[kl-bogel] Rock Kapak – oleh Mazir Ibrahim

"Rock kapak ialah istilah berkaitan genre rock yang digunakan di Malaysia. Ia merujuk kepada muzik yang dibawakan oleh kumpulan-kumpulan rock yang wujud di Malaysia pada penghujung 1980-an sehingga kini. Istilah ini biasanya diberikan kepada mereka yang membawakan lagu dalam bahasa Melayu" – Wikipedia

 

Mat Rock : Tak kerja ke hari ni?

Aku : Kerja, baru balik. Ni lepak minum kejap.

Mat Rock : Abang kerja apa?

Aku : Kerja tulis-tulis. Kau kerja apa?

Mat Rock : Saya kerja kilang, dekat Shah Alam, Seksyen 25. Kerja apa tulis-tulis tu? Tulis dekat majalah ke?

Aku : Taklah, aku tulis untuk website.

Mat Rock : Tulis pasal apa tu bang? Blog ke?

Aku : Bukan, tulis artikel. Untuk blog ada untuk website orang pun ada. Aku tulis tentang budaya, muzik. Kau kerja kilang apa? Jadi apa?

Mat Rock : Oo. Tulis tentang muzik? Ceritalah sikit, wa pun nak tau. Wa kerja kilang elektronik, jadi line leader.

(Nadanya berubah setelah tahu aku menulis tentang muzik. Mungkin dia merasakan selesa dengan aku. Mungkin juga dia rasa 'dekat')

Aku : Baguslah kerja tu. Aku tulis macam-macam pasal muzik, pasal lagu, pasal band, pasal penyanyi, macama-macamlah. Dah lama?

Mat Rock : Ui, best tu. Wa pun main muzik, layan muzik ni. Sejak 1994.

Aku : Kau seronok ke kerja situ?

(Dia tak mengendahkan soalan aku)

Mat Rock : Lu layan muzik apa?

Aku : Apa-apa pun layan jugak.

Mat Rock : Wa layan muzik Rock, tapi sekarang dah tak banyak lagu baru. Layan lagu-lagu lama la. Grup sekarang dah tak best macam dulu. Budak-budak sekarang poyo lebih. Tak rock dah.

Aku : Kenapa sekarang tak best?

Mat Rock : tak best la, budak-budak baru ni main muzik tak ada root. Janji ada band, dia orang dok melompat-lompat macam beruk. Dulu lain bro, battle of the band banyak. Yang sekarang gig dia orang tak best. Buat dalam dewan, hard rock..macam pondan

Aku : Dulu lain, sekarang lain la kan. Takkan nak sama je.

Mat Rock : Memang la lain. Tapi tak best. Poyo.

Aku : Kau layan Rock apa?

Mat Rock : Rock 80s.

Aku : Rock Kapak?

Mat Rock : Rock Malaya.

Aku : Rock Malaya tu rock apa?

Mat Rock : Sama la tu. Haha.

Aku : Apa yang best sangat rock kapak tu? Orang kata lagu leleh-leleh, jiwang-jiwang.

Mat Rock : Haha.. apa la lu. Lu dengar lagu buat apa nak sakit kepala. Layan je la, leleh-leleh tu awek suka, senang kita nak ayat dia orang. Lagi pun, bukan la leleh sangat. Tapi lagu tu memang sedap. Senang nak hafal, kod pun lebih kurang sama je, senang nak jamming. Ni lu buat kod pelik-pelik, siapa nak main bro. Lepas tu main macam..

Aku : Tak ada la, maksud aku apa yang kau suka sangat pada rock kapak?

Mat Rock : Sebab sedap. Ada melodi, kena dengan…kira macam real la cerita dalam lagu tu. Tu yang tangkap sayu. Kalau ayat awek dengan lirik rock kapak, mau tangkap cintan beb. Lagi pun, geng rock kapak ni ada perjuangan beb. Wa paling suka grup Ukay, lagu sedap beb. Kalau lu pegi karaoke, ada banyak, senang nak nyanyi..layan.

Aku : O, ok lah. Grup mana lagi kau suka?

Mat Rock : Banyak beb, Dinamik, BPR, Mega, Gamma, Ekamatra, Bloodshed, Fotograf, Damasutra..ada..

