[kl-bogel] Pidato Anwar Ibrahim Bersama Anak Muda

 

Pencerobohan tanah serta hak yang dinafikan ke atas mereka, malah tidak pula mendapat pembelaan sewajarnya menjadi masalah besar yang dihadapi oleh Orang Asal di negara ini.
Tidak cukup dengan itu, mereka juga melahikan rasa terkilan apabila dianaktirikan berikutan bangsa yang tidak diiktiraf di negara ini.

Malah menurut perwakilan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mewakili masyarakat Orang Asal di Sarawak, Fatimah a/p Bah Sin pemimpin BN pula hanya menjengukkan muka apabila tiba musim pilihan raya.

“Saya sangat rasa terkilan kerana BN yang memerintah, tanah orang Asli semua diceroboh dan pendidikan ditindas.

Saya sangat-sangat rasa terkilan.

Kami di Malaysia ini dianggap sebagai Bangsa Lain-Lain,” katanya.

Ujarnya, masyarakat Orang Asal kini benar-benar dahagakan perubahan dan mahu Pakatan Rakyat menunaikan janji-janji yang dilafazkan sekiranya berjaya merampas Putrajaya.

Ibu bertubuh kecil ini juga berjiwa besar apabila mengingatkan bahawa jangan hanya mendekati mereka tatkala pilihan raya namun sesudah itu melepaskan tanggungjawab masing-masing.

“Jika (PR) nak menang dalam PRU yang ke-13 dan seterusnya harus mendekati Orang Asal,” katanya.

Sementara itu, Abun Sui dari Sarawak pula melahirkan kegembiraannya apabila PR dan PKR berjaya memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke 10 baru-baru ini termasuk di beberapa kawasan pedalaman di negeri itu.

Ini katanya adalah petanda jelas Sarawak bukan lagi simpanan tetap BN dan PKR perlu membuat persiapan rapi bagi menghadapi PRU ke 13 nanti.

Jelasnya, PKR perlu memilih pemimpin yang sesuai dan tidak bersikap seperti katak.

“Saya seru parti pilih calon yang sesuai bagi pilihan raya kali ini.

Kita tidak mahu semasa belum jadi wakil rakyat, belum jadi katak tetapi bila sudah jadi wakil rakyat, terus jadi katak,” katanya.

Katanya, rakyat Malaysia sekarang perlukan pemimpin dan wakil rakyat yang mementingkan kebajikan rakyat dan tidak seperti pemimpin BN yang hanya mementingkan nasib dan diri sendiri.

“Rakyat mahu wakil rakyat untuk (jaga kepentingan) rakyat, bukan macam BN wakil rakyat untuk kaya diri sendiri,” katanya.

Wakil masyarakat India, M Elavarasi pula mengutarakan masalah dihadapi mereka dengan memberi tumpuan terhadap kenaikan harga barang serta kemiskinan.

Katanya, masyarakat India terus menjadi masyarakat termiskin di negara ini meskipun lebih 50 tahun BN mentadbir Malaysia dengan parti komponennya, MIC gagal membela nasib masyarakat tersebut.

“Orang India masih menjadi masyarakat yang paling miskin.

Jurang pendapatan di antara yang terkaya dan termiskin adalah paling ketara di kalangan orang India.

Berbanding masyarakat lain, (orang India) tinggal di estet dengan gaji kurang RM400 sebulan.

“Dengan kenaikan harga barang masyarakat India tidak ubah seperti sudah jatuh ditimpa tangga,” katanya.

Keadaan itu, jelasnya, mendatangkan kesusahan yang berlipat ganda terhadap masyarakat India.

Sementara isu perkauman pula dibentangkan perwakilan masyarakat Cina, Lee Chean Chung ketika menyampaikan ucapannya dengan harapan masalah itu akan dapat di atasi jika PKR dan PR berjaya mengambilalih pentadibran Putrajaya selepas PRU ke 13 nanti.

Katanya, semangat perkauman masih tebal di kalangan rakyat di negara ini biarpun selepas lebih 50 tahun akibat pentadbiran BN yang berteraskan perkauman.

Tegas beliau, kehadiran PKR tepat pada masanya bagi menyahut seruan rakyat yang inginkan perubahan di dalam pertadbiran negara bagi merubah landskap politik negara.

“Keadilan (PKR) perlu yakin dengan keupayaan kita bagi memiliki suasana baru.

PKR pikul tanggungjawab yang berat untuk menentang habis-habisan politik perkauman dan bangkit menentang Umno dan BN,” katanya.

Beliau berkata, semua pemimpin dan anggota PKR memikul peranan besar bagi merealisasikan perubahan itu demi Malaysia yang adil dengan masyarakat majmuk yang tidak lagi dibelenggu dengan isu perkauman.

“Perjuangan sebegini perlu diteruskan supaya akhirnya dapat dicapai segalanya dan yakin jalan yang dirintis PKR untuk menguburkan politik perkauman adalah jalan yang terbaik,” katanya.

Carol Omera Poigi yang mewakili masyarakat Sabah pula menjelaskan angin perubahan dapat dirasai di negeri itu dengan rakyat di sana ketika ini semakin memberi sokongan kepada PKR dan PR.

Katanya, berbanding rakyat Malaysia di negeri lain, rakyat Sabah memang menggunakan peluang sebaiknya di dalam pilihan raya apabila menukar tampuk pemerintahan negeri itu sebanyak lima kali menerusi parti komponen di dalam BN.

Bagaimanapun, jelasnya, keadaan di Sabah ketika ini menunjukkan petanda amat jelas bahawa rakyat negeri itu sudah muak dengan BN dan akan sekali lagi menggunakan kesempatan di dalam pilihan raya bagi menukar kerajaan untuk kali yang ke enam.

“Di mana-manapun di Sabah semua orang bercakap tentang angin perubahan.

Tambahan pula Sabah adalah negeri di bawah bayu. Sekarang ini bayu yang bertiup kencang adalah bayu perubahan.

“Kegagalan Barisan Nasional mentadbir negara sehingga merosakkan ekonomi akibat ketagihan merancang pelbagai rasuah menyebabkan rakyat naik muak dengan Barisan Nasional,” katanya.

Katanya, PKR adalah alternatif terbaik bagi rakyat Sabah dan negara ini demi masa depan lebih baik dan terjamin.

Beliau menambah persiapan rapi bagi PRU ke 13 perlu dilakukan dari sekarang dengan terus mendampingi rakyat dan memahami kehendak rakyat.

“Jika PKR berupaya melakukan ini bayu dari Sabah akan bertiup kencang dan Sabah akan menukar kerajaannya buat kali yang ke enam,” katanya.

Konvensyen Pilihanraya Keadilan anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) di sini hari ini berlangsung meriah dengan lebih 4,000 pemimpin, perwakilan dan anggota PKR dari seluruh negara.

Selain Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Timbalan Presiden, Azmin Ali, Naib Presiden, Nurul Izzah Anwar, Setiausaha Agung, Saifuddin Nasution, turut hadir, Bendahari Agung, William Leong Jee Kee serta barisan pemimpin lain seperti Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, ahli parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR.

Comments

Popular posts from this blog

[kl-bogel] Huzaida..

[kl-bogel] Sasha Isteri Teman

[kl-bogel] Cikgu Zana