[kl-bogel] Kisah Israiliyat dalam Tafsir dan Hadis !


Harap maaf yer, posting kali ini berbentuk font yang berbeza untuk mengekalkan keaslian content asal. Mesti ramai dprd anda yang tak tau apa Israiliyat bukan?


================================================



Kali ni kita review satu buku yang cerita pasal Israiliat.
Bagi yang dah tau tentang Israiliat mungkin takde masalah nak faham.Tapi bagi yang jarang dengar tentang perkataan Israiliat mungkin tertanya-tanya apa makna Israiliat ni?
-
Orang Israel Yang Liat ke?
Liat nak tunduk?
Atau liat nak mati?
Semuanya salah.

-
Kata Israiliat adalah bentuk jamak dari kata Israiliah.Maksud Israiliah kat sini ialah cerita-cerita yang diperolehi dari sumber Bani Israil atau Bangsa Yahudi.Seperti yang kita tau,Israiliah itu dinisbahkan kepada Israil iaitu Nabi Ya'qub a.s & Nabi Ishaq bin Ibrahim.

Persoalannya,
bolehkah kita percaya bulat-bulat
cerita Israiliat ni?
-
"Dari Abu Hurairah r.a,ia berkata,
"Ahli Kitab biasanya baca Taurat dengan bahasa Ibrani lalu tafsirkannya dengan bahasa Arab kepada umat Islam.Maka Rasulullah SAW berkata,'Janganlah kalian benarkan Ahli Kitab dan jangan pula mendustakannyatapi katakanlah (firman Allah SWT),'Kami telah beriman kepada (kitab-kitab) yang diturunkan kepada kami dan yang diturunkan kepadamu.'"
-
(Al-'Ankabut:46)
-
Lepas Rasulullah SAW wafat,agama Islam & ajarannya dah sempurna.Kaum Muslimin tak lama berdiam diri,mereka segera pusatkan perhatian pada Al-Quran & Sunah baik pada pemahaman,pengajaran,pembukuan,pengulasan mahupun penafsirannya.

Belum ada peninggalan mana-mana agama pun dalam dunia ni yang dapat perhatian begitu besar dari para pengikutnya,seperti yang terjadi pada Al-Quran & Sunah.Makin lama perhatian tu makin besar & akhirnya berkembang jadi ilmu-ilmu lain,baik ilmu akidah mahupun ilmu syariah.Umat Islam dengan pandangannya yang luas takpun memerangi musuh-musuhnya.Tapi berbeza dengan musuh-musuh Islam,yang berusaha perdayakan Islam sejak zaman awal Islam lagi,sejak kali pertama Rasulullah SAW mula berdakwah lagi. Dan antara yang paling kuat menentangnya ialah orang Yahudi.

"Sesungguhnya kamu dapati orang-orang yang paling keras pemusuhannya terhadap orang-orang yang beriman,ialah orang-orang Yahudi & orang-orang musyrik..."

(al-Ma'idah:82)

Lalu,antara cara yang mereka buat ialah selitkan riwayat-riwayat bohong yang dihubungkan pula kepada tafsir & Hadith palsu.Kebohongan ni ada yang berupa periwayatan Hadith atau dengan cara menyebarluaskannya.

Mula-mula,sebahagian ulama' tak sedar perbuatan ambil riwayat Israiliat ni bahaya.Dan para ulama' ni pun tak sedar perbuatan ni sebenarnya adalahberdosa. Sementara musuh-musuh Islam melalui Ahli-ahli Kitab mereka dah buat berita bohong sepanjang zaman.

Lalu melalui mereka,timbulah cerita-cerita khurafat & bohong yang jadi mahsyur dikalangan umat Islam,kemudiannya cenderung dibenarkan & dijadikan pegangan oleh orang yang tak teliti dalam sejarah & ajaran agama.Hanya manusia yang akalnya tajam saja akan selalu berusaha bersihkan ajaran agamanya agar terhindar dari riwayat-riwayat yang salah yang dapat rosakkan fikiran & lemahkan akidah.

Insya Allah,melalui buku ni kita boleh ambik satu pedoman untuk teliti sumber-sumber tafsir dengan pandangan yang lebih benar.