Aku : Ha, Damasutra. Haha.. dah lama aku tak dengar nama tu.

Mat Rock : Ha, grup tu gitaris dengan basis dia budak kampung gua dulu. Masih maintain lagi macam dulu. Tapi dia orang tak banyak show dah sekarang. Fun Fair dah tak banyak.

Aku : Ha..fun fair…pun dah lama aku tak dengar nama tu.

Mat Rock : Hahaha..betul-betul.

Aku : Best kan cerita rock kapak zaman-zaman dulu.

Mat Rock : Yelah. Dulu boleh kata tiap-tiap minggu ada funfair. Port pun banyak bole lepas. Main kat kenduri kahwin pun banyak. Wa dulu main jugak, budak-budak Damasutra dulu main sekali la dengan gua. Tapi gua tak follow habis. Wa masuk kilang terus tak ada masa nak jamm lagi.

Aku : Kenapa tak terus main?

Mat Rock : Malas la. Baik wa buat duit tiap-tiap bulan. Wa support dia orang beli kaset dah la.

Aku : Habis, grup yang banyak-banyak tu buat apa sekarang? Tak ada dengar album baru pun.

Mat Rock : Macam-macam. Ada yang jadi driver teksi, bawak bas sekolah. Haha.

Aku : Siapa?

(Jawapan Mat Rock terpaksa aku padamkan di sini)

Mat Rock : Tapi semangat dia orang masih kuat. Sayang la sekarang rock dah jauh lari dari asal. Lagu-lagu sekarang macam tak kena dengan muzik. Muzik pun dah campur-campur, tak ori dah.

Aku : Citarasa kan berubah-ubah.

Mat Rock : Memang la, tapi ni soal perjuangan. Rock Kapak tu dah jadi rock Melayu lu tau. Kalau lu dengar rock 80s Mat Salleh dengan rock 80s kita, tak sama kan? Sebab apa?

Aku : Entah

Mat Rock : Sebab rock kita dah ada identiti Melayu. Kalau lu dengar betul-betul..ha..yang lu kata lentok leleh tadi tu, identiti kita la tu.

Aku : Identiti tu apa dia?

Mat Rock : Lu ni, wa tak belajar tinggi, wa susah nak cakap. Tapi dia macam style la. Tak kan lu tak tau style beb.

Aku : O, tau-tau. Tapi sekarang pun ada style apa.

Mat Rock : Yela, style poyo.

Aku : Kau ada simpan album-album rock kapak tu?

Mat Rock : Ada..ada.. Harta gua paling berharga. Haha.

Aku : Kaset ke CD?

Mat Rock : Kaset ada CD ada. Ori semua.

Mat Rock : Eh, tadi lu cakap lu tulis pasal muzik, ni lu tanya-tanya ni kenapa? Macam nak interview pulak

Aku : Tak adalah, saja tanya. Aku pun minat juga…

Mat Rock berlalu setelah makanan yang dibungkusnya sudah siap. Hingga habis kami berbual, aku lupa bertanya nama dia. Lelaki ini antara beberapa peminat Rock Kapak yang masih meminati muzik jenis itu. Tidak hairanlah mengapa Rock Kapak begitu fenomena di zamannya.

Muzik jenis ini, walau pun ada yang mengatakan ia kurang berkualiti dalam aspek estetiknya, pakej muzik ini menepati kehendak pasaran. Ia mampu 'membeli' jiwa pendengar, sasarannya tepat iaitu kepada pendengar marhaen muda berbangsa Melayu. Dan walau apa kata pengkritik, muzik itu adalah di luar jangkauan penguasa dan pemerintah. Itu erti kebebasan. – Roketkini.com

--
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "kl-bogel" group.
To post to this group, send email to kl-bogel@googlegroups.com
To subscribe or unsubscribe at http://groups.google.com.my/group/kl-bogel/subscribe
For more options, visit this group at http://groups.google.com/group/kl-bogel?hl=en
Sebarang email pertanyaan, hantar kepada abangmod@gmail.com

Comments

Popular posts from this blog

[kl-bogel] Huzaida..

[kl-bogel] Sasha Isteri Teman

[kl-bogel] Cikgu Zana