Wednesday, June 15, 2011

[kl-bogel] Taib Mahmud Si Pengecut Gila Kuasa!!

 

 

Ketua badan pemantau pilihan raya Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan memfailkan saman ke atas kerajaan Sarawak yang melarang beliau memasuki negeri itu dua bulan lalu atas alasan ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

“Ya, sudah difailkan dan permohonan izin akan didengar pada 13 Julai,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Sarawak dan Sabah boleh melarang mana-mana pihak memasuki negeri itu termasuk rakyat Malaysia sendiri di bawah perjanjian pembentukan Malaysia 1963 tetapi dikehendaki memberikan alasan untuk berbuat demikian.

Ambiga (gambar) telah ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada 15 April lalu, tetapi tidak diberikan sebarang sebab.

Beliau tiba di lapangan terbang untuk memantau pilihan raya negeri yang diadakan pada keesokan hari.

Bekas presiden Majlis Peguam itu telah pergi ke negeri tersebut bersama dua ahli jawatankuasa Bersih 2.0 iaitu Subramaniam Pillay, yang juga seorang anggota Aliran dan Arul Prakash, pegawai program KOMAS serta Ivy Josiah, pengarah eksekutif Women’s Aid Organisation.

Bagaimanapun ketiga-tiga mereka dibenarkan masuk Sarawak.

Dengan tindakan Sarawak itu, antara mereka yang pernah ditahan memasuki negeri itu ialah Steven Ng, Cynthia Gabriel, Wong Chin Huat, Johan Tan dan Ahli Parlimen Subang Sivarasa Rasiah.

Bersih 2.0 telah menuntut Suhakam agar menyiasat elemen salah guna kuasa oleh Jabatan Imigresen dan pihak berkuasa negeri.

Tan Sri Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak paling lama berkuasa, sehingga kini tidak memberikan respons kepada kritikan mengenai isu itu manakala Putrajaya pula mempertahankan sikap bisu mereka berhubung kebebasan rakyat Malaysia untuk bergerak bebas dalam persekutuan.

 

No comments:

Post a Comment