[kl-bogel] Petikan drpd Sinarharian.

Penyelarasan ke atas beberapa bahan keperluan seperti petrol dan gula sahaja memberikan kesan kenaikan harga keperluan asa lain, malah, pelbagai pihak dari sector perkhidmatan juga menaikkan cas atas alas an tersebut.

Dalam keadaan yang semakin tertekan ini , kakitangan kerajaan yang bergaji RM 3,000 sebulan pun sudah boleh diketegorikan miskin, apatah lagi yang tidak bekerja.

Ironinya, setiap kali kenaikkan harga barang, golongan ini disaran berjimat cermat. Bagaimakah lagi caranya hendak berjimat? Adakah sehingga makan sekali seminggu itu yang dikatakan jimat? Semua saranan ini tetntu sekali tidak akan meredakan kemelut sara hidup yang menyeksakan.

Bagi merungkai permasalahan kenaikan harga ini , ikuti wawancara khas wartawan NOR KHALILAH GUSTI HASSAN dengan Pakar Metematik Gunaan, Prof. Madya Hamid Yeop Yeop Zainuddin. Beliau menggunakan pendekatan Metematik untuk meneliti fakta apakah kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia benar- benar merugikan Negara sehingga terpaksa mengurangkan subsidi

Soalan : Bolehkah Harga Bahan api Diturun
Hamid Yeop :Ya Boleh! malah boleh diturunkan turun sampai 30 sen seliter jika menggunakan fomula menurunkan harga minyak dan barang – barang yang sekaligus menghapuskan kemiskinan . Formula ini ditemui semasa kajian pada 2008 yang lalu. Di pasaran dunia harga bahan api turun dan naik tetapi, di Malaysia boleh dikatakan tidak pernah turun asyik naik sahaja. Sesiapa pun faham ini membuktikan harga minyak di Malaysia tidak ditentukan oleh pasaran dunia.
Ketika kita RM 2.70 seliter, ada Negara lain jual hanya 16 sen sahaja.

Soalan :Bagaimanakah boleh dijual begitu murah sekali ?
Hamod Yeop : Untuk mudah orang awam awam faham, ambil contoh kelapa sawit. Kita adalah Negara pengeluar. Kalau dulu harga sawit RM 1,000 satu tan sekarang dah naik RM 3,000. Kita untung atau rugi? Sudah tentu untung tiga kali ganda. Begitu juga minyak mentah. Malaysia adalah sebuah Negara pengeluar minyak dan menganggotai Pertubuhan Negara – Negara Pengksport Petroleum

( OPEC ). Jika Malaysia jual kira – kira 700,000 tong minyak mentah sehari pada kadar AS$130 setong ( dengan kadar tukaran mata wang RM 3.8 untuk $1 satu ketika dulu), ini bermakna perolehan setahun adalah AS$33 billion iaitu melebihi RM 126 Billion dengan anggaran perolehan melebihi satu trillion ringgit untuk 10 tahun pada kadar disebutkan tadi, bolehkah Malaysia menurunkan harga bahan apinya? Jika benar rakyat didahulukan maka sudah tentulah jual murah didalam Negara tetapi jual ikut harga pasaran di luar Negara. Ini adalah hasil Negara yang sepatutnya dinikmati rakyat.

Soalan : Maknanya, kenaikkan harga minyak mentah dunia tidak merugikan Negara ?
Hamid Yeop : Ya benar. Bukan sahaja tidak merugikan Malaysia tetapi sebaliknya mendapat untung berganda. Seperti kelapa sawit, ramai yang tahu tetapi tidak ramai yang tahu pasal telaga minyak.
Kita rujuk data 2008 dengan anggaran jualan minyak mentah sebanyak 700,000 tong sehari. Oleh kerana minyak dijual dalam dolar Amerika, bagi memudahkan pebandingan, anggapkan kadar tukaran RM 3.50 untuk AS$1. Harga minyak pada januari 2007 adalah AS$50 iaitu RM 175 setong. Justeru perolehan setahun bagi 2007 adalah RM 44 Billion. Jun 2008 harga minyak mentah naik kepada AS$138 iaitu RM483. Justeru perolehan setahun hingga Jun 2009 adalah kira – kira RM 123 Billion. Ini memberikan tambahan lebihan untung sebanyak RM 78 Billion. Keuntungan tambahan ini tidak termasuk keuntungan lain seperti petrol dan diesel. Oleh itu, keuntungan sebenar hasil kenaikkan harga minyak dunia adalah jauh lebih tinggi.

Soalan: Dengan RM78 Billion lebihan untung, lebih banyaklah subsidi?
Hamid Yeop: Kalau tiada subsidi pun harga minyak boleh diturunkan, apatah lagi jika ada subsidi. Tetapi, rakyat kini menanggung beban kenaikkan harga minyak kononnya disebabkan kenaikkan harga minyak dunia.
Ramai yang ingin tahu ke manakah perginya lebihan untung RM 78 Billion ini?. Lagilah tidak logik kita terpaksa pula mengurangkan subsidi. Kita bukan singapura dan kita tidak boleh ikut Singapura kerana ia Negara pembeli bukan pengeluar. Harga di kilang tak sama dengan harga di kedai.

