[kl-bogel] Review Buku: Masjid Masjid Unik , Pelik dan Misteri




Tajuk: Masjid Masjid Unik , Pelik dan Misteri
Tebal: 64 halaman
Penerbit: Farouk Mn Sdn Bhd
Pengarang: Azizan Ahmad
Harga saya beli: RM4.00


Salam semua. Kali ini, saya mahu review satu buku nipis tetapi menarik dan best! Walaupun berharga RM4 sahaja, tapi banyak info yang saya perolehi...contohnya....

tahukah anda....

.....masjid manakah ada kesan siku nabi?
.....menara masjid manakah yang berbentuk spiral?
.....masjid mana yang ada hidangan dulang?
.....masjid manakah yang paling sukar dimasuki?
.....masjid mana yang pertama dibina oleh wanita?
.....masjid manakah yang mempunyai kepala seorang Nabi?



Menarik bukan? Saya pun ada scan beberapa halaman dalam buku ni supaya anda semua dapat membaca sendiri sedikit isi kandungan buku tersebut..diharap anda mendapat sedikit ilmu....

Kalau anda mahu melihat gambar dengan lebih jelas, klik sahaja gambar tersebut.





Masjid Siku Nabi:
Taif: antara tempat Rasulullah berdakwah dahulu dan telah dilontar batu oleh penduduk Taif...

Semasa baginda berehat, dan meletakkan siku, dikatakan hamparan batu telah melembutkan dirinya kerana cinta dan kasihan melihat keadaan baginda.

Maka terhasil lah kesan lekuk di batu tersebut, dan kesan tersebut masih ada pada hari ini.
Di masa itu, seketul batu yg amat besar telah digulingkan dari atas bukit dgn niat membunuh Rasulullah SAW

Ketika bongkah batu tersebut hampir jatuh, Allah memerintahkan ianya agar tidak bergerak, menyebabkan ia seolah-olah tergantung.

Pada ketika itu, datanglah Malaikat kepada Nabi seraya berkata:-


"Wahai Muhammad, mintalah pada tuhanmu keizinan untuk aku mengambil bukit-bukit di Taif bagi menghempap mereka".



Nabi mengangkatkan tangannya sekali lagi. Baginda berdoa, tapi bukan berdoa untuk kehancuran penduduk Taif tetapi kebaikan untuk mereka.


"Ya Allah, hidayahkanlah kaumku ini, sesungguhnya mereka tidak mengetahui".

Buat pengetahuan anda semua...

Doa nabi serupa dengan doa Jesus dalam Bible versi Inggeris:
"Father, forgive them, for they know not what they do". [Luke 23:34]
Doa nabi Muhammad:
"Ya Allah, hidayahkanlah kaumku ini, sesungguhnya mereka tidak mengetahui".




Masjid Ajaba (Masjid Al Ijabah):











Walaupun masjid ini bersaiz kecil sahaja, tapi masjid inilah yang menjadi lokasi peristiwa betapa kasihnya Nabi kepada Umatnya...

Di sinilah, Nabi Muhammad memanjatkan tiga doa untuk keselamatan umat Islam.

Imam Muslim meriwayatkan, suatu hari Rasulullah datang dari gunung dan ketika melalui Masjid Bani Mu'awiyah, beliau masuk solat dua rakaat dan kemudian berdoa sangat lama.

Setelah selesai berdoa, Rasulullah berkata, saya telah memohon kepada Tuhan tiga perkara. Ia mengabulkan yang dua dan menolak yang satu. Pertama, aku mohon kepada Tuhan agar tidak membinasakan umatku dengan kekeringan dan kelaparan, Ia mengabulkannya.

Kedua, aku mohon agar tidak membinasakan umatku dengan menenggelamkannya, Ia pun mengabulkan. Ketiga, aku mohon agar tidak ada fitnah dan perbalahan di antara mereka, tetapi Ia tidak mengabulkannya.

YA, 3 hajat Nabi pohonkan, satu hajat ditolak...mengapa? Wallahualam








Masjid Agung Samarra



Masjid Agung Samarra

Menara spiral yang unik:
Great Mosque of Samarra.jpg

Masjid tambahan: Masjid Jin, Mekah dan gambar Tiang Masjidil Haram, Mekah

Kelibat Jin Muslim dalam Masjid atau Surau tidaklah pelik didengari kerana di Mekah sendiri pun ada Masjid yang khas untuk Jin: Iaitu Masjid Jin. Di Masjid inilah Surah Jin diturunkan. Ada orng kata jangan pasang niat nak tengok jin bila dalam masjid ini, takut x larat nanti tengok..

[masjid-jin.jpg]

Di Masjidil Haram pula, ada satu lagi tiang unik yang dipanggil tiang Jin. Ketika Masjidil Haram sedang dibina, tidak cukup sebatang tiang, kemudian jin mendatangkan sebatang tiang dari alam mereka. Mereka yang boleh jumpa tiang ini mungkin boleh nampak alam jin. Ada yang khurafat memeluk tiang jin ini semasa orang lain wukuf di arafah kononnya untuk menjadi tuan jin. Saya sudah pun membuat topik Tiang Jin dalam blog ini dahulu.




sekian, tamatlah review yang tak seberapa ni... maka sedar tak kita betapa banyaknya masjid unik, pelik dan misteri di dunia ini... sebenarnya banyak lagi masjid2 menarik yang diketengahkan dalam buku ini seperti Masjid Kuala Dulang, masjid yang tiangnya berminyak dan masjid berkoir ketika azan.... dapatkan dulu buku ni baru tau selanjutnya!

jangan lupa klik iklan kat tepi tu...ala..yang belah kanan bawah tu..TQ
Salam, Syed Azharul

--
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "kl-bogel" group.
To post to this group, send email to kl-bogel@googlegroups.com
To subscribe or unsubscribe at http://groups.google.com.my/group/kl-bogel/subscribe
For more options, visit this group at http://groups.google.com/group/kl-bogel?hl=en
Sebarang email pertanyaan, hantar kepada abangmod@gmail.com

Comments

Popular posts from this blog

[kl-bogel] Huzaida..

[kl-bogel] Sasha Isteri Teman

[kl-bogel] Cikgu Zana