Tajuk asal : Al-Israiliyat Fit-Tafsir
Wal Hadits
Penulis asal : Muhammad Husain Zahabi
Penterjemah : Drs. Didin Hafidhuddin
Penerbit : Penerbitan Pustaka Nasional
Pte Ltd Singapura
ISBN : 9971-77-249-3
Harga : $11.00


BAB 1

Bab ni akan ceritakan maksud perkataanIsrailiat,sejarah pembukuan Tafsir & Hadith sertabahaya cerita-cerita Israiliat terhadap aqidah umat Islam & kesucian ajaran Islam.

Maksud perkataan Israiliat saya dah tulis diawal cerita.Sementara sejarah pembukuan Tafsir & Hadith pulak insya Allah lain kali saya ceritakan sebab sebenarnya, saya lebih tertarik dengan pendapat penulis buku ni;

"Cerita-cerita Israiliat lebih banyak keburukan dari kebaikan.Malah ia dah jatuh pada tahap bahaya kepada aqidah umat Islam seluruhnya."

Ada 4 bahaya tentang cerita Israiliat:-

Bahaya ke-1
Akan rosakkan aqidah umat Islam sebab ada unsur penyerupaan Allah & mensifati Allah dengan sifat yang tak sesuai dengan dengan keagungan & kesempurnaan Allah.
Ia juga banyak unsur tiadanya keterpeliharaanpara Nabi & Rasul dari dosa.Ia banyak gambarkan para Nabi & Rasul dalam bentuk yang menonjol syahwatnya,suka buat perbuatan buruk & tak sesuai bagi orang yang jadi Nabi.

Contoh cerita mengarut 1:

Dalam fasal 2 kitab Sifrut-Takwin,kononnya lepas Allah selesai cipta dunia,Ia beristirehat pada hari ke-7 untuk melepaskan penat lelah.

Sedangkan al-Quran dengan jelas menyatakan;

"Dan sesungguhnya telah Kami ciptakan langit & bumi dan apa yang ada diantara keduanya dalam 6 hari (masa),dan Kami sedikit pun tidak ditimpa kelelahan"

(Qaf : 38)

Contoh cerita mengarut 2:

Dalam fasal 18 pulak,menceritakan tentang penghancuran kaum Luth & kononnya Allah serta 2 malaikat datang kepada Nabi Ibrahim dalam bentuk 3 laki-laki untuk berbicara tentang urusan Sarah & penghancuran kaum Luth.
-
Sedangkan al-Quran dengan jelas menyatakan yang datang berjumpa dengan Nabi Ibrahim adalah malaikat (yang diutus oleh Allah), bukannya Allah!


Contoh cerita mengarut 3:


Dalam bab 19 pulak,kononnya kedua-dua puteri Nabi Luth memberinya khamr,lalu Nabi Luth mabuk & menzinahi kedua-duanya kemudian mereka hamil.Anak yang dilahirkan dari puterinya yang pertama dinamakan Abdul Mawabin sementara dari puterinya yang ke-2 dinamakan Abu Amun.
-
Tak boleh kita bayangkan,seorang Nabi melakukan perzinaan pada tingkat yang paling buruk & keji.Sedangkan al-Quran dengan jelas menyatakan Nabi Luth sangat benci terhadap perbuatan kaumnya iaitu masalah perzinaan dan segala bentuknya;


"Mengapa kamu mendatangi jenis lelaki diantara manusia.Dan kamu tinggalkan isteri-isteri yang dijadikan oleh Tuhanmu untukmu, bahkan kamu adalah orang-orang yang melampaui batas"

(asy-Syu'ara : 165-166)



Contoh cerita mengarut 4:


Dalam bab 11 kitab Sifrus-Shumwail ats-Tsani,kononnya Nabi Daud pada satu pagi bangun dari tempat tidur,pastu dia berjalan atas rumah raja.Kemudian dia nampak seorang wanita sedang berdehem. Wanita tu sangat menarik hati Nabi Daud.Kemudian Nabi Daud utus seseorang untuk tanyakan keadaan wanita itu & rupa-rupanya wanita itu adalah isteri kepada Uriya.Nabi Daud tak peduli & dia tidur bersama wanita itu.Akhirnya wanita itu hamil.Kemudian Nabi Daud nak pisahkan wanita itu dari Uriya.Lalu dia tulis surat kepada raja agar Uriya dihantar ke dalam peperangan yang dahsyat & kalau dia kembali,Nabi Daud akan berada kat belakangnya untuk pukul Uriya sampai mati!
Tak mungkin Nabi Daud ataupun Nabi-nabi yang lain amat senang tergelincir pada keinginan hawa nafsu yang buruk sampai berzina dengan isteri orang & berusaha untuk membunuh orang!
Ternyata ini cerita jahat yang nak rosakkan darjat para Nabi!
.
.
Contoh cerita mengarut 5:


