Friday, June 24, 2011

[kl-bogel] Ini Semua Wayang Umno-APCO!!


Trio Datuk T akan didakwa pagi ini berhubung isu menayangkan rakaman video seks yang si pelakunya didakwa mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim sambil Datuk Shazryl Eskay Abdullah berkata, “kami sudah bersedia” untuk muncul di mahkamah.

“Salam, esok (hari ini) pukul 8 pagi, kami bertiga akan berada di mahkamah Jalan Duta,” kata ahli perniagaan itu dalam satu SMS kepada The Malaysian Insider.

“Insya-Allah saya tidak menjangka akan ada apa-apa masalah esok (hari ini).

Kami sudah bersedia,” kata Shazryl ketika dihubungi menjelang pendakwaan ke atas mereka hari ini.

Selain Shazryl (gambar), dua lagi rakannya iaitu bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim mengakui bertanggungjawab mempertontokan rakaman video seks terbabit kepada wakil media terpilih di hotel Carcosa Seri Negara, 21 Mac lalu.

Dua hari lalu, Shazryl mengesahkan mereka akan dihadapkan di mahkamah, mengakhiri tanda tanya pelbagai pihak tentang kesudahan perkembangan insiden tersebut.

Bagaimanapun The Malaysian Insider difahamkan isu ini akan membawa perkembangan terbaru ini, yang bakal memanaskan politik negara.

Ketiga-tiga Datuk T ini kemungkinan akan didakwa dibawah Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah.

Anwar, Ketua Umum Pakatan Rakyat, telah pun menafikan bahawa beliau adalah si pelaku dalam rakaman video seks itu selain telah membuat laporan polis.

Selain itu, Shazryl juga telah melakukan sumpah laknat bagi membuktikan dakwaan yang dibuat itu adalah benar dan Anwar adalah pelaku dalam rakaman video sesk itu.

Polis juga telah mengesahkan rakaman video seks itu adalah tulen dan sahih.

Tindakan Datuk T yang bertindak menayangkan rakaman video seks itu kepada umum mendapat bantahan dan kecaman dari banyak pihak terutamanya pemimpin Pakatan Rakyat.

Rakaman video seks itu juga telah disebarkan secara meluas di Internet dan sejak lebih sebulan lalu dalam bentuk cakera padat di seluruh negara.

 

No comments:

Post a Comment