Monday, July 18, 2011

[kl-bogel] Memahami Bersih (bahagian 1) — Sakmongkol AK47

Saya telah menulis beberapa artikel mengenai Bersih dalam Bahasa Inggeris. Inginlah saya membuat suatu artikel dalam Bahasa Melayu pula supaya mudah mudahan isiu sebenar nya dapat di fahami.

Semua orang mahukan PRU yang bersih. Perdana Menteri Najib Razak pun besyarah berapi api sehingga merah padam dan bersembur air liur, dia tidak mahu menang dengan cara tipu dan muslihat. Kita mengalu ngalukan keberanian PM kita. Tabik!

Sebab itu, 8 tuntutan yang di pelopori oleh Bersih, kita sokong. Kita bukan sokong siapa disebalik gerakan Bersih tersebut. Perkara yang di majukan itu kita sokong. Penglibatan parti pembangkang dalam gerakan Bersih jangan di jadikan alasan tuntutan tersebut tidak boleh di terima. Come on lah, takkan ini jawapan dari pengerusi SPR. Standard lah sikit Tan Sri.

Tuntutan Bersih tidak perlu di takuti. Hanya orang yang mampu menang dengan cara kotor sahaja yang takutkan PRU yang bersih.

Sebagai contoh: Perimintaan untuk mendapat waktu siaran berkempen di udara adalah suatu yang munasabah. Sebab rakyat mahukan pimpinan dan kerajaan yang terbaik. Kita mahu mendengar buah fikiran oleh semua yang bertanding dalam PRU supaya kita boleh mengadili mereka dengan saksama.

Kita amat suka, jika Ibrahim Ali misalnya, di beri peluang bercakap 15 minit di TV supaya semua yang berminat untuk mengundi Ibrahim dapat dengar kehandalan Ibrahim Ali. Sebagai seorang panglima tentu Ibrahim Ali tidak gentar untuk memperlihatkan kehandalan serta bakat nya.

Pemimpin kerajaan pun dapat peluang yang sama. Dapat lah mereka menyampaikan dasar dan wawasan mereka. Dapat juga kita analisa standard pemimpin kita. Kita nak dengar anak Dr Mahathir Mohamad bercakap. Hebat tak dia dari KJ contohnya?

Berpandukan prestasi mereka mereka ini, PM pun senang nak lantik siapa kedalam Kabinet. Bukankah objektif kita hari ini, ialah untuk memastikan pimpinan yang terbaik menerajui negara? Banyak faedah boleh di hasilkan jika kita mendapat pimpinan ber-standard tinggi.

Semua tuduhan negatif kepada perserta perarakan bersih tempoh hari adalah sebahagian dari indoktrinasi dan brainwashing oleh media kerajaan. Yang demikian, janganlah kita terlalu susah hati. Sebab cara kerajaan menangani Bersih lebih banyak bodoh dari cerdiknya.

Almaklumlah, kebanyakan buah fikiran dan cara penyelesaian nya datang dari bekas wartawan yang sudah putus haidz yang sub-standard sebenarnya. Tapi oleh sebab mereka ada rakan rakan dan koneksi dalam pejabat PM, dapatlah mereka menjaja ilmu yang tak seberapa mereka itu.

Sebagai contoh, kalau lah benar cara menangani Bersih adalah seperti yang di karang oleh Jalil Hamid, maka standard nya amat menyedihkan. Sebab apabila di baca, kesan paling pantas dan lansung ialah mengalienasi sokongan dari golongan atas pagar dan mereka yang membaca antara baris tulisan.

Orang akan meluat dan loya tekak dengan cara yang di anjurkan. Dia baca buku propaganda Bolshevik ke? Atau Propaganda for Dummies ke? agak nya target audiens Jalil Hamid ialah budak sekolah rendah. Darjah 1 hingga darjah 6.

Saya berharap orang orang kerajaan menyedari bahawa sekarang ini maklumat yang di sampaikan oleh media arus perdana — sama ada berbentuk audio visual atau citak, sukar hendak di percayai masyarakat.