Dalam bab 32 kitab Sifrul-Khuruj,kononnya Nabi Harun adalah orang yang cipta anak sapi bagi Bani Israil & ajak mereka untuk menyembahnya.
Padahal al-Quran dengan jelas menyatakan Samiri yang ciptakan anak sapi itu sedangkan Nabi Harun yang cuba memperingatkan mereka agar tinggalkan perbuatan syirik itu atau kelak mereka akan dapat seksaan.
-


Bahaya ke-2
Cerita-cerita Israiliat ni bagi gambaran seolah-olah Islam tu agama yang penuh dengan khurafat,khayalan & kebohongan yang takde sumbernya.
-
Contoh cerita mengarut 1:


Diriwayatkan tentang sifat Nabi Adam,kepalanya sampai ke awan ataupun langit & sampai menyondolnya hingga botaklah kepalanya.Masa dia turun ke bumi,maka menangislah dia kerana akan tinggalkan syurga hingga air matanya bagaikan lautan & diantaranya kapal boleh belayar.

Contoh cerita mengarut 2:


Diriwayatkan kononnya Nabi Daud sujud kepada Allah selama 40 malam & menangis terus menerus sampai tumbuh rumput sebab air matanya yang mengalir.Kemudian dia melengking dengan keras & dengan itu tumbuh pula tumbuh-tumbuhan.


Contoh cerita mengarut 3:


Riwayat dari Ka'ab al-Abhar:
"Ketika Allah cipta 'Arsy, ia berkata: Allah tak akan cipta makhluk yang lebih besar daripadaKu,kemudian jadi kuatlah
'Arsy itu.
Allah kelilingkan pada 'Arsy tu 70 ekor ular.
Setiap ular ada 70,000 sayap.
Setiap sayap ada 70,000 bulu.
Setiap bulu ada 70,000 muka.
Setiap muka ada 70,000 mulut.
Setiap mulut ada 70,000 lidah.
Setiap hari, keluar dari mulutnya bacaan tasbih sebanyak titisan air hujan sebanyak hitungan pohon & daunnya, sebanyak hitungan hari-hari didunia & sebanyak hitungan malaikat seluruhnya.
Maka melingkarlah ular itu pada 'Arsy, sedangkan 'Arsy itu adalah separuh tubuh ular & ia dililitkan padanya."



Bahaya ke-3
Cerita-cerita Israiliat ni memalingkan manusia dari maksud & tujuan al-Quran,memalingkan manusia dari memikirkan ayat-ayatnya,mengambil manfaat dari nasihatnya serta membahas hukum-hukum & hikmahnya kerana manusia akan sibuk menghabiskan waktu kepada hal-hal kecil yang takde nilai & faedahnya.

Contoh perbahasan yang takde manfaatnya:-
  • Membicarakan nama & rupa anjing Ashabul Kahfi.
  • Tongkat Nabi Musa diperbuat dari pokok apa
  • Nama budak yang dibunuh oleh Nabi Khaidir
  • Saiz kapal Nabi Nuh (besar,tinggi & lebar)
  • Nama-nama binatang yang dibawa oleh kapal Nabi Nuh
dan lain-lain lagi yang terdapat dalam al-Quran tapi al-Quran tak membahasnya sebab hal itu takde faedahnya bagi kaum Muslimin.



Bahaya ke-4
Cerita-cerita Israiliat ni membuatkan manusiahilang kepercayaan kepada Ulama' Salaf,baik dari kalangan para sahabat ataupun tabi'in.
Banyak cerita-cerita Israiliat yang mungkar ni disandarkan kepada golongan Ulama' Salaf yang selama ini dianggap sebagai sumber agama ataupun penyelesai masalah-masalah agama yang penting bagi umat Islam yang akhirnya mereka dipandang keji kerana kononnya para Ulama' ini telah menipu umat Islam.

