[kl-bogel] Kajian Buktikan Ramai Lelaki Tak Pandai Beli-Belah/ Shopping


Lelaki bergantung kepada isteri atau pasangan untuk membeli separuh daripada pakaian masing-masing, manakala mereka hanya membeli 30 peratus pakaian sendiri.


Kajian oleh jenama fesyen Joe Browns menyatakan, wanita menghabiskan purata dua jam setiap bulan atau 24 jam setahun bersamaan dengan 40 hari sepanjang hayat mereka membeli pakaian untuk suami dan kekasih.

Sebagai perbandingan, lelaki menghabiskan yang jauh lebih sedikit untuk membeli pakaian iaitu kira-kira 50 minit sebulan atau 16.6 hari sepanjang hayat mereka.


Tinjauan membabitkan 1,984 orang dewasa berusia 18 hingga 50 tahun mendedahkan bahawa baki peratus dipenuhi dengan hadiah daripada rakan dan keluarga.

Bagaimanapun, lelaki didapati mempunyai kecenderungan dua kali ganda untuk membeli sehelai pakaian 'must buy' berbanding wanita.


"Amat jelas bahawa wanita di Britain mementingkan gaya tetapi menghabiskan banyak masa untuk membentuk penampilan pasangan atau teman lelaki mereka," kata jurucakap Joe Browns, Simon Brown.

sumber: dailymail.co.uk

--
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "kl-bogel" group.
To post to this group, send email to kl-bogel@googlegroups.com
To subscribe or unsubscribe at http://groups.google.com.my/group/kl-bogel/subscribe
For more options, visit this group at http://groups.google.com/group/kl-bogel?hl=en
Sebarang email pertanyaan, hantar kepada abangmod@gmail.com

Comments

Popular posts from this blog

[kl-bogel] Huzaida..

[kl-bogel] Sasha Isteri Teman

[kl-bogel] Cikgu Zana