terpilih masuk ke Pertandingan Akhir Bintang RTM 1980 ini iaitu Khoo Chong Teng daripada Melaka.

Sebarang maklumat tambahan mengenai Juara Bintang RTM 1980 ini amatlah dialu-alukan.


Sumber: Sinar Zaman, Jilid IX, Bil. 99, 1981.


*Simbol '$' menunjukkan nilai wang pada ketika itu.

--
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "kl-bogel" group.
To post to this group, send email to kl-bogel@googlegroups.com
To subscribe or unsubscribe at http://groups.google.com.my/group/kl-bogel/subscribe
For more options, visit this group at http://groups.google.com/group/kl-bogel?hl=en
Sebarang email pertanyaan, hantar kepada abangmod@gmail.com

Comments

Popular posts from this blog

[kl-bogel] Huzaida..

[kl-bogel] Sasha Isteri Teman

[kl-bogel] Cikgu Zana