[kl-bogel] PERAJURIT INDIA REJIMEN 5 SG SIPUT PERAK

LONGMACH REJIMEN KE-10: PERAJURIT 3 BANGSA BERGANDING BAHU


Kerja Massa Di Sungai Siput



Berdasarkan keputusan sementara yang dibuat bersama dengan Markas Besar Rejimen Ke-10 dengan penanggungjawab Setiausaha Jawatankuasa Parti Rejimen Ke-5 Negeri Perak, saya bagi pihak Markas Besar Rejimen Ke-10 memilih seplatun perajurit dari Pasukan Hang Jebat untuk menjalankan tugas menyusun massa di kawasan Sungai Siput. Regu ini dipimpin oleh Abu Samah. (gambar kiri: Abu Samah Mohd. Kassim

Regu ini bergabung dengan 1 kompeni pasukan Tionghua dan 1 platun kawan-kawan India dari Rejimen Ke-5. Mereka melakukan kerja menyusun massa di kawasan Kuang, Tikus, Chemor, Jalung, Lintang, Lasah, Lembah Plus, Lembah Terosor dan lain-lain. Mereka saling berkoordinasi baik dalam kerja massa mahupun dalam pertempuran.
Pasukan gabungan ini mendapat sambutan hangat massa rakyat berbagai kaum di Sungai Siput khasnya petani Melayu, pekebun sayur Tionghua dan penoreh getah India. Dengan itu pengaruh mereka dan semangat rakyat untuk kemerdekaan lebih berkobar-kobar.
Ketibaan kawan-kawan Rejimen Ke-10 merupakan perkara yang baru bagi massa rakyat Melayu di situ. Semangat mereka untuk kemerdekaan tanah air semakin bertambah tinggi dan memberikan sokongan yang kuat kepada pasukan sehingga pengaruhnya tersebar luas. (gambar kanan: Perajurit dari Platun India)
Dalam suatu peristiwa, Mat Din (nama sebenarnya Sheikh Sagof) gugur terkena serangan hendap musuh pada pertengahan Jun 1954 di Lasah. Massa Melayu di Pulau Kemiri, Kuala Kangsar menuntut kerajaan untuk mengebumikan jenazahnya secara Islam. Beratus-ratus orang massa menyertai upacara mengebumikan jenazah, membaca doa dan sebagainya.
Pada 30 Jun 1954, satu seksyen perajurit dari pasukan gabungan ini yang terdiri dari kawan-kawan Melayu dipimpin Latif bersama-sama kawan-kawan Tionghua keluar menjalankan tugas menghubungi orang ramai di Tikus, Chemor. Dalam perjalanan pulang, mereka telah diserang hendap oleh musuh. Dalam pertempuran ini Mat Gantuk dan Ayub bersama 2 kawan Tionghua terkorban. Sulaiman Songsang tercedera lalu tertawan. Kerana peristiwa inilah Abu Samah memutuskan membawa pasukan Melayu pulang ke Markas Rejimen Ke-10 di Ulu Kinta. Regu Abu Samah tiba di pasukan Rejimen Ke-10 pada petang 6 Julai untuk membuat laporan.



perajurit india

--
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "kl-bogel" group.
To post to this group, send email to kl-bogel@googlegroups.com
To subscribe or unsubscribe at http://groups.google.com.my/group/kl-bogel/subscribe
For more options, visit this group at http://groups.google.com/group/kl-bogel?hl=en
Sebarang email pertanyaan, hantar kepada abangmod@gmail.com

Comments

Popular posts from this blog

[kl-bogel] Huzaida..

[kl-bogel] Sasha Isteri Teman

[kl-bogel] Cikgu Zana