[kl-bogel] Menjejak Artikel dan Gambar Yang Diplagiat

tynt

Aktiviti plagiat sekarang ni menjadi isu yang semakin panas. Ramai blogger kecewa kerana artikel yang mereka tulis diplagiat tanpa dinyatakan sumbernya. Biasanya, artikel yang menjadi mangsa aktiviti ini ialah artikel-artikel tutorial dan motivasi. Lagi parah bila si pelaku mengaku itu adalah tulisannya.

Blog Cikgu Hairul bukanlah satu blog yang popular untuk diplagiat. Bukan ada apa-apa isi menarik pun dalamnya. Ianya cumalah artikel sekadar untuk meluahkan rasa. Tapi saya dapat mengesan beberapa aktiviti memplagiat beberapa artikel. Saya tak berapa kesah sangat sebab saya telah memasang code untuk memastikan artikel yang diplagiat diberikan backlink secara tidak sedar.

Bunyi macam hebat. Tak susah nak dapatkan software macam ni kat internet. Sebelum ni saya ada ceritakan software yang dapat mengesan peratus plagiat dalam sesebuah tesis. Kiranya tak mustahil la ada software percuma untuk mengesan artikel yang diplagiat dalam blog kita.

Tynt- Publisher Tools.

Ini bukanlah satu software yang terlalu hebat. Buat pendaftaran dan lakukan beberapa configurasi yang perlu dilengkapkan pada laman web penyedia perkhidmatan tersebut (Tynt Publisher Tools). Kemudian masukkan skrip pada blog kita.  Seperti biasa perkhidmatan ini adalah percuma dan memerlukan pendaftaran.

Kelebihan Tynt ini ialah ia akan menghantar laporan setiap bulan mengenai keyword yang sering orang guna untuk masuk ke blog kita, berapa banyak artikel yang telah diplagiat, berapa banyak backlink yang telah dicipta secara tidak sedar dan gambar-gambar dari blog kita yang telah diambil secara diam-diam.

Jadi sekarang kita tak perlu risau lagi dengan aktiviti plagiat yang sedang membarah ni. Kalau penjenayah tu tak letakkan link pun, tynt akan mengesan dan memberikan backlink secara automatik.

Selamat mencuba dan semoga berjaya menjejak mereka yang tidak bertanggungjawab.


Read more: http://www.cikguhairul.com/menjejak-artikel-dan-gambar-yang-diplagiat

--
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "kl-bogel" group.
To post to this group, send email to kl-bogel@googlegroups.com
To subscribe or unsubscribe at http://groups.google.com.my/group/kl-bogel/subscribe
For more options, visit this group at http://groups.google.com/group/kl-bogel?hl=en
Sebarang email pertanyaan, hantar kepada abangmod@gmail.com

Comments

Popular posts from this blog

[kl-bogel] Huzaida..

[kl-bogel] Sasha Isteri Teman

[kl-bogel] Cikgu Zana