[kl-bogel] Jamal Abdillah Juara Bintang RTM 1979

http://bluesriders.blogspot.com/2011/06/jamal-abdillah-juara-bintang-rtm-1979.html


Pertandingan Akhir Bintang RTM pada malam 8 Januari 1980 telah disiarkan secara terus menerus dalam warna ke seluruh negara. Jamal Abdillah, bekas penyanyi Kugiran T. Road Band, telah berjaya menyandang gelaran Johan Bintang RTM '79 dalam bahagian solo mengalahkan enam penyanyi lain.


Johan Bintang RTM '79, Jamal Abdillah menerima hadiahnya daripada Menteri Penerangan, Dato' Mohamed Rahmat.

Jamal yang baru berumur 20 tahun pada waktu itu berazam untuk menjadikan lapangan nyanyian sebagai satu profesion dan berharap untuk menjadi penghibur popular pada suatu hari kelak. Setakat ini Jamal telah menerima beberapa tawaran daripada syarikat piring hitam tetapi belum lagi membuat sebarang keputusan. Walau bagaimanapun, beliau membayangkan ingin mendapat bimbingan daripada komposer Ahmad Nawab untuk mencapai cita-citanya.


Jamal Abdillah (Johan bahagian solo).

Mengenai wang kemenangannya sebanyak $2,000, beliau mengatakan ia akan membuat sedikit kenduri kesyukuran dan bakinya akan digunakan untuk pakaian bagi melengkapkan diri menyanyi di pentas dan sebagainya.


Lanny Lim Mui Lan (Naib Johan bahagian Solo).

Sementara itu pemenang tempat kedua, Lanny Lim Mui Lan, seorang pendidik yang menjadi Naib Johan (kalah hanya dengan satu mata sahaja) menyatakan yang dia akan terus mencuba lagi bakatnya di bidang seni suara sehingga dia betul-betul berjaya. Walaupun bidang seni suara menjadi minatnya, namun tugasnya sebagai seorang guru masih lagi menjadi keutamaan baginya dan"nyanyian jatuh tempat kedua", kata Lenny.


Flora Santos (Tempat ketiga bahagian Solo).

Flora Santos, 17 tahun, penyanyi daripada Sabah agak berpuas hati mendapat tempat ketiga. Flora mula mengasah bakatnya semasa berada dengan Kumpulan D'TUAREAN dan ekoran daripada itu, Flora terus bergiat sehingga berjaya mewakili negeri Sabah pada tahun tersebut. Beliau akan terus mencuba lagi sehingga berjaya menjadi johan.

Bagi bahagian solo, Johan menerima $2,000, Naib Johan $1,500 dan tempat ketiga $1,000. Tiga hadiah sagu hati sebanyak $400 telah diterima oleh Mohd Najib Abd Hanif (Najib Hanif), Pinny Mohd Radzi dan M. Dzulkarnean.


Kumpulan OFYZA (Johan bahagian Padu Suara).

Kumpulan OFYZA dengan ahli-ahlinya seramai 5 orang iaitu Omar Bakar (ketua), Faridah Bee Kader Mydin, Yahya Ismail, Zulkifli Muhammad dan Azizah Atan kesemuanya daripada Pulau Pinang melahirkan perasaan gembira mereka kerana tidak menyangka langsung akan muncul sebagai juara bagi bahagian padu suara.

Kumpulan ini berazam menggiatkan lagi usaha mereka di bidang seni suara dengan menyertai pertunjukan pentas dan kutipan amal yang mungkin diadakan jika mereka diundang. Wang yang mereka menangi sebanyak $2,500 akan mereka belanjakan untuk keluarga dan rakan-rakan di Pulau Pinang.


Kumpulan K.S '5' (Naib Johan bahagian Padu Suara).

Kumpulan K.S '5' dari Sarawak juga tidak menyangka yang mereka boleh mencapai kejayaan sebegitu rupa. Ketua kumpulan, Mohd Zain Rasit, memberitahu bahawa mereka ingin meninggikan lagi mutu persembahan mereka dan terus berkecimpung dalam alam muzik tanah air di masa akan datang. Kumpulan ini yang mendapat tempat kedua menerima wang tunai sebanyak $2,000.


Kumpulan Sea Legs Department (Tempat Ketiga bahagian Padu Suara).

Tempat ketiga jatuh kepada Kumpulan Sea Legs Department daripada Sabah. Nama yang sungguh ganjil ini adalah ilham daripada sejenis pil perjalanan (Sea Legs) dan persetujuan untuk menggunakan nama ini diambil oleh tiga orang anggota kumpulan ini iaitu Leonard Lejaim Ijim, Ledy Wong dan Philip Kating yang bertugas di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu. Walaupaun agak kecewa kerana hanya mendapat tempat ketiga, mereka berazam akan mencuba lagi pada tahun berikutnya. Kumpulan ini menerima hadiah wang tunai sebanyak $1,000.

Kumpulan MARS daripada Pahang mendapat hadiah sagu hati sebanyak $500. Mengikut salah seorang daripada kumpulan itu, jika mereka masih lagi bertugas di tempat yang sama iaitu di Kuantan, mereka akan mencuba nasib mereka sekali lagi pada tahun berikutnya.

Lima anggota jemaah hakim terdiri daripada Ahmad Nawab, Frankie Cheah, Puan Beh, Rahman Rahmat dan Ooi Eow Jin berpendapat mutu bagi pertandingan tahun ini adalah yang terbaik jika dibandingkan dengan tahun-tahun sebelumnya.Showmanship yang baik dan harmony yang begitu teratur menunjukkan bahawa para peserta pada tahun itu membuat persiapan dan latihan yang gigih untuk pertandingan akhir ini.


Sumber: Sinar Zaman, Jilid VIII, Bil. 87, 1980.

*Simbol '$' menunjukkan nilai mata wang pada ketika itu.

--
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "kl-bogel" group.
To post to this group, send email to kl-bogel@googlegroups.com
To subscribe or unsubscribe at http://groups.google.com.my/group/kl-bogel/subscribe
For more options, visit this group at http://groups.google.com/group/kl-bogel?hl=en
Sebarang email pertanyaan, hantar kepada abangmod@gmail.com

Comments

Popular posts from this blog

[kl-bogel] Huzaida..

[kl-bogel] Sasha Isteri Teman

[kl-bogel] Cikgu Zana