[kl-bogel] Beruk-Beruk Yang Terlepas...

Inilah "baju rasmi" ciptaan cipan Zoo Negara khas untuk "rakan-rakannya"
yang terlepas menyalak depan pejabat yang dah takde orang
cuma pengawal saja yang tengok kebangangan mereka kah kah kah...

 

Angkatan Muda KEADILAN mengambil langkah berjaga-jaga kerana bimbang sesuatu yang tidak diingini berlaku terhadap bangunan Ibu Pejabat KEADILAN di Tropicana di sini.

Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Lee Khai Loon berkata, ia berikutan ancaman Pemuda Umno dan Patriot sebelum ini yang membuat kacau dan mengugut untuk ‘melenyapkan’ bangunan berkenaan.

Terbaru, dalam kejadian tengahari tadi hampir mencetuskan pergaduhan antara Pemuda Umno dan anggota AMK.

Ia bermula apabila kira-kira 30 Pemuda Umno dan KIMMA, yang diketuai Exco Pemuda Umno Lokman Noor Adam dan Ketua Penerangannya, Datuk Seri Reezal Marican Naina Marican membuat laporan polis berhampiran pejabat tersebut.

Lokman membuat laporan terhadap Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution yang didakwanya telah memfitnahnya mahu membakar ibu pejabat parti itu,ketika konvoi bermotorsikal pemuda Umno-patriot di bangunan itu pada 27 Jun lalu.

Saifuddin mengakui memiliki rakaman ucapan Lokman.

Menurut Khai Loon, berlaku provokasi kumpulan berkenaan terhadap mereka, hingga menyebabkan berlaku tolak menolak.

Namun katanya ia berjaya dikawal kira-kira 50 anggota AMK.

“Hanya berlaku sedikit tolak-menolak namun AMK tidak ‘makan’ provokasi yang dilemparkan oleh mereka,” kata Khai Loon.

Justeru itu, AMK langkah berjaga-jaga bagi mengawasi ibu pejabat KEADILAN, selepas kejadian konvoi bermotorsikal dan kereta Pemuda Umno yang membuat kacau di situ.

“AMK akan mengambil langkah yang sentiasa berjaga-jaga dan menghubungi ibu pejabat KEADILAN dan akan turun serta-merta jika berlaku kekacauan lagi,” katanya

Pada 27 Jun lalu, kira-kira 300 Pemuda Umno berhimpun depan ibu pejabat dan dikatakan melempar ugutan untuk membakar bangunan itu jika pimpinan KEADILAN meneruskan Himpunan Bersih, 9 Julai ini.

 

Comments

Popular posts from this blog

[kl-bogel] Huzaida..

[kl-bogel] Sasha Isteri Teman

[kl-bogel] Cikgu Zana