Wednesday, June 15, 2011

RE: [kl-bogel] Mat Gedebe Mula Ketar Lutut

Hahahahaha…. Nanti kalau toilet bergerak @ serban member ko tu terbang/pecah sbb kena pancut air @ ditembak polis/FRU, ko jgn salahkan aku plak…

Huhuhuhu….

 


From: kl-bogel@googlegroups.com [mailto:kl-bogel@googlegroups.com] On Behalf Of Amin
Sent: Thursday, 16 June 2011 9:35 AM
To: kl-bogel@googlegroups.com
Subject: Re: [kl-bogel] Mat Gedebe Mula Ketar Lutut

 

Time Bersih buat perhimpunan aku nak sediakan tandas bergerak sekali masuk RM 1.00  Untung wooo..hidup himpunan Bersih..kayoooo...pakcik kayooo...sapa nak tender jual nasi lemak lak???/ err jual serban logo pas member aku dah tender aaaa. makhtar jangan kacau....heheheh..

2011/6/15 Makhtar, Mahadir: Mr. <mahadir.makhtar@epcos.com>

 


Kah kah kah...

Kah kah kah...

Mat Gedebe bagi "last warning" kah kah kah...

36 NGOk bawah ketiak Perk@sa ada 100 lebih ahli nak lawan 100,000 geng BERSIH kah kah kah...

Ini baru betul "Mujahid Meloya" kah kah kah...

Kah kah kah...


Sambil mendakwa mempunyai sokongan 36 pertubuhan bukan kerajaan, Perkasa mengajak penganjur Himpunan Bersih 2.0 melihat sendiri siapa yang dapat menghimpunkan sokongan terbanyak pada 9 Julai ini.

Himpunan Bersih 2.0 menyasarkan penyertaan 300,000 peserta di ibu negara awal bulan depan untuk menuntut pilihan raya yang bebas dan adil.

Pertubuhan pembela Melayu itu berkata, pihaknya tiada pilihan kecuali untuk turun di jalan bagi berhadapan dengan Bersih 2.0 kerana “jika kita tidak lakukan, maka dunia akan menganggap bahawa mereka (Bersih 2.0) ada sokongan semua rakyat Malaysia.”

“Tunggu sehingga 9 Julai, kita akan lihat siapa ada sokongan terbanyak,” kata Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali (gambar) selepas perbincangan meja bulat dengan wakil pelbagai pertubuhan bukan kerajaan malam tadi.

Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas ini berkata, mereka bukannya mahu mencetuskan huru-hara sebagaimana didakwa oleh pengkritik tetapi mahu menunjukkan pihaknya juga rakyat negara ini.

“Bersih ada agenda politik tersembunyi untuk mencetuskan huru-hara.

Tiada justifikasi untuk mengerahkan ratusan ribu hanya untuk menuntut pilihan raya bebas dan adil apabila Suruhanjaya Pilihan Raya sudah menjawab semua perkara,” katanya lagi.

“Pendirian kami mudah... mereka berarak, kami berarak.

Mereka batal, kami batal.

“Kami tidak mahu mereka mengatakan bahawa mereka melakukan ini atas nama rakyat.

Kami juga rakyat,” katanya lagi.

Himpunan Bersih juga pernah diadakan akhir 2007 beberapa bulan menjelang pilihan raya umum ke-12, yang menyaksikan pembangkang menguasai beberapa negeri dan menafikan majoriti dua pertiga di Parlimen.

Perkasa juga mengumumkan bahawa pihaknya akan melancarkan Gerakan Anti-Bersih pada 19 Jun ini.

Juga hadir pada pertemuan meja bulat malam tadi ialah bekas pemimin PKR Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim dan Datuk Zulkifli Noordin yang kini bertindak sebagai wakil rakyat Bebas.

Ibrahim juga berkata, beliau berasa curiga dengan penganjur Bersih 2.0 memilih 9 Julai untuk mengadakan perhimpunan mereka.

“Mengapa penganjur hanya memilih 9 Julai?

Mengapa mereka tidak memilih 30 Julai atau hujung-hujung bulan Julai,” katanya.

Beliau juga difahamkan tanggal 14 Julai adalah hari kes liwat Anwar yang telah diarah membela diri.

“Adakah disebabkan ini, tarikh 9 Julai dipilih?

Mengapa bukan diadakan selepas kes Anwar bela diri?

“Saya curiga dan khuatir sekiranya perhimpunan ini sememangnya bertujuan memberi kesan dalam kes Anwar membela diri nanti,” ujarnya.

Pagi semalam, Ibrahim ketika ditemui wartawan di bangunan Parlimen memberitahu, pihaknya akan melawan habis-habisan menentang Himpunan Bersih 2.0.

Bagaimanapun, Pengerusi Jawatankuasa Mobilisasi PAS, Mohamad Sabu menegaskan, pihaknya tidak akan berganjak untuk bersama Bersih 2.0 bagi mengadakan himpunan besar-besaran itu.

Pengerusi Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan juga tidak gentar tindakan Perkasa mahu menghalang usaha mereka.

Pada sidang media malam tadi, Ibrahim turut mempersoalkan Ambiga sebagai pengerusi perhimpunan Bersih 2.0 sambil mendakwa beliau sebagai tiada kepentingan dalam politik dan tiada hak mengadakan tindakan sedemikian.

“Lagipun, Ambiga bukannya calon bertanding dalam pilihan raya umum,” tambah Ibrahim dengan mendakwa Ambiga seorang anti-Islam.

“Saya tidak faham mengapa PAS itu boleh berada di bawah kuasa Ambiga semata-mata mahu menuntut pilihan raya umum yang bersih.

“Tidakkah ini mendatangkan keraguan?” katanya.

 

--
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "kl-bogel" group.
To post to this group, send email to kl-bogel@googlegroups.com
To subscribe or unsubscribe at http://groups.google.com.my/group/kl-bogel/subscribe
For more options, visit this group at http://groups.google.com/group/kl-bogel?hl=en
Sebarang email pertanyaan, hantar kepada abangmod@gmail.com

 

--
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "kl-bogel" group.
To post to this group, send email to kl-bogel@googlegroups.com
To subscribe or unsubscribe at http://groups.google.com.my/group/kl-bogel/subscribe
For more options, visit this group at http://groups.google.com/group/kl-bogel?hl=en
Sebarang email pertanyaan, hantar kepada abangmod@gmail.com

No comments:

Post a Comment