Ini kerana mereka melihat permainan spin dari pengamal media sub-standard yang terdiri dari bekas wartawan dan mereka yang menganggap diri mereka legenda dalam benak mereka sendiri. Jadi, orang yang sudah tamat tempoh hayat hidup (past shelf lives) akan di ambil semula berkerja di akhbar2 dan insitusi media yang lain.

Dari tempat kerja mereka, mereka menjalankan penjajaan mereka meng-kondisi pemikiran rakyat. Fakta nya, apa yang mereka spin dan putar alam, sukar hendak di terima bulat-bulat.

Negara kita ini ketandusan bakat ke?

Baru baru ini, kita mendengar interview PM Najib dengan John Defterious. Dulu mamat ni kerja dengan CNN. Dia kemudian nya menubuhkan syarikat PR nya sendiri. Khidmat dan barangan yang di jaja nya ialah pembikinan feature interview — seperti yang di lakukan kepada PM kita.

Apa yang dia jual ialah PR space yang berjuta ringgit yang kemudian nya di jual kepada media penyiaran top top seperti CNN atau Chanel News Asia yang berpangkalan di Singapura. Maka rakyat Malaysia akan terlopong lah bila mendapat perkhabaran PM kita bercakap dengan CNN.

Oleh kerana siaran tersebut di bayar oleh kerajaan dengan nilai jutaan Ringgit, kita pun boleh cakap apa sahaja. Skrip yang disediakan oleh Defterios tentulah sudah di persetujui terlebih dahaulu.

Maka, apa yang terjadi sebenarnya? Yang terjadi ialah kita di sajikan dengan interview yang farcical yang berpihak berat sebelah. Penyiaran melalui CNN atau CNA di lihat sebagai memberikan respectability. Well, ianya suatu respectable farce.

Kita pun sedia maklum, PM Najib menggaji ramai bekas wartawan yang sudah pun menopause. Pejabat PM tambahan pula full of characters yang melihat beberapa perkerja impot sebagai bakat yang maha handal.

Memang benar lah seperti dalam cerita A Passage to India, dalam babak peguam mendakwa Dr Azeez, peguam Mat Salih tu berkata, "it is an axiom, all over the world, colored people will look up to the Caucasians".

Mamat yang inferiority complex ni ramai kat Pejabat PM. Sebagai contoh, kalau diri sendiri tak berapa pandai dalam Bahasa Inggeris, maka si fulan dan si fulanah yang cakap English macam bertih akan di lihat sebagai manusia luar biasa. Perkerja mat salih apatah lagi. Kalau ada anak perempuan mahu di jadikan menantu.

Kita tahu orang orang ini "ply their trade" kepada "small minds" yang memandang kepada Caucasians sebagai manusia luar biasa. Ini menyebabkan apa sahaja pakej PR yang di jual akan di beli dengan jutaan Ringgit. Kita semua tahu berapa juta kerajaan membayar orang orang seperti APCO Worldwide dan lain lain.

Saya rasa sudah tiba lah kita berjiwa besar dan menampakkan kepada dunia kita ada jati diri yang kental. Banyak mana lah pandai nya matlaon di APCO atau berapa pandai sangatlah orang seperti Alex Furguson yang menjadi perantaraan pelanggan dengan John Defterious.

Kenapa kita harus membayar jutaan ringgit kepada mamat mamat ni hanya untuk menipu rakyat? — sakmongkol.blogspot.com

* Sakmongkol AK47 is the nom de plume of Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz. He was Pulau Manis assemblyman (2004-2008).

--
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "kl-bogel" group.
To post to this group, send email to kl-bogel@googlegroups.com
To subscribe or unsubscribe at http://groups.google.com.my/group/kl-bogel/subscribe
For more options, visit this group at http://groups.google.com/group/kl-bogel?hl=en
Sebarang email pertanyaan, hantar kepada abangmod@gmail.com

No comments:

Post a Comment