[kl-bogel] Himpunan Bersih: Dr Asri minta Putrajaya tubuh panel khas siasatan

Oleh G Manimaran, Syed Mu'az Syed Putra dan Zulaika Zulkifli

KUALA LUMPUR, 22 Julai – Sementara polemik mengenai Himpunan Bersih 2.0 berterusan, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul mencadangkan agar Putrajaya menubuhkan satu badan khas bagi menyiasat kebenaran mengenai dakwaan kekerasan melibatkan pihak berkuasa.

Kata bekas mufti Perlis ini (gambar), selepas pendedahan rakaman video yang didedahkan polis semalam ia telah menjawab pelbagai persoalan yang ditimbulkan mengenai kekerasan yang digunakan pihak keselamatan semasa menghuraikan perhimpunan yang turut disertai pemimpin dan aktivis Pakatan Rakyat.

Asri yang dilihat sebagai pemerhati politik negara berkata demikian sehari selepas polis mengumumkan hasil siasatan melibatkan enam jawatankuasa mereka semalam.

Pagi tadi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang pulang dari luar negara mendakwa perhimpunan 9 Julai lalu bertujuan menggulingkan kerajaan pimpinannya.

Petang tadi, Suhakam mengumumkan terma rujukan mengenai usaha mereka mahu mengadakan siasatan awam mengenai kekerasan pihak berkuasa sebelum dan selepas perhimpunan 9 Julai.

Namun kata Asri, rakaman yang diperoleh oleh peserta dan media menunjukkan sebaliknya tentang apa yang berlaku berbeza dengan apa yang didedahkan polis.

"Saya rasa kita perlu hentikan cerita apa yang berlaku semasa Himpunan Bersih 2.0 dan saya cadangkan kerajaan tubuhkan badan analisis yang akan menganalisis secara jujur tentang peristiwa yang berlaku.

"Hasil dari analisis itu kerajaan perlu membuat penilaian semua tindakan mereka terhadap Himpunan Bersih 2.0 dan pertimbangkan cadangan yang diberikan oleh badan itu agar kerajaan dapat mengawal imej mereka," katanya pada sidang media selepas Forum Kepimpinan Wanita Dari Perspektif Islam di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis) di Bangi, hari ini.

Jelas beliau, hasil daripada analisis itu juga turut boleh diguna pakai oleh Putraya sebagai panduan selain untuk tujuan penambahbaikan sistem yang sedia ada.

Ketika dihubungi the Malaysian Insider kemudian, Asri berkata badan itu perlu membuat analisis secara jujur demi kepentingan sama ada yang memihak kepada kerajaan ataupun pihak lain.

"Sekarang ada maklumat kata pihak kerajaan yang betul, malah ada maklumat kata penganjur dan pembangkang... kita kena ada jalan penyelesaian," katanya yang yakin bahawa hasil siasatan panel bebas ini akan membantu menaikkan imej kerajaan bahawa ia terbuka dan bersedia mendengar pandangan ramai.

Asri juga mahu kerajaan bersikap terbuka dengan menyediakan ruang dalam media sama ada di saluran televisyen kendalian RTM ataupun memberikan lesen siaran kepada pembangkang.

"Di Bahrain, kerajaan mendakwa pembangkang pergi kepada media luar sebab tiada ruang di media dalam negara... jika kita tidak menyediakan ruang kepada pihak lain termasuk pembangkang, mereka pasti akan mencari media alternatif," jelas beliau.

Semalam polis telah menayangkan rakaman video berhubung Himpunan Bersih 2.0 di ibu negara sambil menegaskan tiada kekerasan dilakukan ke atas peserta perhimpunan kecuali mengakui insiden Hospital Tung Shin.

Hasil siasatan mengenai insiden hospital itu dijangka siap minggu depan.

Asri menambah, ekoran daripada perhimpunan anjuran Bersih 2.0 imej negara di mata dunia telah terjejas.

Justeru kata beliau, badan khas itu perlu bersikap adil dan jujur dalam memberikan cadangan kepada kerajaan.

"Jawatankuasa badan ini boleh terdiri daripada pakar atau pemerhati politik yang tidak menyebelahi mana-mana parti.

"Mereka perlu mengkritik tanpa berpihak pada mana-mana parti dan cadangan yang diberikan adalah untuk kepentingan kerajaan. Mereka perlu ambil orang seperti ini untuk kebaikan negara," tegasnya.

Jelas Asri lagi, jawatankuasa Bersih 2.0 boleh terus meminta agar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melaksanan tuntutan yang dikemukakan namun mesti mengikut prosedur yang betul.

"Tuntutan dari gabungan Bersih 2.0 perlu dibuat secara matang. Saya harap pihak kerajaan dan SPR tidak menutup pintu rundingan.

"Saya harap kerajaan ambil ikhtibar dari negara teluk. Media sepatutnya diberi ruang untuk membincangkan isu seperti ini," katanya sambil menambah lapan tuntutan Bersih 2.0 itu mesti dibincangkan secara matang.

Selain itu kata beliau, bagi menyelesaikan isu-isu yang berbangkit media perlu menganjurkan forum atau perbincangan secara langsung agar rakyat boleh membuat penilaian dengan adil.

"Jika mereka menyiarkan sebuah forum antara gabungan Bersih 2.0 bersama pihak SPR dan berbincang, rakyat boleh tengok dan nilai secara matang.

Ini juga boleh mengelakkan demonstrasi. Media perlu diberi ruang. Kerajaan juga perlu mulakannya sekarang kerana kini kita sedang berada di era baru. Jadi kerajaan perlu mulakan dengan cara yang lain. Kita perlu buka ruang antara Bersih dan SPR," katanya.

Mengulas lanjut mengenai tayangan video oleh polis, Asri berkata, kedua-dua pihak baik polis dan Bersih 2.0 mempunyai kesilapan mereka sendiri.

Beliau berkata, jika kebenaran untuk berhimpun di dalam stadium diberikan dan polis mengawalnya dengan baik, imej polis tidak akan terjejas di peringkat antarabangsa.

"Kita telah mengawal perhimpunan ini secara emosi. Kita perlu belajar sesuatu daripada peristiwa ini. Majoriti ahli sarjana berpendapat pengendalian isu ini tidak akan memuaskan imej kerajaan. Jika mahu kendalikannya, kendali secara profesional," katanya.

--
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "kl-bogel" group.
To post to this group, send email to kl-bogel@googlegroups.com
To subscribe or unsubscribe at http://groups.google.com.my/group/kl-bogel/subscribe
For more options, visit this group at http://groups.google.com/group/kl-bogel?hl=en
Sebarang email pertanyaan, hantar kepada abangmod@gmail.com

Comments

Popular posts from this blog

[kl-bogel] Huzaida..

[kl-bogel] Sasha Isteri Teman

[kl-bogel] Cikgu Zana