Sunday, July 3, 2011

[kl-bogel] Anwar: Tahanan EO hina demokrasi, parlimen


Kongsi 
Penahanan ahli parlimen Sungai Siput, Dr Michael Jeyakumar Devaraj bersama lima yang lain di bawah Seksyen 3(1) dan Seksyen 4(1) Ordinan Darurat dianggap suatu penghinaan terhadap amalan demokrasi dan institusi parlimen, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri anwar Ibrahim.

NONEDalam satu kenyataan media, Anwar berkata Dr Jeyakumar selaku ahli parlimen yang dipilih berhak menyuarakan hasrat rakyat yang mahukan pilihanraya yang bersih dan adil.

"Beberapa hari ini pihak pemerintah cuba memintal fitnah dengan mengaitkan tuntutan pilhan raya yang bersih dan adil dengan gerakan subversif. S

"Sedangkan sudah beberapa kali Sekretariat BERSIH menegaskan perhimpunan yang bakal diadakan pada 9 Julai ini merupakan perhimpunan aman. Malah Sekretariat BERSIH sedaya upaya berbincang dengan pemerintah agar tuntutan berkaitan pilihan raya dapat dilaksanakan.

"Akan tetapi gesaan dan tuntutan itu ditolak dengan penuh keangkuhan. Sewajarnya pemerintah tidak perlu gentar dengan tuntutan yang berharap membawa kebaikan buat rakyat dan negara Malaysia," kata Anwar.

psm released in penang bersih 1Sehubungan itu, Anwar yang juha ketua umum PKR, menggesa kerajaan membebaskan semua yang ditahan itu dengan segera.

"Saya juga menuntut pemerintah menghormati dan mematuhi prinsip Kedaulatan Undang-Undang serta Perlembagaan sepertimana yang termaktub dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Bawa ke Bukit Aman

Semalam, selain ahli parlimen Sungai Siput, turut ditahan adalah lima anggota PSM - M Saraswathy, Choo Chon Kai, M Sukumaran, A Letchumanan dan Sarat Babu.

Keenam-enam mereka ditangkap semula mengikut Ordinan Darurat (EO) sebaik dibebaskan pada jam 2 petang semalam dan di bawa ke ibu pejabat polis di Bukit Aman di Kuala Lumpur pada lewat petang.

psm jeyakumar and 5 others arrest under emergency ordinance 020711 3Ordinan Darurat hampir sama dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri yang membenarkan polis menahan seseorang suspek sehingga 60 hari.

Keenam-enam mereka adalah sebahagian daripada 30 orang yang ditangkap di plaza tol Sungai Dua pada 25 Julai lalu ketika menaiki bas menuju ke Pulau Pinang bagi menyertai siri kempen "Udah La Tu Bersaralah".

Kempen dilancarkan pada 24 Jun, menjelang perhimpunan BERSIH 2.0 bagi menuntut pembaharuan sistem pilihan raya.

NONEPolis mendakwa berdasarkan beberapa barangan yang dirampas daripada aktivis berkenaan menunjukkan mereka mempunyai kaitan dengan fahaman parti Komunis Malaya (PKM).

Mereka disiasat di bawah Seksyen 122 Kanun Keseksaan atas tuduhan melancarkan peperangan ke atas Yang di-Pertuan Agong.

--
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "kl-bogel" group.
To post to this group, send email to kl-bogel@googlegroups.com
To subscribe or unsubscribe at http://groups.google.com.my/group/kl-bogel/subscribe
For more options, visit this group at http://groups.google.com/group/kl-bogel?hl=en
Sebarang email pertanyaan, hantar kepada abangmod@gmail.com

No comments:

Post a Comment