[kl-bogel] Mengapa Inkues? Mengapa Takut Siasatan Diraja??

 

 

Timbalan Presiden PKR Azmin Ali menyifatkan langkah kerajaan mengadakan inkues — yang diputuskan hari ini — bagi menyiasat kematian penolong pengarah Kastam Allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamed tidak relevan, selain sukar mencari jalan penyelesaian.

Justeru, beliau menegaskan adalah lebih baik jika suruhanjaya diraja siasatan diadakan berbanding inkues.

Sebelum ini Penasihat DAP Lim Kit Siang pernah mencadangkan agar Putrajaya terus mengadakan suruhanjaya diraja siasatan berbanding inkues yang disyorkan polis.

“Mengapa perlu diadakan inkues?

Ini buang masa sahaja, kalau benar serius nak mencari punca kematian Ahmad Sarbaini... yang perlu diadakan adalah suruhjaya diraja bukan inkues.

“Kita tidak mahu membazir wang rakyat untuk tubuhkan inkues, nanti sama macam kes Teoh Beng Hock selepas inkues ditubuhkan pula suruhanjaya diraja siasatan,” kata Azmin (gambar) kepada The Malaysian Insider.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Gombak berkata langkah mengadakan inkues adalah satu perkara yang sia-sia, malah tidak boleh membawa individu yang terlibat dalam kematian Sarbaini ke muka pengadilan.

“Suruhanjaya diraja lebih terikat dengan undang-undang, mereka yang terlibat boleh didakwa... mereka yang bertanggungjawab akan ditangkap.

“Tidak perlu adakan inkues, terus tubuhkan suruhanjaya diraja dengan segera, inkues tidak efektif... tidak dapat cari punca kematian... kita mahukan suruhanjaya diraja,” katanya.

 

Inkues bagi menyiasat punca kematian Ahmad Sarbaini yang akan bermula pada 4 Julai depan diketuai koroner Aizatul Akmal Maharani.


Bulan lalu, Ketua Jabatan Siasatan Polis Kuala Lumpur Asisten Komisioner Datuk Ku Chin Wah berkata Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail telah bersetuju dengan cadangan agar diadakan inkues berkenaan kematian Ahmad Sarbaini.

Pengumuman itu muncul beberapa hari selepas keluarga Allahyarham Ahmad Sarbaini mahu polis mendedahkan perkembangan terbaru hasil siasatan kematiannya dua bulan lalu di pejabat SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 6 April lalu.

Ini kerana, menurut sumber yang rapat dengan keluarga Ahmad Sarbaini, sehingga kini masih tiada perkembangan, menyebabkan keluarga itu tertanya-tanya status sebenar hasil siasatan tersebut.

 

Comments

Popular posts from this blog

[kl-bogel] Huzaida..

[kl-bogel] Sasha Isteri Teman

[kl-bogel] Cikgu Zana