[kl-bogel] Presiden Umno-APCO Takut Dengan Timbalan Presiden PAS?? Pengecut Rupanya...

Lifeline4Gaza: Pidato Mat Sabu dibatal, didakwa kerana tekanan JPM

Penganjur Majlis Pelancaran Pasukan Lifeline4Gaza, misi kemanusiaan membantu rakyat Palestin, yang dilancarkan malam ini oleh Datuk Seri Najib Razak, membatalkan acara pidato yang sepatutnya menampilkan penyertaan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Selain Mohamad (gambar) yang dijemput mewakili Pakatan Rakyat, pidato menyentuh isu Palestin yang diadakan di Stadium Badminton Cheras di sini juga sepatutnya disampaikan oleh Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin sebagai mewakili Barisan Nasional.

 

Harakahdaily dalam laporannya malam ini berkata tindakan itu dipercayai ekoran penganjur mendapat tekanan Pejabat Perdana Menteri.


“Pihak JPM maklumkan kepada kita, (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib tak nak Mohamad Sabu menyampaikan pidato.

“Kalau penganjur nak teruskan juga dengan Mohamad Sabu, Perdana Menteri pula tak mahu datang rasmi”, kata salah seorang petugas dipetik laporan itu.

Laporan itu menambah nama Mohamad dan Khairy pada ‘backdrop’ juga ditutup.

 

Mohamad yang mesra dikenali sebagai “Mat Sabu” yang dihubungi Harakahdaily turut mengesahkan pembatalan itu.

Kata Mohamad, beliau hanya dimaklumkan berhubung perkara itu pagi tadi.

“Semalam penganjur kata saya dijemput berucap tentang isu Palestin selama 10 minit.

Tiba-tiba hari ini kata tak boleh pula, sedangkan dalam media semua dah sebut saya akan berpidato malam ini,” katanya dipilih sebagai timbalan presiden awal bulan ini.

“Saya rasa dipermainkan,” kata Mohamad dan memaklumkan tidak akan hadir program malam ini.

Bagaimanapun, penjelasan lanjut berhubung perkara itu akan dibuat pada sidang media khas 10 pagi esok (hari ini).

Khairy hadir pada program malam ini.

Sehingga kini belum ada sebarang pengumuman dibuat penganjur kepada hadirin yang hadir berhubung pembatalan itu.

Tindakan penganjur menutup nama Mohamad dan Khairy pada ‘backdrop’ di pentas menimbulkan tanda tanya di kalangan mereka.

Majlis perasmian disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen tempatan.

 

Comments

Popular posts from this blog

[kl-bogel] Huzaida..

[kl-bogel] Sasha Isteri Teman

[kl-bogel] Cikgu Zana