[kl-bogel] "Hukum Syariah Di Mesir Cukup Buat Kami" - Muslim Brotherhood.

Dr Ashraf dan wartawan Hurriyet.


Assalamualaikum dan Salam Ceria,

dalam wawancara dengan Hurriyet Daily News, sorang jurucakap pertubuhan Ikhwanul Muslimin telah menegaskan deme tak merancang mewujudkan regim Islam di Mesir jika berkuasa, sambil menjelaskan hukum syariah dah wujud dalam perlembagaan Mesir.

"Kalau anda pegi mahkamah di Mesir, mereka akan merujuk kepada undang-undang syariah dulu. Ini dah cukup baik bagi kami" jelas Dr Ashraf Abdel Ghaffar, salah sorang pemimpin pertubuhan yang baru di 'halalkan' ini.

Jika pertubuhan Ikhwanul Muslimin berkuasa, deme akan hanya menyokong usaha-usaha pelancongan, "yang tidak bercanggah dengan pegangan dan budaya orang Mesir" tambah beliau.

"Orang Mesir kebanyakannya waraq, tak kira sama ada Islam atau Kristian. Kami tak mau para pelancong datang ke sini berlari kehulu kehilir separuh bogel (berbikini atau seluar katoklah tu gamoknya) atau melepak di kasino!," jelasnya lagi. "Tapi kalau mengkome datang sini nak tengok-tengok binaan kuno piramid atau Iskandariah, silakan!"

Sementara itu, Dr Ashraf juga memberi bayangan bahawa jika deme berkuasa, Mesir akan menjual minyak kepada Israel pada harga yang tinggi dari yang penah dibuat masa zaman Presiden Mubaraq.

"Kalau deme offer harga yang tinggi, ya kami akan buat deal!" katanya lagi.
Biznes is biznes ya!

Sumber Berita dan gambor dari Hurriyetdailynews.com



Sementara tu pemain rakyat Turki Nuri Sahin yang membantu kelab Borrusia Dortmun memenangi kejuaraan, telah dipilih oleh rakan-rakan pemain sebagai Pemain Terbaik dalam liga Bundesliga Jerman untuk musim ini. Pasni dak Nuri ni akan ke Real Madrid pulak.

Aiiihhh...bilalah pemain Malaysia buleh main di kelab-kelab ternama dan dipilih jadi Best Player.

Sumber dan Berita dari Today's Zaman



Semalam ada orang merungut, busan dengan citer kembara di Turki. Jadi untuk memenuhi kerenah dia yang macam kamben kelaparan tu, teman bawak citer pasa port semasa teman - Bandar Muadzam Shah, Pahang!

Kalau pepagi bukak pintu, nilah ropa pemandangan kat neighborhood teman. Ni rumoh jiran.



Ni jalan yang memang straight masuk ke laman kami. Ni jalan dalam taman jadi tak banyak keta orang luor, cuma kenderaan jiran-miran jer.



Porch
rumoh kawan teman. Dulu kami sesama belajor kat UM, dok serumoh, lagi sebilik.
Lazimnya kami berdua jer, adik dia sekali dua kala balik lepak. Kawan teman ni koje tekun, balik rumoh jap jer, mandi dan salin baju, gi lagi ke sekolah. Kekadang malam pun ada aktiviti untuk students.
Sekolah ternama katakan.



Cantik tak laman rumoh keme ni? Kalau gambor-gambor nampak berbalam, sebabnya kawasan Bandar Muadzam ni memang dikelambui kabus hampir tiap pagi.
Sejuk dan nyaman kome, macam kat Cameron Highlands!



Minggu kedua gitu, teman merasa diraikan masa Hari Guru. Dapat ler makan kek free yang dihadiahkan oleh sebuah bank kat bandar ni.



Antara aktiviti yang dianjurkan oleh sekolah ni ialah solat hajat. Deme pangge sorang ustaz yang ajor deme baca surah dan Ayat Kursi dan beberapa zikir dan niat apa-apa yang patut dan dihembus pada ayor mineral yang dibekalkan tiap sorang.



Semua pelajar di semua form kena hadir. Mana yang tak buleh solat kena datang jugak. Ada tazkirah sebelum buat solat hajat tu.



Masa sambutan Hari Guru, ada tarian zapin dipersembahkan oleh para pelajar lelaki. Pelajar pompuan tak buat menari-nari ni.

Begitulah sikit-sebanyak kisah teman di tempat koje baru ni.
Ada apa-apa soklan murid-murid?



Meh jamu mata sikit. Lunch yang agak berat teman buat di Istanbul. Tak cukup dengan salami, teman bedal sekeping steak, diimbangi dengan salad timun dan tomato. Untuk karbo, sekeping roti dihiasi dengan mozarella.



Ni Mr T dengan 2 rakan-rakan Turki atau mungkin rakan Arab masa koje di Iraq. Orang Iraq makan roti akan-akan roti nan. Nampak cam makan dengan salad jer. Eloklah tu sebab Mr T tak kisah tak de lauk. Ni mesti de
me bertandang di rumoh kenalan Arab atau Kurdish.http://mohkembara.blogspot.com/2011/05/hukum-syariah-di-mesir-cukup-buat-kami.html

--
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "kl-bogel" group.
To post to this group, send email to kl-bogel@googlegroups.com
To subscribe or unsubscribe at http://groups.google.com.my/group/kl-bogel/subscribe
For more options, visit this group at http://groups.google.com/group/kl-bogel?hl=en
Sebarang email pertanyaan, hantar kepada abangmod@gmail.com

Comments

Popular posts from this blog

[kl-bogel] Huzaida..

[kl-bogel] Sasha Isteri Teman

[kl-bogel] Cikgu Zana