Thursday, June 16, 2011

[kl-bogel] Doktor halau PM Britain, timbalan dari wad

CLEGG (kiri) dan Cameron (dua dari kanan) dihalau Nunn (kanan) ketika mahu  mengambil gambar bersama pesakit selepas mengumumkan perubahan besar kepada perkhidmatan kesihatan negara itu, di London, kelmarin.

CLEGG (kiri) dan Cameron (dua dari kanan) dihalau Nunn (kanan) ketika mahu mengambil gambar bersama pesakit selepas mengumumkan perubahan besar kepada perkhidmatan kesihatan negara itu, di London, kelmarin.
LONDON: Perdana Menteri David Cameron dan timbalannya Nick Clegg mengunjungi sebuah hospital kelmarin untuk mengambil gambar bersama pesakit selepas mengumumkan perubahan besar kepada perkhidmatan kesihatan negara itu.

Namun, kedua-dua pemimpin itu yang diiringi wartawan dan jurugambar tidak menjangka reaksi seorang doktor kanan terhadap kunjungan berkenaan. "Mohon maaf, saya pakar bedah ortopedik kanan di jabatan ini dan kenapa kami diarah bergerak ke sana dan ke sini dan kenapa mereka ini (jurugambar dan wartawan) berada dalam wad ini," kata Dr Divid Nunn dari Hospital St Guy, mengejutkan Cameron dan Clegg yang ketika itu sedang bersembang dengan pesakit sambil diperhatikan wartawan dan jurugambar. Akhbar Britain The Daily Mail melaporkan Perdana menteri itu kelihatan keliru dan pembantunya segera berusaha meredakan keadaan.

Dr Nunn dibawa keluar wad itu dan kedengaran beliau memberitahu pembantu Cameron bahawa beliau serius dengan apa yang dikatakannya tadi.

Cameron bersetuju dengan doktor itu dan meninggalkan wad berkenaan.

Ketika wartawan dan jurugambar beredar meninggalkan wad berkenaan, Dr Nunn memberitahu mereka bahawa beliau tidak boleh terima kehadiran mereka dalam wad itu. – Agensi

--
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "kl-bogel" group.
To post to this group, send email to kl-bogel@googlegroups.com
To subscribe or unsubscribe at http://groups.google.com.my/group/kl-bogel/subscribe
For more options, visit this group at http://groups.google.com/group/kl-bogel?hl=en
Sebarang email pertanyaan, hantar kepada abangmod@gmail.com

No comments:

Post a Comment