Thursday, June 23, 2011

[kl-bogel] TERKINI!! Datuk T Dan "Beruk-Beruknya" Bisinglah!!

TERKINI!!

 

Kira-kira 100 orang yang tidak dikenali berhimpun di luar perkarangan bangunan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta, pagi ini.

Kehadiran mereka adalah bagi menyatakan sokongan mereka kepada trio 'Datuk T' yang mengaku bertanggungjawab dalam kes tayangan video lucah di Seri Carcosa Negara pada Mac lalu yang dikatakan membabitkan seorang pemimpin pembangkang.

Mereka dijangka dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan memiliki dan mengedar bahan lucah itu.

Ketiga-tiga mereka itu adalah bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik serta dua yang lain, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah serta bekas bendahari PERKASA Datuk Shuaib Lazim .

Sambil memegang kain rentang dan sepanduk 'Hidup Datuk T' dan 'Kami Sokong PERKASA', mereka juga melaung-laungkan sokongan kepada Datuk T .

 

No comments:

Post a Comment