Contoh Ulama' Salaf yang terkena & menanggung beban adalah Abu Hurairah,Abdullah bin Salam, Ka'ab al-Ahbar & Wahab bin Munabih sedangkan mereka semua ni adalah orang-orang yang soleh & amat dalam ilmu Islamnya serta telah dikenal keimanan & keadilannya.


BAB 2

Dalam bab ni pulak,akan diceritakan pembahagian cerita-cerita Israiliat,hukum meriwayatkan &perawinya yang termahsyur.

Tapi saya lebih tertarik nak ceritakan tentang pembahagian cerita-cerita Israiliat.
Ia terbahagi kepada beberapa bahagian mengikut 3 pandangan.

Pandangan Pertama
Kalau dilihat dari sudut sahih ia akan terbahagi kepada 2:-
  • Cerita sahih
  • Cerita daif (termasuk daif yang maudhu')

Contoh cerita sahih:

Dikemukakan oleh Ibnu Katsir dalam Tafsirnya dari Ibn Jarir:
"Menceritakan kepada kami Mustani dari Usman bin Umar dari Fulaih dari Hilal bin Ali dari Atha bin Yasir,ia berkata: Aku telah bertemu dengan Abdullah bin Amr & berkata kepadanya:
Ceritakanlah olehmu kepadaku tentang sifat Rasul s.a.w yang diterangkan didalam kitab Taurat. Ia berkata: Ya demi Allah, sesungguhnya sifat Rasulullah didalam Taurat sama seperti yang diterangkan didalam al-Quran: "Wahai Nabi,sesungguhnya Kami mengutusmu sebagai saksi,pemberi khabar gembira,pemberi peringatan," & pemelihara orang-orang ummi.Engkau adalah hambaKu & rasulKu,namamu yang dikagumi,engkau tidak kasar & tidak pula keras.Allah tidak akan mencabut nyawanya sebelum agama Islam tegak & lurus,iaitu dengan ucapan: Tiada Tuahan yang patut disembah dengan sebenar-benarnya kecuali Allah.Dengannya pula Allah akan membuka hati yang tertutup,membuka telinga yang tuli, membuka mata yang buta. Atha berkata: Kemudian aku bertemu dengan Ka'ab,lalu aku bertanya kepadanya tentang masalah tersebut.Maka tiada perbezaan kata apapun juga,kecuali Ka'ab berkata, telah sampai kepadanya: Quluuban Ghaulufiyyah (hati yang tertutup), telinga yang tuli & mata yang buta."


Contoh cerita daif:

Ibn Abu Hatim berkata,telah berkata ayahku ia berkata:
"Aku mendapat berita dari Muhammad bin Ismail al-Makhzumi,telah menceritakan kepadaku Laitss bin Abu Sulaim,dari Mujahid,dari Ibn Abbas,ia berkata: Allah telah menciptakan dibawah ini laut yang melingkupnya,didasar laut Dia menciptakan sebuah gunung yang disebut gunung Qaf.Langit Dunia ditegakkan diatasnya.Dibawah gunung tersebut Allah ciptakan bumi seperti bumi ini,yang jumlahnya tujuh lapis.Kemudian dibawahnya Dia ciptakan laut yang melingkupnya.Dibawahnya lagi Dia ciptakan sebuah gunung lagi,
yang juga bernama Qaf.Langit jenis kedua diciptakan diatasnya.Sehingga jumlah semuanya: 7 lapis bumi,7 lautan,
7 gunung & 7 lapis langit."

Tapi Ibn Katsir berkata ini adalah atsar yang gharib yang tidak sahih lagipun sanad atsar ini terputus maka ini adalah cerita khurafat Bani Israil!


Pandangan Kedua
Kalau dilihat dari sudut samada ia sesuai dengan Syariah Islamiah,terbahagi kepada 3:-
  • Cerita yang sesuai dengan Syariat
  • Cerita yang bertentangan dengan Syariat
  • Cerita yang didiamkan (maskut 'anhu) sebab dalam syariat kita takde alasan yang menguatkannya ataupun yang menyatakan manfaatnya.


