[kl-bogel] Mengapa Umno-APCO Minta Dana Tambahan RM13 Bilion??

 

 


Kehilangan Selangor yang merupakan negeri terkaya di Malaysia pasca tsunami politik 2008 masih terkesan sehingga hari ini.

Maka tidak hairanlah, Umno-APCO tanpa segan silu dan tanpa rasa bersalah tak pakai spenda melaung amaran Darul Ehsan akan dirampas kembali dalam pilihanraya umum akan datang.

Najib Altantuya belum pernah merasa peritnya kehilangan sumber dan lombong emas Umno-APCO berbanding Perdana Menteri terdahulu hingga pakar strategi mereka di tingkat 24 dan 29 PWTC masih meroyan mencari kaedah terbaik KPI apakah yang akan digunakan untuk memuaskan hati presiden mereka.

Lantas, sehingga lebih tiga tahun Najib Altantuya berkuasa, saki-baki rasuah yang ditinggalkan sejak 2008 sudah menyusut teruk.

Dengan perbelanjaan kewangan kerajaan Umno-APCO belum sampai "edahnya", dimohon lagi peruntukan tambahan kunun untuk menampung kos tak terjangka.

Semua ini tidak lain tidak bukan hanyalah bagi menampung kos Umno-APCO dan Barisan Najis menghadapi pilihanraya umum ke 13 akan datang.

Soalannya, mengapa RM13 bilion?

Jawapannya: Sedangkan pilihanraya negeri Sarawak sahaja Umno-APCO terpaksa mengeluarkan belanja hingga RM5 bilion, maka RM13 bilion adalah munasabah jika dikira dari sudut geografi dan jumlah 222 kerusi parlimen yang dipertandingkan nanti.

Dan negeri yang bakal mendapat "peruntukan" (baca: rasuah) Umno-APCO paling besar adalah Selangor, Perak, Kedah dan Pulau Pinang.

Kelantan akan terus tercicir kerana Umno-APCO tidak mampu berbuat apa-apa selagi Nik Aziz Nik Mat terus berkuasa di negeri Cik Siti Wan kembang itu.

Selangor dipercayai menerima peruntukan terbesar, antara RM1 bilion hingga RM1.4 bilion diikuti Perak sebanyak RM700 juta.

Jika mengikut perkiraan kasar, RM1.4 bilion dianggap pelaburan berbaloi kerana pulangannya akan berlipat kali ganda.

Selangor sahaja menyumbang cukai kepada KERAjaan Persekutuan sebanyak RM15 bilion hingga RM20 bilion setahun.

Itu hanya hasil rasmi, belum lagi cukai lain-lain yang dibayar secara berkala dan tidak langsung.

Najib Altantuya pasti akan berusaha sehingga mampus untuk mendapatkan semula Selangor bagi terus menghidupkan Umno-APCO yang semakin lama semakin lemah.

Tanpa wang, Umno-APCO ibarat "sampah" yang tak berguna sesen pun.

Dan rakyat akan terus menghalang rompakan besar-besaran ini sampai bila-bila.

JALAN PULANG

Permohonan belanjawan tambahan berjumlah RM13 bilion oleh kerajaan UMNO Barisan Nasional di parlimen baru- baru ini menimbulkan kesangsian berikutan tempoh yang dianggap terlalu awal untuk kerajaan mendapatkan kewangan tambahan bagi tahun 2011.

Walaupun alasan yang diberikan kerajaan berkait aspek pengurusan negara namun ahli parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berpendapat wujud elemen lain yang cuba disembunyikan pihak tertentu memandangkan peruntukan tambahan bagi 2010 baru sahaja diluluskan Mac lalu.

"Kalau dibuat perbandingan belanjawan tiga bulan lepas dengan jumlah RM13 bilion tidak mendatangkan apa-apa kesan (harga barang). Kenapa kerajaan mengulangi perbelanjaan yang sama jumlahnya untuk kali ke dua.

Justeru, Azan berkata permohonan belanjawan itu menguatkan lagi spekulasi bahawa dana awam itu akan digunakan bagi menampung kos Pilihan Raya Umum tidak lama lagi.

Ini kerana jelasnya, alasan untuk menampung kos subsidi adalah tidak relevan memandangkan rakyat masih terbeban dengan kenaikan tarif elektrik dan harga barang.

"Maka timbul bukti bahawa ini sebenarnya belanjawan untuk mencipta momentum khas untuk Pilihan Raya Umum ke 13 dan akan ada siri kerana setiap tahun pilihan raya memang ada jenis perbelanjaan begini dan rakyat perlu tahu sebenarnya perbelanjaan tambahan yang diminta parlimen hanya untuk memastikan Barisan Nasional boleh bertahan," kata Azan kepada Tv Selangor.

Justeru Azan mengecam peranan kerajaan pemerintah yang gagal membuat andaian tepat pengurusan kewangan sekiranya benar peruntukan tambahan itu akan disalurkan untuk kepentingan rakyat.

Azan yakin sekiranya kerajaan pimpinan Perdana Menteri Najib Razak menggunakan mekanisma yang sama seperti tahun lalu untuk menangani isu beban rakyat, maka pembaziran sebanyak RM13 bilion dijangka akan berlaku pada tahun ini yang ternyata tidak membawa keuntungan kepada rakyat.

"Bermakna peruntukan belanjawan (tambahan) itu ditumpukan untuk subsidi yang sebenarnya tidak berjaya meringankan beban rakyat. Ini bermakna alasan subsidi itu tidak betul.

Diwujudkan sahaja untuk menggunakan kewangan itu," ujar beliau lagi.

 

Comments

Popular posts from this blog

[kl-bogel] Huzaida..

[kl-bogel] Sasha Isteri Teman

[kl-bogel] Cikgu Zana