Wednesday, June 15, 2011

RE: [kl-bogel] Bogel Tahanan Dibolehkan?? Kenapa Tak Jawab??

Mcm tu jer jawapan dia?

Huhuhu.... stendet geng songkok tinggi lar....

 


From: kl-bogel@googlegroups.com [mailto:kl-bogel@googlegroups.com] On Behalf Of Amin
Sent: Wednesday, 15 June 2011 8:06 PM
To: kl-bogel@googlegroups.com
Subject: Re: [kl-bogel] Bogel Tahanan Dibolehkan?? Kenapa Tak Jawab??

 

Cuba kau orang fikir yang komplen mesti Cina DAP yang kena komplen mesti kakitangan melayu..bila kerajaan minta bangsa cina DAP join kakitangan penguatkuasa mereka tak mahu...cuba kau orang fikir agak-agaknya lah kenapa CINA DAP komunis ni tak mahu join... tapi mengaku Rakyat Malaysia...Penat Cina MCA,MIC dan lain-lain rakyat Malaysia pupuk perpaduan..Cam Lim Kit siang dari tahun 1969 sampai sekarang tak mahu lepaskan jawatan dalam politik...Diupahnya balaci macam datin dan Mokhtar...merosakkan perpaduan Rakyat Malaysia... 

2011/6/15 Makhtar, Mahadir: Mr. <mahadir.makhtar@epcos.com>

 

 

Penahanan dua wanita rakyat Singapura ketika cuba memasuki negara ini oleh pegawai Imigresen bertugas di kaunter pemeriksaan keluar, bangunan Sultan Iskandar Johor Bahru, Johor pada 9 Jun lalu adalah sah.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Alias Ahmad berkata penahanan itu dibuat di bawah Akta Imigresen 1959/63 kerana disyaki melakukan kesalahan mengikut Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/63 iaitu tidak memiliki sebarang pas untuk masuk ke Malaysia.

"Kedua-dua mereka telah ditahan oleh pegawai Imigresen yang bertugas di kaunter pemeriksaan keluar kerana didapati tidak memiliki sebarang pas atau cop masuk ke Malaysia yang sah," katanya dalam kenyataan kepada Bernama.

Beliau mengulas laporan Malaysiakini semalam yang memetik akhbar harian Singapura, Lianhe ZaoBao yang melaporkan bahawa kedua-dua wanita berkenaan dibogelkan dan diarahkan melakukan ketuk ketampi sebanyak sepuluh kali selepas ditahan.

Tindakan seumpama itu pernah diisytiharkan sebagai “tidak berperikemanusiaan dan menghina” serta diarahkan dihentikan serta-merta oleh Suruhanjaya Diraja yang menyiasat Peraturan Prosedur Operasi Standard (IGSO) berhubung laporan mengenai pemeriksaan badan, ketika ditangkap dan dalam tahanan pada 2006.

Suruhanjaya lima anggota yang diketuai bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohamad Dzaiddin Abdullah itu berkata amalan tersebut juga haram di sisi Syariah dan mencabul hak asasi manusia.

Alias berkata di bawah akta berkenaan, individu yang disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Menurutnya lagi, semasa ketibaan mereka di depot tahanan sementara imigresen Pekan Nenas, Johor, kedua-duanya perlu melalui prosedur kemasukan tahanan baru.

Katanya, ini termasuklah pemeriksaan badan yang menyeluruh terhadap tahanan baru bagi memastikan tiada barang larangan yang disorok dibawa masuk ke dalam tempat tahanan.

"Pemeriksaan terhadap kedua-dua mereka telah dilaksanakan oleh pegawai wanita yang bertugas di bilik pemeriksaan yang telah ditetapkan mengikut Prosedur Tetap Operasi (pengurusan depot tahanan imigresen)," tambahnya.

Alias berkata kertas siasatan berkenaan kes itu telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya pada 10 Jun lalu dan Timbalan Pendakwa Raya memutuskan kedua-dua wanita terbabit diusir ke Singapura dengan amaran.

Tindakan pengusiran telah dilakukan pada hari yang sama, katanya

 

--
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "kl-bogel" group.
To post to this group, send email to kl-bogel@googlegroups.com
To subscribe or unsubscribe at http://groups.google.com.my/group/kl-bogel/subscribe
For more options, visit this group at http://groups.google.com/group/kl-bogel?hl=en
Sebarang email pertanyaan, hantar kepada abangmod@gmail.com

 

--
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "kl-bogel" group.
To post to this group, send email to kl-bogel@googlegroups.com
To subscribe or unsubscribe at http://groups.google.com.my/group/kl-bogel/subscribe
For more options, visit this group at http://groups.google.com/group/kl-bogel?hl=en
Sebarang email pertanyaan, hantar kepada abangmod@gmail.com

No comments:

Post a Comment