Contoh cerita yang sesuai dengan Syariat:

Diriwayatkan oleh Imam Bukhari & Muslim:
"Telah menceritakan kepada kami Yahya bin Bukhair,dari Laits,dari Khalid,dari Said bin Abu Hilal,dari Zaid bin Aslam,daari Atha bin Yasir,dari Abu Said al-Khudri,ia berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Adalah bumi itu pada hari kiamat nanti seperti segenggam roti.Allah memegangnya dengan kekuasaaanNya,sebagaimana seseorang menggenggam sebuah roti diperjalanan.Ia merupakan tempat bagi ahli syurga.Kemudian datanglah seorang laki-laki dari Yahudi dan berkata: Semoga Allah mengagungkan engkau wahai Abal Qasim,tidaklah aku ingin menceritakan kepadamu tempat ahli syurga pada hari kiamat nanti? Rasul menjawab,ya tentu.Kemudian laki-laki tadi menyatakan bahwasanya bumi ini seperti segenggam roti sebagaimana dinyatakan Nabi,kemudian Rasul melihat kepada kami semua,lalu tertawa sampai terlihat geraham giginya."


Contoh cerita yang bertentangan dengan Syariat:

Diriwayatkan oleh Ibn Jarir didalam Tafsirnya tentang kisah syaitan yang datang & duduk disinggahsana Nabi Sulaiman & kuasai singgahsana tersebut.Kemudian ia kuasai isteri-isteri Nabi Sulaiman & menggauli mereka yang sedang haid kerana mereka tak sedar bahwa yang datang itu adalah syaitan menyerupai Nabi Sulaiman.


Contoh cerita yang didiamkan (maskut 'anhu)

Diriwayatkan oleh Ibn Katsir dari Suudi:
"Seorang lelaki dari Bani Israil,ada harta yang banyak & ada seorang anak perempuan.Lelaki itu ada anak saudara lelaki yang miskin.Kemudian anak saudaranya tu melamar anak perempuannya.Tapi lamarannya ditolak lalu dia jadi marah & berkata: Demi Allah akan kubunuh pakcikku itu,akan kuambil hartanya,akan kunikahi anak perempuannya & akan kumakan diyatnya. Kemudian pemuda tadi datang kepada pakciknya,bertepatan dengan datangnya sebahagian pedagang Bani Israil.Ia berkata kepada pakciknya: Wahai pakcikku, berjalanlah bersamaku,aku akan minta pertolongan kepada pedagang Bani Israil,mudah-mudahan aku berhasil,dan jika mereka melihat engkau bersamaku pasti akan memberinya." Kemudian keluarlah pemuda itu beserta pakciknya pada suatu malam,dan ketika mereka sampai disuatu gang,maka pemuda tadi membunuh pakciknya,kemudian dia balik kepada keluarganya. Ketika datang pagi,dia seolah-olah mencari pakciknya,dan seolah-olah dia tak tau dimana pakciknya itu berada lalu berkata: Kalian membunuh pakcikku,bayarlah diyatnya.Kemudian dia menangis sambil melempar-lempar tanah diatas kepalanya & berteriak: Wahai pakcik! Lalu dia melaporkan persoalannya kepada Nabi Musa & Nabi Musa tetapkan diyat bagi para tukang dagang tersebut. Mereka berkata kepada Musa: "Wahai utusan Allah,berdoalah engkau kepada Tuhan mudah-mudahan Tuhan beri petunjuk kepada kita siapa yang buat hal ni,nanti keputusan diberikan kepada pelaku.Demi Allah,sesungguhnya membayar diyat itu bagi kami adalah sangat mudah,akan tetapi kami sangat malu dengan perbuatan tersebut.

Pandangan Ketiga

Kalau dilihat dari segi materinya,ia terbahagi kepada 3:-
  • berhubung dengan akidah
  • berhubung dengan hukum-hakam
  • berhubung dengan nasihat-nasihat atau kejadian-kejadian yang takde kaitan dengan akidah atau hukum-hakam
Contoh cerita yang berhubung dengan akidah:

Diriwayatkan oleh Imam Bukhari didalam kitab Tafsir:
"Telah menceritakan kepada kami Syaiban,dari Mansyur,dari Ibrahim,dari Ubaidah,dari Abdillah,ia berkata: Telah datang kepada Nabi seorang ulama' Yahudi & berkata: Wahai Muhammad,kami menemukan bahwasanya langit diciptakan diatas sebuah jari,bumi-bumi pada sebuah jari pula,
air & bintang pada sebuah jar & makhluk yang lainnya pada sebuah jari pula,kemudian ia berkata: Kami adalah raja.Mendengar itu semua Nabi tertawa,membenarkan ucapannya sehingga kelihatan jelas geraham giginya.
Kemudian Rasulullah SAW membaca ayat: "Dan mereka tidak mengagungkan Allah dengan pengagungan yang semestinya."


