[kl-bogel] Buku Ghulam Jie M Khan - Raja Melayu, Kerabat dan Pembesar

Salam semua. Sape pernah baca buku pasal Raja2 Melayu karya Ghulam Jie M Khan?





Ini sedikit info yang saya ambil. Saya sendri pun belum beli buku ini..hehe

WANITA INGGERIS PERTAMA MENJADI PERMAISURI JOHOR

Nama asalnya Helen Bartholomew, berasal dari England dan dilahirkan pada 21 Disember 1889. Beliau telah memeluk islam setelah berkahwin dengan Sultan Ibrahim di Johor Bahru dalam tahun 1930 dan menukar nama beliau kepada Helen Binti Abdullah.

Pada 18 November 1931, Beliau secara rasminya telah ditabalkan sebagai Permaisuri Johor dengan memakai gelaran Sultanah Helen. Sultanah Helen merupakan Permaisuri ketiga kepada Sultan Ibrahim dan menjadi wanita barat pertama yang ditabalkan sebagai Sultanah.

Sebelum itu pada tahun 1870, Sultan Abu Bakar (Ayahanda Sultan Ibrahim) telah berkahwin dengan seorang wanita inggeris yang berasal dari london bernama Cecilia Lange. Setelah memeluk islam nama beliau telah
bertukar kepada Zabedah binti Abdullah. Bagaimanapun beliau tidak ditabalkan menjadi permaisuri sebaliknya hanya diberi gelaran Cik Besar Zabedah sahaja.

Perkahwinan Sultanah Helen dengan Sultan Ibrahim tidak dikurniakan Zuriat. Perkahwinan itu juga tidak kekal lama. Sultanah Helen meninggal di England sewaktu berusia 88 tahun pada 13 Ogos 1997. Al-fatihah…

(Sumber : Fakta Raja Melayu , Kerabat Pembesar oleh Ghulam Jie M Khan)


SULTAN IBRAHIM ARAH DATO'ONN TINGGALKAN JOHOR


Dato' Onn bin Jaafar bukan orang lain kepada Sultan Ibrahim, selain adik ipar (Kakak beliau, Cik Dara berkahwin dengan Sultan Ibrahim.

Bagaimanapun kerana beberapa tindak tanduk Dato' Onn membantah Lady Marceilla dijadikan permaisuri Johor dan mengkritik Sultan Ibrahim di akhbar Sunday Mirror telah menimbulkan kemurkaan Sultan Ibrahim, Dato' Onn telah dibuang negeri ke Singapura pada tahun 1927 dan hidup dalam buangan selama 10 tahun.
Bagaimanapun pada tahun 1937 Dato' Onn telah dipanggil balik oleh Sultan Ibrahim dan diberi pengampunan. Dato' Onn kemudiannya telah diberi jawatan penting di istana Johor.

(Sumber : Fakta Raja Melayu – Kerabat  Pembesar oleh Ghulam Jie M Khan)

--
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "kl-bogel" group.
To post to this group, send email to kl-bogel@googlegroups.com
To subscribe or unsubscribe at http://groups.google.com.my/group/kl-bogel/subscribe
For more options, visit this group at http://groups.google.com/group/kl-bogel?hl=en
Sebarang email pertanyaan, hantar kepada abangmod@gmail.com

Comments

Popular posts from this blog

[kl-bogel] Huzaida..

[kl-bogel] Sasha Isteri Teman

[kl-bogel] Cikgu Zana