Thursday, June 16, 2011

[kl-bogel] Rakyat berhak tahu kerugian Felda

Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 16 Jun : Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) mempersoal tindakan Felda meminjam sebanyak RM6 bilion daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tanpa membentangkannya di Parlimen.

Mendakwa pinjaman itu dibuat kerana pelaburan Kumpulan Felda di luar negara mengalami kerugian yang teruk, beliau berkata rakyat harus tahu mengenai semua kerugian yang dialami kerana melibatkan hak mereka.

"Soal Felda ini besar sebab ia satu badan yang besar. Keseluruhan aset ialah jualan minyak kelapa sawit yang untungnya besar. Kalau untung sepatutnya RM5 bilion tapi jadi RM1 bilion ia harus dipertanggungjawabkan," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Beliau turut menggesa satu siasatan dilakukan ke atas Kumpulan Felda di atas kerugian itu seperti siasatan terhadap Sime Darby sebelum ini.

"Sekiranya benar Kumpulan Felda telah meminjam sebanyak RM6 bilion daripada rakyat melalui KWSP, kami menuntut siasatan dilakukan terhadap kegiatan Kumpulan Felda itu, sama seperti penyiasatan ke atas Sime Darby, dan mereka yang berada dalam pengurusan Kumpulan Felda seperti Ketua Pegawai Strateginya, Suzana Wati Idayu Othman dan lembaga pengarahnya, yang bersalah dalam membuat keputusan yang menyebabkan kerugian dalam semua pelaburan di luar negara itu," katanya.

Menurutnya juga, dengan kerugian yang dialami Felda Global Ventures dalam pelaburan luar negara itu, difahamkan pinjaman daripada KWSP itu tidak akan dibayar tetapi akan dilanjutkan tempoh pembayarannya yang akan ditanggung rakyat.

"Kami percaya bahawa Perdana Menteri tidak tahu menahu seteruk itu kerugian yang dialami oleh Felda Global Ventures dalam pelaburan luar negaranya kerana kerugian itu diselindung dengan keuntungan besar Felda Global dalam perniagaan minyak kelapa sawit saban tahun," katanya.

Terdahulu, Anwar dalam soalan tambahannya membangkitkan perkara itu pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat.

"Saya mohon penjelasan menteri mengenai pinjaman dari KWSP umpamanya Felda Global Ventures Sdn Bhd Felda Iffco Sdn Bhd, Twin Rivers Technologies US, TRT-ETGO Canada, Felda Global Ventures Middle East dan juga Felda Global Ventures Arabia mengalami kerugian dari 1997 hingga 2010 sebanyak 500 juta.

"Mohon penjelasan menteri kerana pelaburan itu merupakan yang paling buruk selain 1.175 juta ringgit juga meminjam 300 juta ringgit dari CIMB untuk bayar pinjaman Bank of Amerika," katanya.

Beliau juga berkata, menteri yang bertanggungawab tidak seharusnya membiarkan peneroka dibebankan dengan kerugian tersebut.

"Keterangan menteri bukan sekadar mencatat aset tapi juga harus menjawab mengapa dibiarkan peneroka dengan pinjaman besar ini," katanya.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan dalam jawapannya bagaimanapun menafikan kerugian itu mendakwa angka yang dikeluarkan Anwar adalah tidak tepat.

Anwar dalam soalan asalnya meminta Perdana Menteri menyatakan kedudukan terkini kewangan Felda, kewajaran Felda meminjam lebih RM6 bilion daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan prestasi pelaburan hasil daripada pinjaman ini.

p/s...
Inilah standard jawapan pemimpin UMNOapco/BN sehingga ke pencacainya sekali..

Diminta penjelasan ttg 'kedudukan terkini kewangan felda'.. Dijawab 'angka' kerugian yg didakwa adalah tidak tepat...

kah kah kah... mangkuk ayun sungguh puak2 nihh..

Kalau angka x tepatpun sila la jawab ttg kedudukan terkini kewangan felda tuhhh...

kah kah kah... Kata muflis x ngaku2 tp diam2 sakau duit KWSP... kah kah kah..

No comments:

Post a Comment