Soalan : Benarkah ada subsidi dan siapakah yang menerimanya?
Hamid Yeop: Ketika minyak mentah berharga AS$130.00 setong ( RM 455 pada kadar tukaran RM3.50 kepada AS$1), kerajaan mengumumkan harga sebenar petrol di Malaysia adalah RM3.00 dan diberikan subsidi RM2.70 seliter. Jika benar ada subsidi diberikan kepada semua syarikat minyak seperti Petronas, Shell, Mobil, Esso, Caltex, BHP atau suatu bentuk bentuk persetujuan bayaran tertentu kepada syarikat asing tersebut mustahil mereka mampu jual dengan harga sama seperti dijual Petronas, iaitu RM2.70 seliter.

Sekiranya syarikat asing itu tidak mendapat sejumlah subsidi ( sama ada daripada kerajaan atau Petronas atau kedua- duanya), tentu mereka menjual mengikut harga yang memberikan keuntungan masing – masing sebagaiman yang dijual di negara lain. Sebab itu harga Shell di Singapura lebih mahal. Tinjauan saya mendapati pengusaha stesen minyak membayar tunai dengan harga RM 2.70 daripada pembekal syarikat asing. Daripada jumlah itu, mereka hanya memperoleh komisen RM0.0095. Ini bermakna pengusaha stesen minyak bukan penerima subsidi. Justeru kemungkinan besar subsidi tersebut dibayar terus kepada syarikat asing. Lebih 80 peratus daripada RM33 billion subsidi dibayar kepada syarikat asing.

Soalan: Jadi berapakah sebenarnya subsidi minyak kepada rakyat?
Hamid Yeop: Berdasarkan RM33 billion yang dikatakan tadi, kita boleh mengetahui pengunaan petrol Negara ini dalam setahun adalah kira-kira 110 billion liter. Lebih kurang 301 juta liter sehari. Mengikut laporan pada tahun 2007, terdapat 3,098 stesen minyak di seluruh Negara dengan 40 peratus daripadanya, terutama yang di bandar besar dan lebuhraya, beroperasi 24 jam. Ini memberi gambaran purata jualan harian bagi setiap stesen minyak adalah sebanyak 97 ribu liter sehari, atau hampir tiga juta liter sebulan. Satu angka yang sukar diterima untuk sebuah stesen minyak kerana, secara purata jualan harian tidak melebihi 20,000 liter .
Jika benar ada subsidi maka angka-angkanya mesti benar dan selari dengan pengiraan metematik tadi, tetapi kerana angka-angkanya tidak sekena, maka keputusan ini menidakkan dan menolak dakwaan kewujudan subsidi petrol RM.0.30 seliter atau RM33 Billion setahun. Ada atau tidak subsidi minyak untuk rakyat? Andalah yang menentukan jawapannya.

Soalan: Jika tiada subsidi, rakyat terpaksa membeli dengan harga yang mahal?
Hamid Yeop: Sepatutnya tidak. Salah satu cara terbaik untuk menurunkan harga minyak adalah dengan menyerap terus keuntungan Petronas ke dalam hasil minyak ( petrol dan diesel )yang dijual didalam negara.
Penyerapan keuntungan ini akan membolehkan petronas menjual petrol dengan harga lebih rendah. Secara tidak langsungkan menaikan lagi keuntungan Petronas dengan peningkatan jualan minyak. Tindakan inilah yang sebenarnya menangkis persoalan kemanakah perginya keuntungan Petronas. Lagipun bukan semua pengusaha syarikat asing seperti BHP, Esso,Caltex, Shell dan Mobil membeli minyak mentah daripada Petronas. Itupun Petronas tetap mengaut keuntungan Berbillion ringgit. Sedangkan dengan harga AS$50 setong kerajaan mampu menanggung susidi berbillion ringgit, inikan pula AS$138 setong ( RM483). Bila untung dua kali ganda sepatutnya turun separuh harga.

 

Soalan: Benarkah Stok minyak akan habis?
Hamid Yeop: Tuhan jadikan Malaysia unik. Laluan gempa bumi pun tidak menempuh Malaysia. Telaga minyak kita macam telaga air di kampong, dicedok banyak banyak mana pun tak akan habis. Minyak kita, kalau ambil satu tong di boleh keluar lagi sehingga tiga tong. Saya banyak mendapat maklumbalas daripada ramai bekas pelajar saya yang menjadi jurutera Petronas dan dikawasan carigali. Untuk satu jangka yang amat lama lagi dakwaan ini tidak benar . Kalau habispun, saya percaya ketika itu minyak bukan lagi merupakan sumber utama tenaga.

Soalan: Formula ini telah Prof cipta semenjak 2008 tetapi tidak diterima kerajaan? Apa komen Prof?
Hamid Yeop: Setiap rakyat biasa yang prihatin saya hanya membantu dan mencadangkan setakat yang termampu. Asalnya pun daripada permintaan salah seorang menteri kabinet. Pada pendapat saya, model ekonomi yang digunapakai sekarang adalah betul pada mereka tetapi salah pada rakyat.

Soalan : Akhirnya apakah harapan Prof?
Hamid Yeop: Menurunkan harga barang menjadi harapan sebahagian besar rakyat. Saya sedia berkongsi formula ini dengan mana – mana pihak terutama parti politik yang berhasrat memerintah Negara ini, supaya penjelasan dapat diberikan kepada rakyat jelata. Insya-Allah, jika pemerintah melaksankan formula ini semua rakyat akanmenjadi kaya dan dalam tiga tahun Malaysia akan jadi “ World Reserved Bank “.

Comments

Popular posts from this blog

[kl-bogel] Huzaida..

[kl-bogel] Sasha Isteri Teman

[kl-bogel] Cikgu Zana