Contoh cerita yang berhubung dengan hukum:

Diriwayatkan oleh Imam Bukhari didalam kitab Tafsir:
"Telah menceritakan kepada kami Ibrahim bin Munzir,dari Abu Damrah,
dari Musa bin Uqbah,dari Nafi,dari Abdullah bin Umar,bahawasanya 2 orang lelaki & seorang wanita telah berzina.Nabi berkata: Bagaimana tindakan kamu sekelian terhadap orang yang berzina? Mereka menjawabnya: Kami mengucukan air panas kepada keduanya & memukulnya.Nabi berkata: Tidakkah
kamu sekelian menemukan hukumnya didalam Taurat? Mereka menjawab: Kami tidak menemukan apa pun didalamnya.Abdullah bin Salam berkata kepada mereka: Kalian dusta,ambillah oleh kamu sekelian kitab Taurat & bacalah, jika kamu sekelian merasa benar.Kemudian dia meletakkan tapak tangannya pada Taurat yang mempelajarinya pada ayat tentang rejam.Kemudian ia berhasil membaca apa yang berada dibawah tapak tangannya & tidak membaca ayat rejam.Kemudian dia mengangkat tangannya dari ayat trsebut & berkata:
Ayat apakah ini? Ketika mereka melihat,mereka berkata bahawa ayat tersebut adalah ayat tentang rejam.Kemudian Rasulullah SAW memerintahkan keduanya untuk direjam pada tempat dimana mereka akan dikuburkan.
Abdullah bin Umar berkata: Aku melihat mereka berdua menyeringai kerana merasa ngeri terhadap lemparan batu."


Contoh cerita yang berhubung dengan nasihat-nasihat atau kejadian-kejadian yang takde kaitan dengan aqidah atau hukum:

Diriwayatkan oleh Imam Ibn Katsir:
"Muhammad bin Ishak telah menerangkan bahwa didalam kitab Taurat,Allah telah menyuruh Nabi Nuh untuk membuat kapal dari kayu jati.Kapal itu panjangnya 80 sikut,lebarnya 50 sikut,luar & dalamnya dipenuhi dengan kaca & dilengkapi dengan alat yang tajam yang dapat membelah air."


Demikianlah,klasifikasi cerita-cerita Israiliat daripada sudut yang berbeza-beza,tetapi dengan jelas semua bahagian tu saling mengisi & melengkapi antara satu sama lain walaupun ianya dibahagi menjadi 3 bahagian iaitu
Maqbul(diterima),
Mardud(ditolak) atau
ragu-ragu(antara diterima & ditolak).

BAB 3
Dan dalam bab yang terakhir ni,akan didedahkancerita-cerita Israiliat dalam kitab Tafsir & Hadith,alasan/dalil sebahagian ulama' terhadap para mufassir yang masukkan cerita-cerita Israilliat dalam Tafsir mereka,serta dalil-dalil yang tak diterima.

Tapi,maafkan saya.
Saya tak dapat nak tulis semuanya sebab nanti panjang sangat.Terpaksalah saudara semua gali sendiri dari buku ni ya.Lagipun saya rasa, beberapa petikan dari tafsir hadith yang saya kemukakan diawal cerita tadi dah buatkan saudara mula 'penat' & bosan nak baca lagi.Jadi saya fikir,sampai disini saja pertemuan kita untuk kali ni.

Mudah-mudahan,kita sentiasa jadi umat Islam yang akalnya tajam dan selalu berusaha bersihkan ajaran agamanya agar terhindar dari riwayat-riwayat yang salah yang dapat rosakkan fikiran & lemahkan akidah.
Insya Allah.

--
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "kl-bogel" group.
To post to this group, send email to kl-bogel@googlegroups.com
To subscribe or unsubscribe at http://groups.google.com.my/group/kl-bogel/subscribe
For more options, visit this group at http://groups.google.com/group/kl-bogel?hl=en
Sebarang email pertanyaan, hantar kepada abangmod@gmail.com

Comments

Popular posts from this blog

[kl-bogel] Huzaida..

[kl-bogel] Sasha Isteri Teman

[kl-bogel] Cikgu Zana